Thursday, December 13, 2012

Musa Aman boleh didakwa?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram.

Rafizi berkata demikian dengan memetik kenyataan naib pengerusi kepada satu panel yang menyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To.

NONEKatanya, beliau turut menyerahkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti baru dalam kes sumbangan politik RM40 juta pada Umno Sabah kepada ahli majlis perundangan Hong Kong itu.

"James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

"Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Rafizi dalam kenyatannya.

Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC sebelum ini.

Antara lainnya, dokumen itu  adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Menurut Rafizi, beliau yakin ICAC akan memanggil seorang saksi rahsia bagi "memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC".

Bagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut tentangnya kerana diminta ICAC untuk melindungi kerahsiaan siasatan.

"Oleh yang demikian kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti diputuskan ICAC," katanya.

Susulan perkembangan terbaru kes ini, PKR menurutnya akan menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen bagi meningkatkan tekanan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menyiasat kembali kes itu. -MK

373 comments:
Write comments
  1. Memberi amaran kerahsiaan terjejas boleh menjejaskan siasatan serta keselamatan mereka yang terlibat.

    Ini sebab ICAC sudah nampak apa yang Rafizi lakukan. Nampak sangat Rafizi cuba menghebohkan ke mata dunia. Jadi tindakan sebegini adalah salah.

    ReplyDelete
  2. Ini juga akan menyebabkan usaha ini terjejas. Memang malanglah Nasib Rafizi kena bagi amaran.

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat yang mana Rafizi ini benar-benar sudah kehabisan isu untuk menjadi politik mereka.

    ReplyDelete
  4. Bukti yang diserahkan oleh Rafizi ini tidak pasti akan diterima atau tidak lagi oleh ICAC. Nampak kecewa sebenarnya Rafizi sehingga terpaksa membuat kenyataan sendiri yang mana ICAC akan buka kertas siasatan.

    ReplyDelete
  5. Tapi yang pasti ICAC belum lagi pasti akan membukanya untuk melakukan siasatan atau tidak akan berhubungan desakan Rafizi ini.

    ReplyDelete
  6. ICAC hanya meawarkan janji mereka untuk meneliti semua dokumen yang diserahkan. Tapi tidak pernah mengatakan janji untuk membuka semula kertas siasatan. Kerana apa yang diserahkan itu sudah ada pada Sarawak Report sebelum ini.

    ReplyDelete
  7. Nampak betul sikap profesional ICAC ini yang mana tidak menghebohkan apa-apa kes dan bukannya seperti Rafizi sampai diberikan amaran keras oleh ICAC sendiri.

    ReplyDelete
  8. ICAC tidak pernah lalai dengan tugasan mereka. Jika benar-benar memang sudah nampak yang mana Datuk Musa aman sudah bebas. Selama 30hari ICAC berada di Sabah untuk menyiasat kes tersebut.

    ReplyDelete
  9. Kita tahu Rafizi balik dengan tangan kosong dan cuba menyenangkan hati dengan mengatakan ICAC akan buka semula kes ini. Tapi semua itu tidak benar. Kita tunggu dari ICAC lagi bagus daripada dengar daripada Rafizi.

    ReplyDelete
  10. Sikap PKR yang suka menghebohkan kes ini akan menyebabkan tindakan PKR ini akan menjadi sia-sia saja selama ini.

    ReplyDelete
  11. “Jadi, jika kita datang sekali lagi ke Hong Kong, dengan saksi atau tidak, nasihat adalah kita tidak mengumumkannya di media.

    Tapi apa yang Rafizi telah buat. Ini menampakan yang mana Rafizi ini orang yang tidak dengar cakap langsung.

    ReplyDelete
  12. Rafizi berkata bahawa rakan kongsi Chia memberikan timbunan transaksi slip syarikat kepadanya kira-kira dua bulan lalu, Dua bulan???

    Hairan juga kenapa tidak dedahkan semasa datang ke Hong Kong pada awal. Nampak sangat Rafizi cuba menipu lagi.

    ReplyDelete
  13. Rasanya tidak ada halangan pun jika Rafizi ingin ke Hong Kong sekali lagi. Kerana tengok sekarang pun Rafizi bebas untuk datang ke sana tanpa ada masalah yang timbul. Tidak perlu mahu memberikan pelbagai kenyataan yang bukan-bukan untuk mengatakan Kerajaan BN ini main kotor.

    ReplyDelete
  14. Kalau benar sudah lama Rafizi dihalang dan di masukan ke penjara, tapi tidak juga sampai sekarang. Kerana Kerajaan BN adalah kerajaan yang adil untuk semua.

    ReplyDelete
  15. Memang nampak sangat yang mana PR cuba untuk memutar belitkan cerita ini untuk kepentingan mereka sendiri. Tidak apa kita tunggu apa kata ICAC selepas ini.

    ReplyDelete
  16. bapa samseng nazri aziz hr tu bilang utk akaun UMNgOk...memang memerlukan penipu utk "membetulkan" tipu kan???

    ReplyDelete
  17. setakat ini, di berbagai pelosok dan penjuru Sabah, belum ada tanda-tanda berlakunya pembalakan haram, malah pembalak yang berlesenpun menjadi sasaran pemberi maklumat dan dituduh sebagai pembalak haram; sehingga Jabatan hutan Sabah, kerap memberi kenyataan bahawa kegiatan pembalakan itu bukan haram, akan tetapi mempunyai konsensi tertentu pada kawasan-kawasan tertentu.

