Wednesday, December 12, 2012

Jenaka 1Malaysia Di Sabah

SALAM 1Malaysia. Saya berasal dari Kampung Sungai Kayu, Sandakan mewakili penduduk Kampung Sungai Kayu di kawasan Sibugal Resort; berhadapan jalan dengan Dewan Sri Libaran.

Sepanjang pengamatan saya, semenjak tahun 2005 lagi, jalan di kampung ini sepanjang lebih kurang 1.5 Kilometer amat tidak memuaskan dan tidak selamat kerana tidak diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya atau Majlis Perbandaran Sandakan.
Apakah pihak berwajib malas untuk membaiki jalanberkenaan atau sememangnya tiada peruntukan sekalipun untuk menyelenggara jalan dan prasarana lain; mungkin atas tujuan tersirat untuk memalukan Ketua Menteri Sabah?

Mungkinkah Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang dilantik hanya tahu makan gaji buta kerana tidak pandai kerja tetapi ada hati untuk terus memegang jawatan atau tiada dalam 'Check List Job Specification'?

Amatlah tidak patut kerana selama ini kerosakan jalan berkenaan ditangani oleh individu yang prihatin yang secara sukarela menampal lubang dengan batu kelikir yang diambil dari tepi jalan besar; malah ada kalanya terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli simen bagi menampal jalan yang berlubang? Memang amat tidak wajar.

Bukan sahaja keadaan jalan yang berlubang, malah lampu jalan pun tiada sehingga kawasan berkenaan amat berbahaya pada waktu malam kerana amat gelap, terutama kepada kanak-kanak dan wanita.

Isu kerosakan jalan dan kegelapan malam kerana ketiadaan lampu jalan pernah diajukan kepada Pengerusi JKKK, tetapi tiada tindakan diambil sehingga sekarang, menyebabkan kesabaran kami semakin luntur setelah melepasi hadnya sejak sekian lama.

Oleh yang demikian, kami mengutarakan masalah kami kepada Sabahkini.net agar Pengerusi JKKK bangun dari tidur selama ini kerana cuai menjalankan tugas, sedangkan beliau telah dilantik dan dipersetujui oleh ADUN Sibuga iaitu Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Bukannya kami dengki dengan jawatan Pengerusi JKKK, tetapi kami kesal kerana beliau telah mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah yang tinggal di kawasan berkenaan.

Bangunlah dari lena tidur yang panjang wahai Pengerusi JKKK untuk memajukan kampung kami yang jauh ketinggalan daripada Kg. Batu Putih dan Kg. Tinusa 2.

Untuk makluman, Kampung Sungai kayu merupakan kampung terawal di Sibugal Kecil tetapi masih mundur. Sebagai contohnya Balairaya dan perhentian bas di hadapan Dewan Sri Libaran (tidak jauh dari kediaman Ketua Menteri) amat menyedihkan.

Jika jalan ke kediaman Ketua Menteri tidak diselenggara, apatah lagi jalan dan jambatan di kampung terpencil di pesisir pantai. Apakah ini jenaka 1Malaysia untuk Ketua Menteri Sabah menjelang PRU-13. Tetapi siapakah pelakon utama yang mensabotaj nama baik Ketua Menteri Sabah?

Akhir sekali, kami berharap agar masalah kami disiarkan Sabahkini.net dan mendapat perhatian pihak berwajib kerana kami berharap sangat dan amat memerlukan prasarana ini segera dinaiktaraf sebelum PRU-13.

Salam Hormat,

BAIDIN BUNGUSU

109 comments:
Write comments
  1. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam untuk memastikan rakyat terus terbela selaras dengan agenda utamanya ingin memakmur masyarakat majmuk di negeri ini.

