Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendakwa parti DAP merupakan batu penghalang untuk Islam dilaksanakan dinegara ini walaupun parti komponen MCA seringkali mendakwa DAP mahu membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negara ini oleh kerana parti tersebut bergabung dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Apa yang hendak ditimbulkan di sini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya.
“Tetapi, lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik PAS dalam pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha PAS memartabatkan Islam serta sikap PAS yang seringkali akur dengan bangkangan tersebut mengecewakan umat Islam.
Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh turut campur tangan dalam isu penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam menyebabkan Jawatankuasa PAS Pusat secara tergesa-gesa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka.
Dr Hasan berkata tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sesekali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang mempunyai roh Islam, sehinggakan hal-hal yang diterima baik oleh rakyat daripada sudut akhlak turut disanggah.
Tegasnya, tanpa berfikir panjang dan menilai implikasi bentuk tindakan yang akan diambil, pimpinan tertinggi PAS dilihat terus mundur ke belakang dan akur dengan kemahuan dan niat jahat terhadap Islam yang menjadi amalan DAP.
“Dalam hal yang dikatakan remeh seperti ini pun tidak dapat diterima baik oleh DAP apa lagi dalam hal-hal besar seperti melaksanakan Hudud dan Negara Islam yang PAS berjanji akan merealisasikannya apabila pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya,” katanya.
MCA dalam kempennya kepada masyarakat Cina seringkali mendakwa DAP bersekongkol dengan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.
“MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama–sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi PAS atau tidak?
“Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi PAS di negara.
“Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak? bertanya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini. -TMI
Tuesday, December 4, 2012
Hasan Ali dakwa DAP penghalang Islam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dasar PAS beserta Pakatan Rakyat ialah Hukum Islam untuk Orang Islam sahaja, contohnya Hukum Hudud. Manakala Undang-Udang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenai gunting rambut ini telah dilaksanakan sejak tahun 19 sembilan puluhan lagi. Dalam Salun Gunting Rambut, Pekerja Wanita tidak dibenarkan gunting rambut lelaki. Baru-baru ini timbul kontrovesi bila Lelaki bukan Islam digunting oleh Pekerja Wanita bukan islam dan disabit kesalahan mengikuut undang-undang kecil MPKB ini. YB Kapal Sing pun bersuara supaya perkara ini dikaji. Pimpinan PAS ambil perhatian perkara ini untuk diselesaikan secara baik dan muafakat. Inilah contoh pendekatan PAS dan Pakatan Rakyat. Bukan cara Dr. Hasan Ali main hentam-hentam saja. Sebelum dia dipecat dari PAS pun sudah bantai PAS, apa lagi sekarang. Sepatutnya semasa diberi peluang jadi Exco Kerajaan Selangor dulu, buatlah tindakan secara berhemah bukan menambah masaalah. Itulah akibat Pakar Motivasi yang berhujah pakai banyak andaian akhirnya bertukkar menjadi andaian sangkaan buruk kepada kaum lain. Perkara kecil yang terpencil diperbesarkan, akhirnya sendiri yang menerima padahnya.
ReplyDeleteHasan Ali yang akan dijadikan kambing hitam oleh Kerajaan PKR Selangor untuk diterajang.Kesian...
ReplyDeletePAS hanya mempunyai 8 buah kerusi di Selangor, sekaligus menjadikan PAS sebagai parti minoriti yang suaranya tidak boleh kedengaran dan kalau didengar pun, sangat halus bunyinya... atau dengan kata lain, tidak penting langsung.
ReplyDeletebeberapa orang pemimpin PAS Selangor seperti Halimah Ali, Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad yang agak lantang namun suara mereka sebenarnya bagaikan kerbau ditusuk hidung yang talinya dipegang oleh DAP dan PKR.
ReplyDeleteHasan Ali juga dilihat sebagai BUDAK BANGANG yang boleh ditunjal-tunjal oleh Ronnie Liu dengan senang hati sambil dibantu oleh Khalid Samad, terutama dalam isu arak dan umat Islam di Selangor.
ReplyDeleteNama Hasan Ali bukannya nama yang disenangi oleh PAS Selangor dan PAS Pusat.
ReplyDeleteDalam persidangan MCA(BN), Presidennya, Chua soi Lek begitu lantang menentang Hukum Hudud, PM YAB Datuk Najib yang hadir di Majlis itu diam saja. Di luar, Dr Hasan Ali pun diam mengenai perkara ini. MCA(BN), adalah Parti Perkauman Cina sama macam UMNO Parti Perkauman Melayu walaupun di dalamnya ada sedikit Kadazan Murut dan Bumiputera lainnya tetapi peratusnya telalu sedikit. DAP pula Parti Berbilang Kaum, tapi yang masuk Pati ini kebanyakkannya Orang Cina. Kenapa kalau MCA yang cakap Dr Hasan tiada komen, kalau DAP yang cakap berapi-rapi dia komen. Sebab dia sudah di dalam Kandang BN, terikat oleh BN, kalau ikhlas dalam perjuangan tegurlah UMNO. Bukan apa, dia kata PAS seolah-olah ikut saja kemahuan DAP & PKR, apa bezanya dia ikut telunjuk MCA & UMNO.
ReplyDeleteApa pun komen-komen anda semua di atas, sy tetap dengan pendirian akan memilih dan mengundi PR.
ReplyDeleteTawaran dari pihak PR untuk PRU 13 ini sanggat menarik, bagi PR peluang untuk memerintah.
Saya setuju dengan Anony Dec,4,2012 11.48 AM, kita umpama pelanggan sudah tentu pilih tawaran yang menarik.
ReplyDeletekena hati2 dgn DAP.
ReplyDeleteDAP bekerjasama dgn PAS hnya untuk dptkan sokongan.
ReplyDeleteHassan kalau DAP penghalang Islam macam mana pula dengan Chua Soi Lek dari MCA yang menghina hudud? Itu ok pula bagi otak kau!
ReplyDeleteBangsat punya Hassan Aqidah. Kerajaan persekutuan tu DAP ke UMNO? Apa kuasa DAP nak halang hudud yg dperjuangkan oleh PAS tu? Bukan kah selama ini UMNO yg bermatian perlekeh hukum hudud. Maknanya halang la tu. Terakhir,digunanya Chua S Lek mmpersenda hukum Tuhan tu. Bangsat punya Hassan Aqidah.
ReplyDelete**yassir arafat
Inilah Pakatan. langsung tiada kesepakatan.
ReplyDeleteMemang jelas parti2 sekomponen dalam PR mempunyai ideologi dan perjuangan berbeza. rasanya ini yang paling elok untuk keluar dari parti besarnya. biar jadi parti bebas.
ReplyDelete