Friday, December 28, 2012

Himpunan Oren Desak Isa Samad Letak Jawatan



Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.

"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim".

Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.

Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk

















17 comments:
Write comments
  1. "Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim...zalim... Mazlan Aliman Zalim".
    Woi bodo! Felda telah pun diganggu gugat dgn penyenaraian difgv, ia sudah pun separuh jln tergadai (tanah felda). Siapa yg zalim? Org yg nak tolong selamatkan hangpa, hangpa tuduh zalim?? Akai ada ka?? Yg zalim itu adalah pihak yg hangpa tetap dok sokong, w'laupun harta milik hangpa depa tolong pelingkup x lama lagi. BODO!!...

    ReplyDelete
  2. Nie baru sikit. Kita tunggu 12 Januari 2013 nie. Bukan Isa jer kami tuntut letak jawatan, malah

    NAJIB JUGA KAMI TUNTUT LETAK JAWATAN!!!!!!

    RAKYAT AKAN PASTIKAN SYAITAN YANG DIKENALI BERUNDUR!!!!!

    KAMI TIDAK AKAN BERGANJAK!!!! INI SUMPAH KAMI!!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  3. Yang membezakan perhimpunan anjuran PR dan UMNO..?? PR perhimpunan aman dgn objektif yg jelas.. anjuran UMNO pulak utk menjadi samseng dan objektif sebagai pengacau..!!

    ReplyDelete
  4. maksud yg jelas mengapa felda tidak mahukan isa samad..cara perlantikannya pun sudah melanggar prosedure yg ada..jika benar nak bela nasib peneroka..mengapa jumlah saham yg diagihkan tidak meyebelahi peneroka?..

    ReplyDelete
  5. OOooo ni le perhimpunan yg mmaksa UMNO guna budak2 felda yg tak tau apa dr Felda Sg Tengi,H.Selangor utk hadir dgn upah RM20 dan jerit kpd peserta demo Oren. kenapa ditipu budak2 tuh? jerit kat mazlan aliman zalim,zalim. Apa yg zalim? UMNO sedut felda tu yg zalim atau sdr Mazlan yg nak sedarkan peneroka dr tipu muslihat Umno ,dkatakan zalim?

    ReplyDelete
  6. Isa Samad, Pengerusi baru FELDA telah mula turun padang.

    ReplyDelete
  7. Pastinya Mazlan Aliman dan konco-konconya tidak senang hati dengan situasi ini. Apatah lagi, ceramah yang membabitkan Anwar Ibrahim di Felda Cemplak beberapa hari lepas, tidak begitu mendapat sambutan sekalipun media-media propaganda Pakatan Rakyat, meuar-uarkan jumlah penonton ceramah Anwar Ibrahim sehingga ke angka ribuan walaupun jumlah yang sebenarnya jauh berkurangan daripada yang disiarkan.

    ReplyDelete
  8. Pastinya juga Mazlan Aliman yang menyaman malu FELDA sebanyak RM20 juta, akan berhadapan dengan kerja yang sukar, memandangkan Isa Samad bukanlah seperti Yusuf Nor yang lebih banyak membuat kerja-kerja di pejabat. Isa Samad yang dikenali adalah jenis yang turun padang untuk mendengar sendiri masalah, bukannya mendengar masalah orang lain menerusi mulut orang lain

    ReplyDelete
  9. Pastinya juga, turunnya Isa Samad ke FELDA Tenang sebagai permulaan, menandakan bermulanya pengatasian masalah yang melibatkan generasi kedua dan ketiga yang sebelum ini sangat terdedah kepada tohmahan dan dakyah daripada Pakatan Rakyat, khususnya menerusi tentera-tentera dan talibarut Mazlan Aliman

    ReplyDelete
  10. Dan kalau anda dapat perhatikan, semenjak Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi baru FELDA, Mazlan Aliman sudah kurang bersuara dan berita tentang ANAK yang hendak menyaman FELDA turut berkurangan. Mungkinkah taktik kali ini diubah oleh Mazlan Aliman yang sudah pasti ada 'tuan besar' di belakangnya, terutama dalam usaha untuk mengambil tanah-tanah FELDA untuk diserahkan kepada tuan-tuan besarnya?

    ReplyDelete
  11. pembangkang ni suka sgt anjurkan perhimpunan.

    ReplyDelete
  12. Memang beginilah kalau sudah tidak dapat sambutan mulalah melakukan kekecohan.

    ReplyDelete
  13. Macam perhimpunan BERSIH juga. Kerana Pembangkang sudah tidak tahu mahu buat apa lagi maka terpaksalah menggunakan NGO untuk membuat kekecohan.

    ReplyDelete
  14. Rasanya rakyat sudah masak dengan perangai pembangkang di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  15. Cara ini tidak akan berkesan jika tidak ada tindakan susulan.

    ReplyDelete
  16. Perhimpunan ini hanya akan sia2 sahaja.

    ReplyDelete
  17. Terpengaruh dengan budaya luar yang sikit2 nak tunjuk perasaan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.