Friday, December 7, 2012

Musa Dedah Campurtangan Menteri Dalam Urusan Polis Polis

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.

"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya.

Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.

4 comments:
Write comments
  1. Dah tau dah. Musa ndak dedahpun,aku dah agak. Msa dia jadi Ketua Bahagian apa ntah kes liwat 1 zaman Che Det dulu...aku dah tau dlm polis ada campurtgn politik. Yg bunoh Ibrahim Libya dMemali,Kedah dulu, kan TPM telefon dr Parliment utk polis ambil kedudukan serangan dMemali. Ketua Polis daerah sndiri katanya ndak tau,bah. PM katJepun ke waktu tu. Sifir senang,kalau ketua polis daerah atau ketua polis negeri ndak tau projek politik UMNO dMemali yg involve polis, maknanya campur tangan politik dlm polis le tu.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Kalau TS Musa Hassan masuk PAS...brtambah lagi le yg cerdik masuk PAS dan yg bangsat masih dlm UMngokk.

    ReplyDelete
  3. Biasalah UMNO kalau pegawai kerajaan bersuara sikit menegur kesilapan kerajaan diugut dibuang kerja!

    ReplyDelete
  4. Sebelum ajal datg memanggil lbh baik cepat2 bertaubat dn perbetulkn kesalahn dan perbuatn jahanam kamu dulu krn kiamat sudh dekat. Org bodoh sj atau yg berkpntgan dalm umno/bn sokong UMNO/BN yg memang dah rosak dn jahanam. Aku dan klrga semua dulu kuat sokong UMNO/BN tetapi setlh kita sedar dn th mgkhianat dn fitnahkn Datk seri Anwar Ibrahim maka kita tiada pilihn lain HARAMKAN UMNO/BN krna zalim dn pgkhianat dn penipu besar!!! Ramai2 kt mnyokong PAKATAN untk menang supy Pentdbirn Negara berubah mnjadi LBH BAIK.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.