Pakatan Rakyat Perak hari ini mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Tapah telah mengadakan sesi untuk "melatih" Orang Asli mengundi BN.
Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah.
pkr accuse tapah orang asli vote for bnMenurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip
kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang.
Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya.
"Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily.
Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi.
Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama.
Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan.
Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok.
Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya. -MK
Thursday, December 27, 2012
Orang Asli dilatih untuk 'undi BN'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa BN yang buat bukan SPR? dan kenapa guna LOGO sebenar? Walau apa pun alasan, ini adalah perbuatan tidak bermoral dan melanggar undang2. Adakah BN juga ajar kalau pangkah Dacing dapat Beras 5kg?
ReplyDelete55 tahun malaysia merdeka, x kan orng asli x tahu memangkah dan membuang undi dgn betul....x masuk akal puny cerita..
ReplyDeletesepatutnya SPR yang ditugaskan untuk mendidik masyarakat orang asli..ni alih2 be end plak..hai..takkan la parti dacing nak mendidik orang asli nak suruh pangkah bulan ngan roket kot..mesti la ajar pangkah dacing..fikirkanla..rata-rata orang asal jarang dapat membaca...apalagi...surhla pangkah yang dacing tu kann..bagi beras da kira pancing la tu...da desperate sangat!!..ABU
ReplyDeleteAntara yang paling menonjol sewaktu PAS belum meletakkan calon di Galas membabitkan Husam Musa ialah janji Husam Musa untuk mengambil calon PAS dari kalangan Orang Asli. Untuk itu, dua buah pikap 4X4 telah 'dihadiahkan' kepada masyarakat Orang Asli bagi tujuan berkempen.
ReplyDeleteMalangnya, janji Husam sekadar janji. Yang terpilih sebagai calon PAS di Galas adalah Dr.Zulkefly Mohammed, bekas calon dua kali PAS di Parlimen Gua Musang, merangkap anak bekas ADUN Guchil.
ReplyDeleteSesuatu yang sangat pasti ialah, Husam tidak turun berkempen di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Mungkin kesibukan Husam Musa menguruskan pentadbiran kerajaan negeri memandangkan Nik Abdul Aziz sibuk memenuhi undangan berceramah di Galas, termasuklah mengislamkan dan memberi zakat kepada mualaf, membuatkan urusan negeri tertanggung di atas bahu Husam Musa selaku Exco Kanan Kelantan.
ReplyDeleteAtau barangkali juga Husam Musa cuba mengelakkan persoalan tentang perampasan tanah kaum Asli, tentang ramai tenaga buruh asing di Gua Musang, tentang banyaknya bukit digonjengkan, tentang betapa keruhnya air sungai sehingga tidak sesuai untuk apa-apa keperluan lagi, tentang kayanya ADUN Galas yang baru mati hari tu, tentang segala-galanya... terlebih-lebih lagi tentang balak yang dibawa keluar dari hutan Gua Musang.
ReplyDeleteSekalipun pihak PAS Kelantan cuba menjawab tentang isu tanah, malah kelihatan mengotakan janji dengan membuat serahan sijil penempatan berkelompok Ladang Rakyat, tanpa geran tanah seperti janji dan amalan mereka semenjak 2007 lagi, selain cubaan menyalahkan Tengku Razaleigh Hamzah kerana KUNUNNYA menghilangkan fail-fail masyarakat Asli ketika masih lagi menjadi Presiden Semangat 46 dahulu, usaha-usaha PAS Kelantan itu kelihatan tersangat canggung, ganjil dan gormal.
ReplyDeleteHusam Musa perlu menjawab segala persoalan tersebut. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman nampaknya 'tak banyak tahu' dan 'tak banyak berusaha' untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut.
ReplyDeleteAbdul Halim Abdul Rahman sebaliknya lebih senang melayani remeh-temeh kempen pilihanraya yang dimainkan oleh blog-blog pro-UMNO dalam usaha untuk mengekalkan tuduhan tak berjawab mereka. Persoalan besar yang didedahkan, biasanya berakhir begitu sahaja... sebagai contohnya, perampasan tanah melibatkan bekas ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima serta perampasan tanah di Post Brooke yang telah diteroka dan diusahakan bertahun-tahun oleh penduduk tempatan. Begitu juga dengan isu penempatan dan pembabitan lebih ramai orang luar berbanding Orang Asli Gua Musang dan penduduk miskin tegar tempatan di Ladang Rakyat.
