Sunday, December 23, 2012

Siswa berhimpun di depan Penjara tuntut bebaskan Umar

Hampir 100 anak muda dan mahasiswa berhimpun di hadapan pagar Penjara Kajang pada malam 21 Disember sebagai membantah tindakan memenjarakan Umar Mohd Azmi selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada sebelah siangnya.

Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 itu atas alasan beliau kononnya mengganggu penjawat awam DBKL ketika 'Occupy Dataran' mendesak mansuhkan PTPTN pada April lalu.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang ketika dihubungi Harakah pada jam 11 malam tadi berkata, sebanyak lima khemah sedang didirikan sebagai simbol membantah keputusan tidak adil tersebut sementara kes dijadualkan disebut semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

"Buat masa ini polis mengawal dan memerhati sahaja. Mulai pagi esok (Sabtu) pula kami akan bergerak lancarkan kempen Bebaskan Umar di sekitar bandar Kajang supaya rakyat sedar penindasan yang sedang berlaku," katanya.

Dalam himpunan di hadapan penjara itu, selain ucapan daripada Safwan, Abby Abadi dan wakil dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyampaikan rasa tidak puas hati membantah tindakan yang dikenakan pada Umar seorang mahasiswa tahun akhir di sebuah IPTS di Klang itu.

Turut hadir menyokong aktivis mahasiswa lain daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), siswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) dan sebagainya.

Kes tersebut sekali lagi menjadi bukti penindasan kerajaan Umno-BN terhadap gerakan mahasiswa sebagai agen perubahan rakyat semakin terserlah.

4 comments:
Write comments
  1. Mana Perkasa? Mana PVTM utk dtg golek punggung kat penjara Kajang tu? Itu mahasiswa bumiputra yg trpenjara dek UMNO. Memang bukan UMNO yg penjarakan beliau tetapi mahasiswa tu brhimpun mmbantah PTPTN di Dtaran Merdeka lalu UMNO gunakan DBKL utk halau prhimpunan aman mahasiswa tu dan akhirnya prtuduhan drekayasa utk penjarakan beliau. Mengikut teori phytogoras...setelah congakan dibuat,jawapannya adalah KERANA UMNO.

    **888

    ReplyDelete
  2. Itu le dinamakan Malaysia. Berani hanya kpd rakyat sendiri malah pelajar,bukan penjenayah. Kalau di Israel,bukan kata pelajar mereka sebut shj rakyat Israel itu yg utama. Malah trhalang peluang rakyat Palestine asalkan rakyat Israel dpt keutamaan. Itu beza negara Israel dgn negara 'islam'.

    ReplyDelete
  3. Antara hikmah yg berlaku, rakyat terutamanya siswa/siswi tanahair telah membuka mata mereka. Bahawa ada siswa yg boleh dipenjarakan begitu sj, semata krn berjuang demi hak2 mereka. Inilah antara ikon utk perubahan politik tanahair x lama lagi. Inilah pemuda harapan bangsa, sanggup dipenjarakan, namun lawan tetap lawannnn!!...

    ReplyDelete
  4. Terlalu mudah untuk menghukum pada individu yang tidak selari dengan kerajaan. Pembangkang di anggap sampah dan pemimpin parti kerajaan di anggap dewa. Tidak kira apa jua fahaman politik bagi menghasilkan pemimpin yang berkualiti maka cabaran sebegini baik bagi menghasilkan pemimpin tahan lasak dan bukannya pemimpin yang datang dari hasil atau benih dari golongan bangsawan.

    Hanya manusia yang songsang sahaja suka kepada kedudukkan dan kemewahan dengan cara mudah....

    SELAMAT BERJUANG DEMI MENJADI PEMIMPIN BERKUALITI MASA DEPAN...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.