    ReplyDelete
  2. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata perancangan secara telus ini dibuat bagi membolehkan masyarakat terutama yang menghuni kawasan perumahan dan kampung- kampung sama ada di bandar atau pun luar bandar akan menikmati program pembangunan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Beliau mengambil contoh di Kampung Batu Putih dan Kampung Tinusa, Sandakan bakal menikmati kemudahan asas lebih selesa apabila pihak kerajaan membina jambatan separa konkrit melibatkan kedua-dua perkampungan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Hampir RM10 juta digunakan untuk pelaksanaan jambatan separa konkrit di Batu Putih bagi memastikan penduduk setempat menikmati kemudahan asas yang lebih selesa serta tidak lagi menggunakan jambatan kayu seperti sebelumnya

    ReplyDelete
  5. "Inilah kebaikan kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap apa jua keperluan rakyat di mana usaha-usaha ini kita laksanakan secara berperingkat dalam mempastikan rakyat tidak terpinggir dari arus pembangunan perdana."-Musa

    ReplyDelete
  6. “Sebab itu, kita minta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar menaiktaraf jambatan kayu kepada pembinaan jambatan separa konkrit di kampung ini demi kepentingan penduduk kerana inilah sebenarnya sasaran kita ingin memakmur rakyat dengan program pembangunan yang dibawa oleh BN,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri menegaskan kerajaan BN adalah yang terbaik kerana ia sentiasa mencari kaedah baru dalam menyalur pembangunan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM23 juta bagi penyediaan kemudahan tersebut di Batu Putih dan Tinusa.

    ReplyDelete
  9. Pembangunan infrastruktur dan prasarana bagi keperluan sosial rakyat mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
  10. Semoga pihak2 yang berkenaan dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negeri.

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  12. Musa adalah CM yang bertanggung jawab. Lihat perkembangan di Sabah berbanding sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. Hampir RM10 juta digunakan untuk pelaksanaan jambatan separa konkrit di Batu Putih bagi memastikan penduduk setempat menikmati kemudahan asas yang lebih selesa serta tidak lagi menggunakan jambatan kayu seperti sebelumnya

    Banyak juga usaha kerajaan untuk membaiki taraf hidup semua golongan.

    ReplyDelete
  14. Banyak lagi isu di Sabah harus ditanggani seperti Kemiskinan, PATI, infra yang tidak wajar dll.

    ReplyDelete
  15. Peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan Sabah amat menggalakkan.

    ReplyDelete
  16. Kualiti jalanraya harus dinaik taraf khas kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  17. Pengurusan kewangan Sabah adalah terbaik di seluruh negara.

    ReplyDelete
  18. BN masih parti yang lebih berpengalaman untuk membawa yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  19. Rakyat jusg harus berusaha untuk membaiki lagi taraf kehidupan. Sikap bergantung kepada kerajaan adalah amat membebankan.

    ReplyDelete
  20. Kepentingan rakyat tidak harus dipinggirkan.

    ReplyDelete
  21. kalau benar musa pandai urus negeri sabah mengapa negeri sabah jadi negeri paling miskin di malaysia? kermanakah sumber negeri yg dikatakan banyak itu tidak digunakan untuk kepentingan negeri? ataukan sumber yg banyak itu sudah jatuh ke dalam poket musa atau oer2 BN?

    sampai bila rakyat sabah diperbodohkan dengan hanya komen2 copy n paste ini? sejak BN perintah sabah PTI semakin menunjuk belang di sabah khasnya dan semakin merebak ke semenanjung hasil kerja jahat BN.

    Sepatutnya BN dihukum mati saja kerana isu PTI yg semakin membara di sabah. BN ialah pengkhianat negara meberikan kerakyatan sewanang wenangnya.

    Mudah mudahan rakyat sabah sedar bahawa BN bukanlah parti yang berjasa kepada sabah tetapi akan sedar bahawa BN lah parti yg membawa mudarat kepada sabah khasnya.

    Rakyat sabah janganlah gembira sangat kalau BN menang pada PRU13 kerana kemenangan BN adalah hasil undi PTI yg dapat ic haram. Bila menag, PTI ini pasti akan menuntut sesuatu daripada pihak BN dan apa yag mereka minta sudsh pasti sesuatu yg pahit untuk rakyat sabah.

    fikir fikirkan lah.

    ReplyDelete
  22. BN ini umpama penjual gula2 meminta budak2 beli sebab katanya gula2 ini manis dan sedap tapi disebalik kemanisan gula2 itu akhirnya menjadikan gigi budak2 tu rosak disebabkan banyak makan gula.

    Bgitulah BN mentadbir sabah. BN bagi tangki air percuma, zink percuma tapi hasil sebenar yg banyak sudah masuk dalam poket para pemimpin BN hasilnya, sabah masih menjadi negeri paling miskin di malaysia walaupun kaya dengan sumber minyak, balak dsb.