ReplyDeleteWajar bagi Husam Musa turun ke kampung-kampung Orang Asli untuk memberi penjelasan lebih terperinci tentang Ladang Rakyat, tentang mengapa tanah adat dan tanah rayau mereka dirampas serta diserahkan kepada pihak luar termasuk dari Singapura, tentang kayu-kayan yang dikeluarkan dengan lori-lori yang jumlahnya bagaikan semut di sarang dan tentang kerosakan alam sekitar yang sangat teruk di Gua Musang, khususnya di Lojing.
ReplyDeleteAlahai... kesiannya PAS. Sudah pelbagai alasan yang diberikan mengapa mereka kalah di Galas namun mereka langsung tidak menyebut tentang bab tanah, perampasan tanah adat dan tanah rayau, pengabaian ke atas masyarakat Asli serta penggadaian tanah kepada orang asing bagi tujuan mengaut keuntungan di Galas.
ReplyDeleteSetelah KDYMM Sultan Kelantan sendiri menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan kerana menggonjengkan tanah di Lojing dan Gua Musang kerana keuntungan besar yang diperolehi, mereka masih berusaha untuk menutup kesalahan bersebut dengan menyalahkan UMNO apabila kalah dalam perebutan kerusi DUN Galas.
ReplyDeleteImej PAS Kelantan benar-benar tercemar di Galas. Gambar Nik Abdul Aziz yang memberi 'sadaqah' atau 'zakat' ketika majlis mengislamkan tiga orang Asli, menjadi senjata yang cukup ampuh sekalipun para penyokong PAS berpendapat pihak yang menggunakan gambar tersebut untuk memalukan Nik Abdul Aziz adalah golongan jahil agama.
ReplyDeleteHakikatnya, PAS memang ditolak secara total di Galas. Apatah lagi kebanyakan masyarakat Asli cukup mengingati bagaimana gemulah ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaima terlibat secara langsung dalam perampasan tanah yang sudah turun temurun menjadi hak Orang Asli.
ReplyDeleteDi Dewan Undangan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood, salah seorang Exco negeri cuba menggambarkan kekalahan PAS di kalangan masyarakat Asli adalah kerana taktik jahat yang digunakan oleh UMNO iaitu mengadakan karaoke, berdisko selain menjamu masyarakat tersebut dengan arak sedangkan pada ketika yang sama, PAS cuba mengislamkan mereka.
ReplyDeleteAntara yang paling menonjol sewaktu PAS belum meletakkan calon di Galas membabitkan Husam Musa ialah janji Husam Musa untuk mengambil calon PAS dari kalangan Orang Asli. Untuk itu, dua buah pikap 4X4 telah 'dihadiahkan' kepada masyarakat Orang Asli bagi tujuan berkempen.
ReplyDeleteUndilah parti BN untuk masa hadapan yang cerah untuk Malaysia.
ReplyDeleteItulah yang terbaik untuk kita. Jangan kita terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pihak PR.
ReplyDeleteUndian anda amatlah dihargai. maka undilah BN kerana itulah pilihan yang terbaik.
ReplyDeletediberi 5kg beras sebagai ganjaran..
ReplyDeleteIni yang tidak pasti lagi benar atau tidak. Kerna ini mungkin juga permainan yang dibuat oleh pembangkang.
Sebaiknya undilah parti yang benar-benar dapat memberikan pembangunan yang baik seperti sekarang ini.
ReplyDeleteada2 saja tuduhan dibuat pakatan.
ReplyDeletekalau dilatih tetapi mereka tidak ingin mengundi, pasti undian itu akan berubah.
ReplyDeleteUndi adalah rahsia dan undian anda tidaka akan diketahui oleh yang lain
ReplyDeleteIni macam pun wujud ka?? Punya sandi
ReplyDeleteCepatlah PRU13.
ReplyDeleteThe Barisan Nasional (BN) is set to do more than what it has done thus far to further drive the nation forward, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ReplyDeleteHe said the initiatives undertaken by the government the past few years had succeeded in putting the nation on the right track to continue growing and as such, the people need not pay attention to opposition's calls for a change in the government.
ReplyDeleteSpeaking at a 1Malaysia People's gathering here Monday, he said claims by the opposition that the initiatives by the BN government would bankrupt the nation did not hold water because they had instead spurred economic growth.
ReplyDelete"So long as the Barisan Nasional is in power, we will not go bankrupt because we will spend prudently," he said.
ReplyDeleteIt was unlike the opposition, which was plagued by all kinds problems in the states governed by them because of their inability to deliver on the promises they made to the people, he added.
ReplyDelete