Thursday, December 20, 2012

Samseng UMNO: Mengapa Polis Tidak Bertindak?

PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini.

Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan ‘berdiam diri’ berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya.

Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peristiwa ini kali keempat berlaku dan kita membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM.

“Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral.

“Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka,”
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri.

Muhammad Nor Manuty yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, PDRM perlu bertindak segera dengan siasatan dibuat untuk memberhentikan sama sekali kegiatan keganasan ke atas parti politik terutama PKR yang sering menjadi sasaran sejak kebelakangan ini.

Insiden tersebut tambahnya memberikan satu gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia bukan kembali ke arah hala tuju yang baik tetapi ia dalam keadaan membimbangkan.

“Fenomena budaya samseng ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita sekarang.

Seperti yang berlaku di Gombak pada minggu lalu dan ini saya lihat satu insiden berdarah serius yang boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan negara pada masa depan.

“Kerajaan terutamanya pucuk pimpinan Umno-BN perlu mengotakan apa yang mereka jamin kepada rakyat yang mana mereka mahu rakyat hidup dalam aman damai,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini diyakini tindakan terdesak Umno-BN yang mana rakyat memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan negara serta menunggu-nunggu bila Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan dilangsungkan.


84 comments:
Write comments
  1. Inilah yang Najib kata PERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!

    ReplyDelete
  2. Badrol Amin Bahrom mengesahkan yang PAKATAN akan menampilkan 500 orang SAMSENG BERBAYAR yang diatasnamakan kepada Gerak Kerja Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) yang KUNUN-KUNUNNYA akan menjaga keselamatan dan lalu lintas bagi BERTEMPUR dengan Kumpulan Baju Hitam (GAPS)

    ReplyDelete
  3. 500 orang SAMSENG BERBAYAR itu merupakan gabungan daripada 200 orang samseng Unit Penerangan Selangor yang diwujudkan oleh MAFIA SELANGOR, 200 samseng yang akan kelihatan seperti Unit Amal PAS dan 100 orang Briged Pemuda PKR.

    ReplyDelete
  4. untuk menutup malu kerana terpaksa membayar SAMSENG-SAMSENG tersebut, Badrol Amin menuduh para peserta GAPS adalah golongan berbayar yang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu terutama sekali UMNO.

    ReplyDelete
  5. Kempen untuk berdemonstrasi bagi pihak Baju Merah (Pakatan) telah berlangsung lebih dari sebulan bagi mengumpulkan demonstrator seramai 20,000 orang. GAPS pula baru ditubuhkan tiga hari lalu. 7000 orang Baju Merah pertama akan mendapat RM30 setiap orang daripada penganjur mereka, sedangkan GAPS sehingga setakat ini, belum membuat tawaran wang kepada para peserta terutama sekali orang Melayu-Bumiputera-Pribumi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur biarpun sambutan untuk menyertai perarakan besar yang dijangka bertembung dengan Baju Merah dikatakan 'hangat dan panas'.

    ReplyDelete
  6. Pertempuran dan perkelahian antara Baju Merah (Pakatan) dengan Baju Hitam (GAPS) di tengah-tengah Kuala Lumpur nampaknya sudah tidak boleh dielakkan lagi.

    ReplyDelete
  7. polis terima RM/gaji drpd govt/UMNgOk maaaaa...

    ReplyDelete
  8. Budaya politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku. Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.

    ReplyDelete
  9. Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia.

    ReplyDelete
  10. Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah.

    ReplyDelete
  11. Peristiwa yang berlaku di Gombak menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  12. Di mana maruah kita? dianjurkan agar wacana segar kedua-kedua parti dibuat, pemerintah dan pembangkang diberi ruang untuk mengupas seterusnya mencari jalan penyelesaian bagaimana budaya politik tidak bermaruah ini dapat ditamatkan.

    ReplyDelete
  13. Meminjam kata-kata moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya bahawa seharusnya di Malaysia ini tunjangnya adalah "politik siuman", maka pelbagai pandangan dan punca berlakunya politik samseng ini dilontarkan oleh para panelis jemputan.

    ReplyDelete
  14. Sebagai sebuah demokrasi, pemilihan pemimpin sepatutnya tidak akan mewujudkan suasana kacau-bilau apatah lagi pertumpahan darah yang membahayakan keselamatan awam. Namun akhir-akhir ini ada wujud konflik itu.