    ReplyDelete
  23. BN bagi tangki air percuma..kenapa ada penduduk kg. tinusa sandakan tidak dapat??kesialannya JKK dan Ketua kampung dah songlap pemberian tangki tersebut dengan kroni-kroninya!!!, harus diingat penduduk kg. tinusa adalah pengundi BN..

    ReplyDelete
  24. MAAF KETUA CAWANGAN DAN KETUA BAHAGIAN DAH TIDUR...LAMA DAH....

    ReplyDelete
  25. Ceritanya mengenai Jalan 1.5 km. Kg. Sg. Kayu Kawasan Sibuga Resort tidak diselenggara, lobang ditampal oleh individu yang perihatin, tiada lampu jalan, merbahaya untuk wanita dan kanak-kanak di waktu malam kerana gelap. Yang penyokong BN ambil cakap menteri mengenai rancangan pembangunan di tempat lain, nya orang Sabah ndak mangana bah itu.

    ReplyDelete
  26. Sekarang masyarakat Iban mulai sedar yang selama ini mereka telah ditipu sehingga tanah tempat mereka tinggal dan berkebun sudah banyak yang diambil atau dicerobohi oleh syarikat kroni BN.

    Apabila mereka mengetahui bahawa tanah kebun mereka telah diberi PL (Provisional Lease) atau Pajakan Sementara kepada syarikat kroni, mereka merasa menyesal menyokong BN selama ini.

    Kata mereka, tanpa tanah untuk tempat tinggal dan berkebun dimana mereka hendak tinggal dan menyara kehidupan seharian mereka. Menurut mereka lagi, hanya tapak rumah saja yang disukat sebagai 'NCR Land' atau tanah adat, tetapi tanah kebun dan ladang mereka dianggap sebagai tanah kerajaan, walaupun datuk nenek mereka sudah bercucuk tanam di situ berabad lamanya.

    Mereka menuntut pihak pemerintah agar memberi mereka kemudahan asas serta mengiktiraf tapak tempat tinggal dan kebun mereka dengan memberi mereka hakmilik tanah kekal.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut terdiri dari penulis sendiri, wakil PKR En Abun Lim, Pemuda PAS Bintulu, Ketua Pemuda PAS Sibuti Robby Tandang, Ketua DHPP Sibuti Ramba, wakil-wakil rumah panjang DHPP Sibuti dan juga penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  27. Untuk kes AES ini, baruanya ialah Ketua Pengarah JPJ.Tetapi siapa Ketua Pengarah JPJ yang mempunyai bidang kuasa yang begitu tinggi sehingga boleh memutuskan sesuatu yang melibatkan rakyat jelata?

    Apapun, EAS bukanlah suatu yang dipolitikkan, tetapi dijadikan alat politik pemimpin UMNO bagi menjana pendapatan tambahan sambil memberi ruang yang luas kepada kroni untuk berniaga.Berniaga atas keperitan rakyat.Bayangkanlah selama lebih kurang 2 bulan, AES sudah mengumpulkan sejumlah RM77,069 juta,satu cara yang paling mudah untuk cari wang, lebih mudah dari menyertai program reality money drop.Nanti semua rakyat yang terperangkap dengan AES bakal diperah untuk membayar saman seperti yang pernah dilalui oleh rakyat negara ini beberapa kali di zaman Mahathir dan Dollah badawi.Nampaknya Najib lebih advance dalam memerah rakyat.

    Pendek cerita, AES bukanlah dipolitikkan oleh kerajaan Selangor atau PR atau mana mana pihak di kalangan rakyat tetapi AES memang bangang dan wajar ditentang oleh semua termasuk ahli UMNO.

    ReplyDelete
  28. Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan satu Akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestine pada Januari 2009. Sehingga akhir tahun 2010 jumlah sumbangan adalah RM 680,747.00. Menurut laporan Ketua Audit Negara tiada urusniaga terimaan atau bayaran berlaku pada tahun 2010.

