Monday, December 17, 2012

Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah?



Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.

Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan.

"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.

Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.

Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.

"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.

Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

12 comments:
Write comments
  1. 40 juta bukan rasuah maa.. itu duit sumbangan saja kah kah kah kalau org BN hulur2 duit, tu bukan rasuah namanya tapi sumbangan. kalau pembangkang yg hulur2 duit biarpun 2 3 ratus, terus masuk jel mmg patut dpt gelaran juara dunia negara 1malaysia ku ini.

    ReplyDelete
  2. Yg sah index itu nampak meningkat tatkala era Mahathir jadi PM. Itu pun era akhir2 waktu beliau mnjawat sbg PM. Gelombang kebangkitan rakyat waktu banyak trtumpu soal jenayah rasuah pun dan sejajar dgn apa yg dgariskan oleh mantan TPM (DS Anwar Ibrahim ). Sapa yg tak kenal dgn bberapa nama YB Menteri yg terkenal dgn kegiatan rasuah,malah PM sendiri pun mngkin tahu siapa itu. Tapi, survival UMNO itu sendiri adalah melalui kegiatan rasuah. jadi apa nak dherankan jika tiada menteri yg dgugurkan kerana rasuah. Brbalik kpd isu salahguna dana rakyat utk hal peribadi,juga trkenal dlm UMNO. Contoh, Shahrizat Jalil. Apa hukuman yg beliau kena? Tak ada, malah Rafizi Ramli pula yg merengkok. Hah,itu le nama Malaysia, tanahairku.

    **Yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Tahniah pemerintah...

    ReplyDelete
  4. Hahaha kena bangga ni!,juara tu hahaha...

    ReplyDelete
  5. Apakah yg dimaksudkan Aliran Modal Haram..??
    Pada umumnya aliran keluar wang haram melibatkan modal yang diperolehi dan dipindahkan atau digunakan secara haram dan tanpa rekod. Modal atau wang itu biasanya diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti korupsi, penyembunyian kekayaan dari cukai, untung dari perdagangan tidak halal dan kegiatan jenayah...contoh terbaik yg melibatkan UMNO Sabah yg didedahkan baru baru ini.. wang dari sumber haram utk parti haram ....

    ReplyDelete
  6. tu dia!!!!! Malaysia boleh!!!!! aliran duit haram keluar dari Malaysia berjumlah berbilion ringgit....adakah ini bermakna Malaysia adalah tempat membiaknya duit haram ataupun tempat utama menjalankan aktiviti2 haram??? kalau betul mcm tu, memanglah Malaysia boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. tukar.... tumbangkan bn, selamatkan malaysia

    ReplyDelete
  8. aliran keluar wang tunai rasanya cecah RM88b. Ini citer lame. Ciptaan Daim Zainuudin lagi dgn Mahathir lepas tu koporat2 lain selain individu kroni.

    ReplyDelete
  9. Dah agak dah.... kasi tau urang putih tu tentang BRM1 tu pasti malaysia jadi no 1 rahsuah....

    ReplyDelete
  10. siapa bapa rahsuah malaysia?

    ReplyDelete
  11. kita ada bapa kemerdekaan, bapa pemodenan dan bapa .....?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.