    ReplyDelete
  15. Keadaan ini pada hematnya boleh ditangani sekiranya pemimpin setiap parti politik mampu mengawal penyokong masing-masing dan tidak mencetuskan sentimen tertentu sehingga membawa kepada budaya politik seumpama itu.

    ReplyDelete
  16. Malaysia tidak boleh terikut dengan negara-negara luar yang mahu menggulingkan kerajaan semasa dengan mencetuskan huru-hara menerusi reformasi jalanan. Jangan import cara yang tak betul dari luar untuk menjatuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Budaya politik samseng di negara ini hakikatnya berpunca daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri yang mencetuskan suasana politik sedemikian. Kawal penyokong satu keperluan tapi sebelum itu kena kawal diri sendiri, tak boleh jadi pencetus kepada masalah. Kena jadi pemimpin cuba selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  18. Budaya politik samseng tidak akan berlaku sekiranya rakyat di negara ini menerima kepelbagaian idea dan perbezaan ruang pendapat dalam arena politik negara.

    ReplyDelete
  19. Seseorang yang berkepentingan sepatutnya memasarkan ideanya dengan lebih baik mengikut saluran yang sepatutnya, biarlah rakyat dan masyarakat umum menilai sejauh mana idea itu boleh diguna pakai atau boleh diterima secara rasional.

    ReplyDelete
  20. Tidak boleh tolak kemungkinan wujudnya budaya politik samseng ini berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila sesuatu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka.

    ReplyDelete
  21. Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh pula menyifatkan hakikatnya, rakyat di negara ini semakin muak dengan budaya politik yang tidak ketahuan seperti hari ini. Rakyat sudah "jelek" katanya dengan politik Malaysia sambil menambah "(seramai) 35 peratus mengatakannya, bukan hanya orang Umno, orang yang menyokong Pas, dan orang yang menyokong DAP juga... memandangkan arena politik kita ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

    ReplyDelete
  22. "Tafsiran politik samseng itu, masih menjadi kegagalan hingga hari ini, politik di negara ini masih perlukan penambahbaikan."

    ReplyDelete
  23. Budaya samseng dlm 'UMNO' tidak akan pupus selagi polis Malaysia dkenali sebagai ANJING BN. Itu jawapan ikhlas..

    ReplyDelete
  24. KITA TUNGGU KOMEN DARI MUSA HASAN..TUNGGUUU !!!

    ReplyDelete
  25. puak2 polis ni mana ada yg serius atas sebarang kejadian berlaku atas parti komponen PR.....depa hanya serius kalau berkaitan dgn umno be end saja sebab depa mmg ditugaskan hanya utk menjaga kepentingan umno be end saja......puak2 polis ni pun masing2 dok jaga periuk nasi jugak....mgkn ada jugak yg takut kalau PR menang PRU 13 sbb rekod hitam dah banyak....hanya umno be end yg mampu lindung depa dari tindakan undang2 dgn syarat, kena jaga kepentingan umno be end..............hahahahahaha

    ReplyDelete
  26. Wahai polis2, dgr nih! Hangpa itu dibyr gaji dari hasil wang rakyat, bukan umno yg byr. So, tolonglah buat kje dgn adil & saksama pd semua rakyat, tanpa memilih bulu. Klau hangpa buat kje mcm skrg, maka gaji yg hangpa makan adalah HARAM tanpa syak. Sanggup hangpa bagi makan duit haram pd anak bini hangpa?? (ditujukan khas pd polis yg masih menjadi pak turut umno).

    Implikasi makan duit haram: Hadis nabi saw "darah & daging yg mendapat rezeki dari hasil yg haram maka NERAKALAH tempat yg selayak baginya". Org yg makan dari duit haram, hidup x akan pernah tenang. Nak ker?? Anak2 yg makan dari wang haram ini berpotensi menjadi kacang hantu bila besar & x mendengar cakap ibu bapa. Nak ker jadi begini?? Bini pulak berpotensi menjadi bini derhaka. Nak ker?? Insaflah wahai polis yg masih buta kesedaran agama & buat kje membuta tuli...

    ReplyDelete
  27. Tanda bermulanya pengakhiran parti pemerintah....