    Menurut Ketua Audit Negara juga, sehingga April 2011 wang terkumpul masih BELUM di salurkan kepada pihak yang sepatut menerimanya.(tiada maklumat terkini tentang akaun ini sehingga November 2012)

    Cuma aku tertanya tanya: Apa dah jadi? Sudahkah wang di salurkan ke Palestine? Jika sudah,Alhamdulillah dan syabas.
    Jika belum, nak tahu juga kenapa?

    ReplyDelete
  29. Indeed the government is caring the people.

    ReplyDelete
  30. Benar peruntukan diberi, tetapi kebanyakkan peruntukan sudah masuk poket?

    ReplyDelete
  31. Musa membawa Sabah ke arah yang amat positif.

    ReplyDelete
  32. BN masih parti yang berkeupayaan membawa perkembangan yang positif.

    ReplyDelete
  33. Sistem infra di Sabah masih banyak perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  34. Amatlah tidak patut kerana selama ini kerosakan jalan berkenaan ditangani oleh individu yang prihatin yang secara sukarela menampal lubang dengan batu kelikir yang diambil dari tepi jalan besar; malah ada kalanya terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli simen bagi menampal jalan yang berlubang?

    Adalah harus WR turun padang dan memahami keadaan sebenar berlaku dan sedia mengambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  35. CM kerap dikaitkan kes rasuah. Ini juga akan menjadi satu cabaran sama ada rakyat tetap akan memberi sokongan.

    ReplyDelete
  36. Pembangunan luar bandar harus menjadi tumpuan juga.

    ReplyDelete
  37. Isu kerosakan jalan dan kegelapan malam kerana ketiadaan lampu jalan pernah diajukan kepada Pengerusi JKKK, tetapi tiada tindakan diambil sehingga sekarang

    Pihak yang bertanggung jawab tidak harus mengabaikan tugas dan mengambil langkah yang wajar untuk menyelesaikan isu.

    ReplyDelete
  38. Bukan sahaja keadaan jalan yang berlubang, malah lampu jalan pun tiada sehingga kawasan berkenaan amat berbahaya pada waktu malam kerana amat gelap, terutama kepada kanak-kanak dan wanita.


    Tindakan harus diambilagar keselamatan tidak tergugat.

    ReplyDelete
  39. Tempat sendiri Musa tak selesai masalah inikan pula tempat lain...

    ReplyDelete
  40. Cuba tinjau kampung2 di daearah Beluran.Saya anggap kwsn yg patut diberikan perhatian oleh para YB.Kemudahan asas spt jalanraya,letrik dan air langsung tidak sampai ke kws itu, sedangkan kampung2 ini dah terbina hampir 100 tahun. alangkah sedihnya bila balik kampung terpaksa p ambil air di perigi, guna lampu pelita dan terpaksa pula guna kereta 4x4 baru smpi di kg...sedih..

    ReplyDelete
  41. kesian...saya rasa d smjg x ada lagi keadaan spt itu.So..bila lgi.INI KALI LA....

    ReplyDelete
  42. teringat zaman 60an..he..he..he

    ReplyDelete
  43. PM kata SABAH simpan utk kemenangan BN...

    ReplyDelete
  44. DUN SUGUT...mana wakil rakyatnya..tidor ka..lihat kampung-kampung..masalah air-litrek-j/raya-tanah adat...BELUM SELESAI...

    ReplyDelete
  45. Pemmbangunan luar bandar menjadi tumpuan utam kerajaan pada masa ini.

    ReplyDelete
  46. Datuk Musa mementingkan pembangunan Sabah.

    ReplyDelete
  47. Kita mengharapkan apa yang dirancang untuk pembangunan Sabah akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  48. BN adallah kerajaan yang terbaik dan dapat membantu rakyat.

    ReplyDelete
  49. Merkea yang di beri kepercayaan utuk membaiki jalan harus menjalankan tugas mereka dengan amanah, jangan menjatuhkan nama baik BN.

    ReplyDelete
  50. Puak-puak DAP yang disokong oleh PAS dan PKR akan mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedai Rakyat 1Malaysia Pantai Dalam,Alasan yang digunakan ialah barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah barang yang tidak berkualiti.
    Nampak benar sakit dan dengki hati puak-puak DAP kepada Kedai Rakyat 1Malaysia. Kalau dibandingkan barangan yang dijual, sebenarnya kedai-kedai runcit yang mendapat bekalan daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP, jauh lebih teruk. Ada sesetengahnya yang tidak mempunyai tanda HALAL JAKIM atau tanda HALAL JAKIM PALSU. Malah terdapat barangan yang sangat diragui.

