Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini tampil dengan dakwaan baru bahawa ketua setiausaha kementerian dalam negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi turut campur tangan dalam hal ehwal polis.
Tanpa menamakan Abdul Rahim, Musa mendakwa setiausaha agung kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan itu keliru dalam mengikut arahan.
Musa mendakwa Abdul Rahim mengeluarkan arahan supaya pegawai polis berkenaan memberi laoran kepadanya.
Katanya lagi, pegawai berkenaan kemudiannya mengadu kepadanya kerana keliru.
Musa berkata demikian dalam satu sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) - sebuah NGO yang dinaunginya.
Ketika ditanya, Musa berkata ketua setiausaha kementerian yang dimaksudkannya itu adalah yang sedang berkhidmat pada masa ini.
Musa pada bulan lalu mendakwa Hishammuddin campur tangan dalam urusan polis dan memberi arahan kepada pegawai polis bawahan dan seorang ketua polis daerah semasa perkhidmatan bekas ketua polis negara itu.
Musa berkata kerajaan tidak memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaannya ke atas Hishammuddin, dan usaha MyWatch untuk bertemu ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar juga menurutnya tidak dilayan. -mK
Monday, December 10, 2012
Musa dakwa KSU kementerian juga campur tangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biasalah BN perlembukan semua kakitangan Jabatan Kerajaan!
ReplyDeleteBerdasarkan kata2 Hishammuddin dan lain2 menteri sering berubah2, khususnya semasa menghadapi himpunan Bersih 1,2 dan 3 dulu, maka kata2 Musa Hassan berkaitan campurtangan Menteri adalah lebih di percayai dari kata2 Mohd Bakri Zinin.
ReplyDeleteMohd Bakri berckp didlm keadaan tangannya masih terikat dng perkhidmatan, manakala Musa sudah terlepas dari ikatan, sudah tentulah kita percaya ada unsur2 tekanan, bodek dan sebagainya di dlm kenyataannya................ oleh itu adalah lebih baik Mohd Bakri diam kerana bila bersuara akan menampakkan lagi kelemahan anda.
Hook alohlaa...polih Malaysial..sapo tok kenai.
ReplyDeleteOrg bodoh sj yg tdk mh fahm dg keadaan jelas UMNO/BN sudh hancur dn memalukan. Tiada guna Sokong UMNO/BN sedgkn perbuatn mrka sudh nyatah salah dn tipu rakyat. Kita ramai22 sokong PAKATAN untk kesejahteraan Negara dn rakyat lbh kearah baik dan maju.
ReplyDeletesebagai rakyat sabah sandakan khas nya saya merasa bangga juga kerna anak jati sabah Datuk Seri Bakri Bin Jinin memegang jawatan yang tinggi juga dalam kepimpinan PDRM SEBAGAI PENGARAH JSJ,DAN BERTANGGUNG JAWAP DALAM PEMBENTERASAN JENAYAH DI MALAYSIA BUKAN SENANG BH TU
ReplyDelete