    ReplyDelete
  28. Budaya manayang video lucah oleh orang-orang UMNO adakah budaya kita?

    ReplyDelete
  29. Keghairahan untuk mendapatkan sokongan menyebabkan ada di kalangan pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada tindakan dan perbuatan mereka yang kadangkala menimbulkan perbalahan antara satu pihak dengan pihak yang lain.

    ReplyDelete
  30. Suasana politik yang semakin panas apabila tempoh pilihan raya yang semakin hampir, tanpa disedari tindakan serta perbuatan yang dilakukan pihak-pihak tertentu boleh menimbulkan ketegangan.

    ReplyDelete
  31. Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyifatkan budaya politik samseng sudah menular di kalangan rakyat negara ini yang dipelopori parti pembangkang yang cuba mendapatkan sokongan dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.

    ReplyDelete
  32. “Kita lihat apa yang berlaku kepada Himpunan Bersih, pembangkang dengan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, mereka tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa sehingga menimbulkan kekacauan di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  33. “Apa yang berlaku itu, pembangkang sememang-memannya merancang untuk melakukan himpunan itu, selain cuba membangkitkan perasaan benci segelintir rakyat kepada kerajaan yang kononnya tidak bebas, mereka juga ingin mengambil perhatian negara lain daripada apa yang berlaku untuk menunjukkan tanda tidak puas hati rakyat.

    ReplyDelete
  34. “Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah ramai rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung tindakan pembangkang yang dilihat cuba membudayakan politik samseng di negara ini.

    ReplyDelete
  35. Jika dahulu budaya politik samseng itu lebih menjurus kepada perhimpunan seperti Himpunan Bersih, namun peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak, baru-baru ini menunjukkan ada segelintir rakyat yang tidak dapat mengawal emosi apabila menyetuh perkara yang membabitkan politik.

    ReplyDelete
  36. Kamalanathan berkata, rakyat negara ini tidak harus terpengaruh dengan apa yang cuba dibawa oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah kerana kejadian itu tidak ada penghujungnya seperti apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  37. “Apakah negara kita ingin menjadi seperti apa yang berlaku di Mesir, jika dahulu mereka memperjuangkan untuk mendapat pemerintahan baru, kini mereka melakukan perkara yang sama kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan baru.

    ReplyDelete
  38. “Nampaknya apa yang berlaku di sana tidak ada kesudahannya, akhirnya rakyat sendiri yang rugi dengan keadaan yang bergolak sehingga berlaku pertumpahan darah dan huru-hara,” katanya.

    ReplyDelete
  39. Beliau mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan apa yang cuba dicetuskan oleh pembangkang yang sebenarnya merasa tertekan terhadap sokongan rakyat kepada pemerintahan Barisan Nasional

    ReplyDelete
  40. Golongan ini harus dikenakan tindakan yang ketat.

    ReplyDelete
  41. Keselmatan dan keharmonian harus diutamakan.

    ReplyDelete
  42. Himpunan yang mengancam keselamatan harus dielakkan.

    ReplyDelete
  43. Jangan bertindak mengikut emosi.

    ReplyDelete
  44. Rakyat sendiri harus sedar dan bijka menilai.

    ReplyDelete
  45. Jangan mudah terpengaruh dan jangan bertindak mengikut emosi.

    ReplyDelete
  46. Apa??? Ahli Parlimen Hulu Selangor...YB P Kamalanatang kata kkecohan angkara parti pembangkang. Hai,memang sah bangang kaum melayu Hulu Selangor yg sama2 mmenangkan P Kamalanatang tu.

    ReplyDelete
  47. kes ini pasti masih dalam siasatan polis.

    ReplyDelete
  48. Polis kena bertidak kerana polis tidak berada di mana2 pihak.

    ReplyDelete
  49. Tidak ada pilih bulu kerana Salah tetap Salah.

    ReplyDelete
  50. Hukuman harus diberikan kepada sesiapa yang bersalah.

    ReplyDelete
  51. Jika polis bersikap tidak adil pasti ramai yang tidak akan mempercayai pihak polis lagi.

    ReplyDelete
  52. The number of crimes in Sabah has dropped by 531 to 5,548 cases from January to November this year as compared with 6,079 cases during the same period last year.