    ReplyDelete
  51. terlalu sukar untuk pengusaha-pengusaha atau pembekal-pembekal Bumiputera mendapat tempat yang adil di kedai-kedai runcit yang mendapatkan bekalan mereka daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP

    ReplyDelete
  52. Kedai Rakyat 1Malaysia pula lebih mengutamakan pembekal-pembekal Bumiputera yang sebelum ini seringkali ditindas oleh orang tengah dan pemborong penyokong DAP.

    ReplyDelete
  53. Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada sumbangan kepada DAP terjejas.

    ReplyDelete
  54. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga yang dipaksa oleh para pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional, menyebabkan kehadiran Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat tentangan hebat daripada golongan berkenaan.

    ReplyDelete
  55. TAPI DEKAT DENGAN RUMAH NYA BANYAK PATI TINGGAL BRO,COBA PERGI KE BATU PUTIH DAN SIBUGA RESORT

    ReplyDelete
  56. December 13, 2012 1:33 PM :

    temberang la kau!!! kat behorq pulai, sekolah pun tengah sawah. rumah2 penduduk banyak yg x dilengkapi j/raya...

    ReplyDelete
  57. Kedai barangan 1Malaysia tu dah le mahal,ndak ada kualiti. Hai kena tipu mentah2 dgn UMNO

    ReplyDelete
  58. Be End sentiasa mengutamakan Kroni,rakyat blakang la..Senang saja tu memancing rakyat,kasi jak 100 masa mengundi,diam la tu..

    ReplyDelete
  59. Bukan senang mau kasih puas hati semua pihak, yang penting kerajaan telah buat yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  60. Ketua Wanita UMNO Sepanggar, Datuk Jainab Ahmad membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih gemar menyebar fitnah bagi memburukkan kerajaan meskipun mereka sedar pencapaian kerajaan sedia ada cukup membanggakan.

    ReplyDelete
  61. Beliau berkata parti pembangkang kini kelihatan seolah-olah tidak dapat membezakan “apakah yang baik dan tidak baik” khususnya yang dilakukan atau dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  62. “Setiap hari mereka menjaja keburukan dan kelemahan kerajaan kepada rakyat bagi menanam kebencian sedangkan kerajaan BN bersungguh-sungguh menolong dan memperbaiki kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
  63. “Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika kerajaan BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar belit fakta untuk menfitnah kerajaan,” katanya

    ReplyDelete
  64. Jainab berkata parti pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi pada masa yang sama gagal membawa idea baharu untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk aspek ekonomi dan sosial.

    ReplyDelete
  65. Beliau berkata Buku Jingga yang diketengahkan oleh pakatan pembangkang hanya bersifat retorik “kerana bukan sahaja tidak logik tetapi juga boleh membawa musibah kerana negara”

    ReplyDelete
  66. Sehubungan itu, Jainab mengajak rakyat Sabah bersatu dalam BN dan menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang akan datang kerana kerajaan BN berupaya memperjuangkan nasib mereka.

    ReplyDelete
  67. Bajet Negeri Sabah 2013 disifatkan realistik , seimbang dan memampu mengubah landskap pembangunan khususnya di luar bandar selaras dengan usaha kerajaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

    ReplyDelete
  68. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom, Jamawi Jaafar menyifatkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman menitik berat setiap aspek untuk meningkatkan hidup rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  69. Tambahnya, Bajet negeri 2013 kali ini akan meningkatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara ini khususnya pada pilihan raya umum kelak. Ianya berbeza dengan bajet pembangkang hanya gemar berjanji tetapi tidak mampu untuk dikotakan berbanding BN.

    ReplyDelete
  70. jangan kita nilai keberkesanan sebuah kerajaan melalui pembangunan semata-mata kerana pembangunan infatruktur merupakan tanggungjawap sesebuah kerajaan yg akan memerintah... tapi lihatlah dari segi ketulusan sesebuah kerajaan itu memerintah,salah satu kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan apabila rakyat akan dilayan dengan adil dan tiada seorg pun yang akan diabaikan dalam pembangunan, tiada monopoli dalam pembangunan projek-projek pembangunan.... dan banyak lagi, lihat lah di keliling kita dan fikir2lah...

