Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.
Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.
Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.
Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.
Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.
Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar borang keahlian tersebut kepada bekas guru berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri.
Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.
Guru berkenaan, dakwa Yunus, mengesahkan ada terlibat dengan PAS.
"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi.
Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.
"Dia minta borang saya kasilah," katanya.
Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.
Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.
Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.
Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.
"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.
"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.
Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. -mk
Tuesday, December 4, 2012
Guru Dipecat Diberikan Borang UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sama ada sedar atau tidak, kepercayaan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat semakin menurun biarpun pada masa yang sama PAS berusaha untuk membuktikan bahawa keberadaan mereka dalam Pakatan Rakyat TERLALU AMAT PENTING.
ReplyDeletepola atau trend berpolitik sekarang sedang menuju ke arah kekacauan terutama dengan keseronokan demonstrasi malah sentiasa mengharapkan demonstrasi yang berakhir dengan keganasan.
ReplyDeletepandai bercakap tetapi sentiasa kurang menggunakan otak, PAS akhirnya bertukar menjadi komponen yang paling dibangangkan.
ReplyDeleteCukup dengan sedikit pujian, PAS mampu bertukar menjadi makhluk penjilat yang paling menjijikkan.
ReplyDeleteNasib PAS sebenarnya begitulah. Ketika PKR dan DAP sedang berkira-kira dan bersungguh-sungguh mahu merampas kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS, PAS pula terus terkesima dengan pujian dan pengampuan yang dibuat oleh DAP dan PKR.
ReplyDeleteAnon Dec 4,2012 9:15 AM orang bangang kepala oak pencacai umno
ReplyDeleteAnon December 2012, 9.13am, 9.14am, 9.15am adalah orang yang sama, pencacai UMNO BN tahap gaban. PRU 13 kita seluruh Malaysia bersatu akan menumbangkan UMNO BN ini, ko tengok lah nanti wahai pencacai-pencacai UMNO.........
ReplyDeleteHIDUP PKR
Sebenarnya pencacai UMNO yang brgantung manafaat semata-mata melalui politik ini sangat risau kalau UMNO jatuh habislah pulus. Janganlah sampai begitu rezeki dari Tuhan ada dimana-mana.
ReplyDeleteini cara nak burukkan UMNO lah ni.
ReplyDeletekenapa tak bawa ke jabatan buruh ja. .dari mainkan isu ini.
ReplyDeleteEskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Seks Adalah Anwar! Anwar pula macamana ya? dah jatuh wajib anda bersumpah dalam mengelak fitnah. Harapnya juga bukanla penyokong2 Anwar berteriak bagi pihak Anwar. mari kita bersama2 elak syubhah & 1 Malaysia!!
ReplyDelete*kemenangan hanya pada Islam, hidup UMNO!!! Allahuakbarr!!!!!!
UMNO ni tak habis2 dgn videonya. Suka sgtusung blue filem kehulu kehilir. Guna kaedah blue filem utk jatuhkan lawan politik. Aduhai... UMngokk ku.
ReplyDeletewal fitnatu asyaddu minal khotr..."Jgn kita bersama Umngok dalam menyebar fitnah celaka."
ReplyDeleteUMNO KALUT DAHHHH!!!!!!!!!!!! , macam man nak wat kaki tangan kerajaan berduyun2 masuk PAS DAN TERBARU menyertai Pas ialah Datuk Rahman Maidin, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned, bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat, Nasir Abdullahbekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned.Dua yang lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat, Nasir Abdullah
ReplyDeleteYANG tinggal JKK, ketua kapong, ketua pemuda dan wanita UMNO KARAT yang tak masuk lagi,,, orang kapoooooongggg habis ....MINTAQ BANTUAN PEJABAT PAS SEDIA BORANG BANYAK SIKIT BAGI MEMUDAHKAN KEMASUKAN SUNAMI KEAHLIAN YANG MENYOKONG KEPIMPINAN TOK GURU.......takbirrrr3
UMNO/BN membela demokrasi konon...kepala hotak dia org ....dlm perhimpunan UMNO menjerit2 konon UMNO/BN pembela bangsa, demokrasi dan agama, skrang terbukti sape yg menyalahkangunakan agama dicampuraduk dlm politik.....aku benci pemimpin yg hipokrit....cakap lain buat lain....full of shits !!!...
ReplyDeleteBagus sangat kah sandiwara karangan Eskay tu, kalau dia pun ada dalam bilik tu dan ambil video. Dalam Hukum Hudud orang begini mungkin tidak diterima untuk jadi saksi, yang sanggup memalukan diri sendiri.
ReplyDeletekepada Anonymous December 4, 2012 9.14PM,
ReplyDeleteSebagai tambahan TIMBALAN KETUA UMNO SABAH MELETAK JAWATAN DAN MENYERTAI PKR.
ADA SESIAPA YANG BOLEH TAMBAH SENARAI TERBARU KELUAR DARI UMNO INI?
HIDUP PKR SABAH
Anon dec 5 2012 8.31am
ReplyDeleteTIMBALAN KETUA WANITA UMNO SABAH.
Anonymous said...
ReplyDeleteDecember 4, 2012 4:58 PM
pasai apa mu ni marah sangat dgn DSAI? dia pernah tutuh pungkok mak mu ka?
Kt malaysia ni sape yg jujur akan di hina ,,yg jd perompak .penipu..tu yg sanjung..di hormati..di sayangi...
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteDecember 4, 2012 9:15 AM
Ini bukan lagi tanda. Inilah kezaliman. Umno dan pemimpin2 mereka menempatkan diri hampir ke neraka. Api yg mereka main sejak kecil kini membakar diri mereka sendiri. Apa saja tindakan sudah keluar dari kewarasan fikiran. Tumbangkan BN.. Musnahkan umno..
#Kuala Lumpur 112. Ini kalilah!
La tali hayat mereka parti pemenrentah ialah jentera kerajaan kalau tidak dah lama mampus dah. itu ssebab PDRM, SPRM, SPR, JPN, M,FATTUA, JABATAN AGAMA lani dah jadi sebahgian dari komponan PARTI PEMERENTAH BEEND. TUKAR!UBAH! HIDUP PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteUMNO nih kalau kat Jepun nun...dah lama mampusss. Kat sana walau pun negara yg boleh dkatakan 'atheis' (hanya skrang ada kristian dan sedikit sgt Islam ) tapi mreka lebih kepada 'morale' yg tinggi dan disiplin diri. Kalau ketua jabatan buat hal,menteri mereka akan letak jawatan. Malu katanya. Kalau kementerian buat hal, PM akan letak jawatan apalagi kalau melibatkan ekonomi negara. Di Malaysia?? Ketua jabatan buat hal, dr atas kebawah tukang cover. Kalau tak trcover, baru beri nasihat itu ini. Kalau menteri buat hal, bukan kata PM yg cover, SPRM pun tumpang sekaki cover. Itu fakta dan hakikat dMasia.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Rakyat bebas untuk membuat pilihan. tiada paksaan..
ReplyDeleteIsu yang ditimbulkan untuk kepentingan politik sendiri.
ReplyDelete