Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.
Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.
Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.
Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.
Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.
Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.
Selepas berita kematian Keng Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak jam 6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.
Anaknya, yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu ramah.
Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta pemberita upaya beredar.
"Kami akan maklumkan tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.
Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim.
Najib berkata mendiang Dr Lim merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
"Jasa dan sumbangan beliau kepada kerajaan dan parti akan sentiasa dikenang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media hari ini.
Dalam mesej tweeter, Najib berkata Dr Lim menjalankan tugas yang cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan.
"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam ini.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini.
"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara.
"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam ini. -mk
Sunday, December 23, 2012
Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walau beliau brbangsa cina tetapi sepanjang penglibatannya dlm Gerakan tak pernah aku dengar beliau hentam hudud atau PAS. Aku respek cara dia brpolitik. Tak mcm pelakon filem porno yg BN perkenan utk dlantik ke jawatan Presiden MCA.
ReplyDelete**yassir arafat