    ReplyDelete
  71. Bagai mana Pemimpin BN mengangap pembangkang gemar berjanji dan tidak mampu mengotakan sedangkan belum pun diberi peluang untuk memerintah kerajaan Malaysia... Cuba kita rakyat Malaysia bagi peluang Pembangkang memerintah dari itu baru rakyat dapat menilai setakat mana kemampuan pembangkang untuk mengotakan janji-janji mereka... BN kita suda nampak kemampuan mereka selama ini dan masih banyak kelemahan, masih ada rakyat di beberapa negeri yang terabai hak-hak mereka seperti hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak di tanah-tanah adat mereka makin terhakis dan di ambil alih oleh syarikat-syarikat besar....

    ReplyDelete
  72. The State Government recognises the accomplishments and contributions of women in government and community.

    ReplyDelete
  73. “At the recent celebration of the annual State Women’s Day, the theme “Women the Catalyst of the New Economy” is appropriate as it recognises the pivotal role women play in the State’s development and economy,” Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said in his keynote address at the St Cecilia Alumnae Association 25th Anniversary and Installation Celebration Dinner on Wednesday.

    ReplyDelete
  74. Musa noted that the presence of more women actively involved in leading positions in both the public and corporate sectors is a shining example of that theme.

    ReplyDelete
  75. At a recent Himpunan Wanita Muda event, Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak was quoted as saying that the accomplishments of Malaysian women in education was outstanding and in fact better than their peers in some developed countries, Musa said.

    ReplyDelete
  76. “I must say that I am in total agreement with the Prime Minister over this and I am pleased to state here that women in Sabah have contributed immensely to the development of the State in various sectors, and are continuing to do so,” Musa added.

    ReplyDelete
  77. Meanwhile, the Chief Minister said the Government is building more schools to cater for the education needs of young children and also developing the Education Hub complex here, where more institutions of higher learning will be established for school leavers to pursue tertiary education at their door step.

    ReplyDelete
  78. “The Government is developing various sectors of the economy to provide job opportunities for young graduates for them to stay on in Sabah instead of moving elsewhere,” he continued.

    ReplyDelete
  79. Musa said the State Government continued to provide financial support to government aided schools with an increased allocation annually, in addition to what was provided by the Federal Government.

    ReplyDelete
  80. “We are aware that it is never enough as there are always increasing needs for more funds and let me assure you that we will try our best to meet those needs,” said Musa who is also State Finance Minister.

    ReplyDelete
  81. Musa said with the education field as its primary role, St Cecilia Alumnae Association would have in its own way contributed to the higher enrolment of women into higher institutions of education in Malaysia, as seen for this year’s intake of 25,000 female students compared to 13,000 males in public universities.

    ReplyDelete
  82. The text of the Chief Minister’s speech was delivered by State Industrial Development Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah. Also present were Association Patron Datuk Seri Panglima Tham Nyip Shen, past presidents and newly elected president Audrey Wong and her office bearers.

    ReplyDelete
  83. Sabah adalah contoh terbaik jika ingin melihat kesatuan yang bersama.

    ReplyDelete
  84. Sabah pasti akan maju jika semua pihak memberi sokongan kepada kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  85. Namun sebarang kelemahan yang berlaku harus di perbaiki.

    ReplyDelete
  86. Saya pasti segala kelemahan pasti ada peningkatan yang akan dilakukan.

    ReplyDelete
  87. “Penyampaian maklumat yang salah boleh mewujudkan persepsi serta spekulasi yang negatif di kalangan rakyat sedangkan ianya hanya ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik pihak tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  88. “Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajiban setiap kakitangan agensi kerajaan bagi memastikan segala maklumat terpesong di luar sana diperjelaskan dengan sebaik yang mungkin,” tegas beliau.

    ReplyDelete
  89. Ellron berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Bersama Agensi Kerajaan Anjuran Kemas Nabawan yang diadakan di Dewan Komuniti Pagalungan Ansip semalam.

    ReplyDelete
  90. Sementara itu beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bahagian Sook menambah salah satu kekeliruan yang jelas berlaku pada masa kini ialah berkaitan dengan isu Geran Komunal.