    ReplyDelete
  53. Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib said the disposal rate of criminal cases was 48.97 per cent and 48.40 per cent for street crimes while the number of cases charged in court had reached 18.73 per cent.

    ReplyDelete
  54. “The statistics clearly show that the police have achieved their Key Performance Index (KPI) target under the National Key Results Area (NKRA),” he said at the launching of the Tawau Police District Crime Prevention and Community Policing-NKRA Programme held at the Sabah Chinese High School here.

    ReplyDelete
  55. He said the implementation of crime prevention and community policing programme showed the strong commitment of the police force to ensure peace and security of the local community.

    ReplyDelete
  56. “The programme also acts as a liaison between the community and the police and this facilitates the process of information dissemination,” Hamza said.

    ReplyDelete
  57. “With this crime prevention programme, I am confident that the number of crimes will continue to drop if all quarters play their role and work together as one community,” he added.

    ReplyDelete
  58. A headline of national unity among races in Malaysia always appeared in a local newspapers and magazines nowadays.

    ReplyDelete
  59. According to the definition ,national unity is a condition in which all citizens from the various ethnic groups live in a peace as one united nationality giving full of commitment to national identity based upon the federal constitutions and Rukun Negara.

    ReplyDelete
  60. Malaysia has a diverse community consisting of three major ethnic groups –Malay, Chinese, Indian –plus several other indigenous tribes.

    ReplyDelete
  61. This ethnic and cultural diversities results to a wide variety of language spoken and religion practiced in Malaysia.

    ReplyDelete

  62. The Malaysian’s government can promote national unity through campaigns like Open house,1 Malaysia concept and advertisement.

    ReplyDelete
  63. Open house usually held during major festivals in the country.

    ReplyDelete
  64. There are many ways to strengthen national unity among this different ethnic groups such as through campaign, education and social activity.

    ReplyDelete
  65. This program has served to promote unity among Malaysians when they visit each other in their home.

    ReplyDelete
  66. The purpose of this concept is to complement the existing approach to strengthen national unity.

    ReplyDelete

  67. The government can also organise national-level open houses for the major festivals.

    ReplyDelete
  68. The core elements of unity are the attitude of acceptance among races and peoples and have the sense of belonging together.

    ReplyDelete
  69. Advertisement through radio, television and newspapers are one of the best way in promoting unity.

    ReplyDelete
  70. In addition,1 Malaysia concept is the path that can lead to political stability, economic growth and social enhancement for all Malaysians and the country.

    ReplyDelete

  71. Most of people can be affected virtually to be united among races because of slogans about unity that they heard and saw in radio and television.

    ReplyDelete

  72. Newspapers that read by all the ethnics must publish unity material that helping citizens understand the important and advantages when they united.

    ReplyDelete
  73. Thus,the government can promote national unity through campaign like open house, 1Malaysia Concept and advertisement.

    ReplyDelete
  74. National unity also can be fortified via education such as vision school concept, teacher’s role at the school and the education system.

    ReplyDelete

  75. Vision School concept involves putting a national school and one or two another vernacular schools together at the same site to share common facilities such as the school canteen and sports ground.

    ReplyDelete
  76. The close proximity between the students of various races as well as organised activities between the schools will encourage greater interaction between them and foster national unity.

    ReplyDelete
  77. Students who have been a part of a vision school can contribute more to the country when they grow up because of their strong bonding among each other.

    ReplyDelete

  78. Moreover, students nowadays spent most of their time at the school rather than house.

    ReplyDelete
  79. Teachers, especially, play a significant role in encouraging racial understanding outside the home.In this situation, teachers must play their important role to educate and nurture the spirit of unity among them.

    ReplyDelete
  80. Teachers also must show the good attitude because they are role model for their students.In addition,with a unified education system, the government could use education as a tool to build the nation and foster unity through a common syllabus and curriculum.

    ReplyDelete
  81. This could be further achieved with a single national language as the main medium of instruction in schools and university.

    ReplyDelete
  82. Hence, national unity can be strengthen via education such as vision school concept, teacher’s role at the school and the education system.

    ReplyDelete
  83. The gotong-royong programme such as to clean up particular areas like mosque, church and graveyard will make the neigbourhood cooperative and more unite.

    ReplyDelete

  84. Teachers also must be provided with a standardized form of training in teachers' training colleges.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.