    ReplyDelete
  91. “Geran Komunal, misalnya, telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Geran ini sama dengan geran NT, di mana, ia boleh diwarisi dan dipegang selamanya oleh rakyat.

    ReplyDelete
  92. “Bukanlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh pihak tertentu kononnya ia bertujuan untuk menindas rakyat. Isu ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk rakyat yang telah diputarbelitkan,” jelas beliau.

    ReplyDelete
  93. Justeru, Ellron menyeru kepada rakyat agar melahirkan semangat ‘Suka Bertanya’ jika timbul kekeliruan yang boleh memporak perandakan keadaan yang sudah sedia aman dan damai.

    ReplyDelete
  94. Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Kemas Nabawan atas usaha yang berterusan selama ini untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dalam kawasan Sook.

    ReplyDelete
  95. Beliau turut menggesa agar usaha sedemikian bukan sahaja diteruskan oleh Kemas, malahan menjadi satu contoh yang baik kepada jabatan-jabatan lain untuk dipraktikkan demi keharmonian masyarakat dan Negara.

    ReplyDelete
  96. Malaysia is expected to earn RM282.6 billion in export earnings from the commodity sector in 2020, says Plantation Industries and Commodities Minister Tan Sri Bernard Dompok.

    ReplyDelete
  97. He said the optimism was based on the consistent earnings raked in by the sector which was one of the main pillars of the economy.

    ReplyDelete
  98. "The government is currently encouraging relevant parties to implement the B10 biofuel programme (blending of 10 per cent palm oil biodiesel with petroleum diesel) and this will use about one million tonnes of crude palm oil each year," he told reporters after officiating a career carnival here Friday.

    ReplyDelete
  99. Dompok also said the government has agreed to the use of crude palm oil as feedstock to generate electricity especially in Sabah.

    ReplyDelete
  100. "Sabah is poised for rapid economic development as the large hectarage of land under oil palm cultivation is expected to assume a vital role in contributing at least 30 per cent of the state's earnings," he said.

    ReplyDelete
  101. Kementerian Kerja Raya memperuntukkan lebih RM1 bilion bagi menaik taraf tiga jalan utama sepanjang 132.7 kilometer di Sabah bermula hujung tahun ini.

    ReplyDelete
  102. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pada masa ini pihaknya sedang giat membuat reka bentuk pelan sebelum tender dikeluarkan secara berperingkat.

    ReplyDelete
  103. Tiga jalan utama itu ialah projek menaik taraf dari Jalan Dongongon ke Simpang Papar Spur sepanjang 42 kilometer sebanyak RM600 juta dan Jalan Kota Kinabalu-Sindumin sepanjang 9. 2 kilometer yang bakal menelan kos RM218 juta.

    ReplyDelete
  104. , sebanyak RM430 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Tawau-Semporna sepanjang 81.5 kilometer daripada dua aliran kepada empat aliran

    ReplyDelete
  105. usaha menaik taraf jalan berkenaan penting bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat memandangkan peningkatan jumlah trafik yang begitu ketara.

    ReplyDelete
  106. selain itu terdapat pelbagai projek menaik taraf kecil turut dilakukan di seluruh negeri dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  107. usaha berterusan yang dilakukan bagi meningkatkan infrastruktur jalan di negeri ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan Sabah.

    ReplyDelete
  108. Tawau-Semporna tu kalau bg aku buat highway baru..kos sekitar RM150 juta jeh. Apa jadah sampai RM430 juta??

    Tetuan Wales & Petruss

    ReplyDelete
  109. kemajuan dalam pembangunan infrastruktur yg kita dapat di sabah jauh ketinggalan dibandingkan dari semenanjung.. kita ada hasil dari kayu balak yg banyak, kita ada telaga minyak tapi yg kita dapat hanya 5% dari hasil minyak KALAU KITA RAKYAT SABAH MAHU MEMBANGGUNKAN INFRASTRUKTUR SETANDING DENGAN SEMENANJUNG MARI LAH BERJUANG UNTUK MENGEMBALIKAN HAK KITA KEATAS PENDAPATAN MINYAK DI SABAH... MARILAH BERJUANG UNTUK 20%> HASIL MINYAK SABAH..... INI KALILAH....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.