    Di Sabah ramai pemberi maklumat dan pemerhati. pembalakan di Sabah sentiasa dipantau oleh pihak2 tertentu. Pembangkang pun akan ambil kesempatan dengan isu pembalakan di Sabah

    ReplyDelete
  18. Bagi menolak dakyah pembangkang kononnya sumbangan itu berasaskan pengubahan wang yang dihasilkan daripada kegiatan pembalakan haram, agak mustahil dilakukan, kerana bukan sahaja banyaknya agensi yang terlibat memantau kegiatan itu jika berlaku, akan tetapi rakyat begitu peka terhadapnya. Jika sekiranya berlaku, kegiatan pembalakan haram, melalui perkembangan ICT yang telah canggih, dengan sekelip mata tersebar dan diketahui di mana-mana.

    Rafizi hanya mahu memanjangkan cerita sehinggalah PRU13, sebagai modal Rafizi. Semuanya tu diadakan untuk melaksanakan hasrat taikonya Anwar. Sebab Anwar berjanji akan menyerahkan jawatan KM kepada Lajim. Boneka Gay Jamban.

    ReplyDelete
  19. usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya, kerana rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri, kerana sumber daripada balak bukan lagi sama seperti pada tahun sebelum 2003. Pendapatan daripada balak tidak sampaipun RM200 juta setahun, kerana kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.

    Rafizi lebih baik hentikan segala muslihat murahan tu. betul atau tidak segala kenyataan Rafizi tiada siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  20. Setakat ni pihak ICAC belum mengeluarkan sebarang statement. Cuma si Rafizi saja yang syok sendiri.

    ReplyDelete
  21. Semua strategik pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Musa Aman untuk mengantikan Lajim. Tu pun kalau pakatan pembangkang boleh menang.

    ReplyDelete
  22. Malaysia dijangka menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi dengan mencapai sasaran perkapita penduduk sebanyak AS$15,000 (RM45,637) menjelang 2018.

    ReplyDelete
  23. matlamat itu dapat direalisasikan kerana kadar pertumbuhan ekonomi negara yang kekal tinggi dan peningkatan trend pelaburan sektor swasta yang konsisten.

    ReplyDelete
  24. Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan swasta 15.5 peratus pada 2010 dan 12.2 peratus pada 2011

    ReplyDelete
  25. Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika BN bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini

    ReplyDelete
  26. Semua anggota Umno perlu memberi keutamaan kepada kesetiaan dan perpaduan bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.

    ReplyDelete
  27. semuanya dalah gara-gara c Rafizi ni..

    ReplyDelete
  28. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin angin perubahan politik di Sabah kini lebih menyebelahi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  29. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata keyakinan itu berasaskan prestasi kepimpinan cemerlang BN sama ada di peringkat negeri dan persekutuan yang kesannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  30. Sifat "gunting dalam lipatan" Lajim Ukin sebenarnya sudah dihidu awal oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang lain. Sebab itu Lajim tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini kerana khuatir beliau akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah. Dan mungkin sebab itu juga Lajim disisihkan dari mengetahui apa sahaja hal ehwal parti kerana dikhuatiri "kain" umno akan diselak seluas-luasnya menggunakan "gunting" berkarat Lajim Ukin untuk tatapan pembangkang.

    ReplyDelete
  31. “Kepimpinan BN sekarang ini benar-benar ingin berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh dengan perancangan begitu teratur dan jelas. Lebih-lebih lagi dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Ser

    ReplyDelete
  32. Sebenarnya, Lajim sudah lama menyimpan dendam kesumat terhadap Ketua Menteri Sabah, malah tanda-tanda itu sudah wujud ketika PRU 2008 apabila Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dibenarkan melawan beliau (Lajim). Namun, Lajim terpaksa bertahan dalam umno untuk beberapa tahun kerana masih banyak projek-projek kerajaan yang belum "dikebas" oleh beliau.

    ReplyDelete
  33. “Pendekatan (Najib) itu bukan sahaja begitu jelas dan baik tetapi tindakan-tindakannya juga menunjukkan segala perancangan yang terperinci itu dilaksana. Kita semua sedia maklum cara perdana menteri dan anggota kabinet bekerja tidak henti-henti dan menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.

    ReplyDelete
  34. “Semua lapisan masyarakat (menikmati hasilnya), bukan sahaja secara menyeluruh tetapi dengan lebih terperinci,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini

    ReplyDelete
  35. Pairin berkata berasaskan kepada pretasi cemerlang kepimpinan kerajaan BN hari ini, rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan agendanya demi kemakmuran dan masa depan rakyat negeri itu.

    ReplyDelete
  36. Kepimpinan yang baik sekarang ini perlu diteruskan kerana ia memerlukan kesinambungan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan rakyat keseluruhannya, katanya.

    ReplyDelete
  37. Belum ada apa2 keputusan atau pengumuman rasmi. Buat apa nak dakwa Musa pula??

    ReplyDelete
  38. Dalam akuan bersumpah ini, Lajim turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah. Tapi bagaimana pula Lajim tahu dari mana datangnya sumber dana ini sehingga kepada proses "penyucian" wang tersebut di luar negara yang kemudiannya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik Sabah?

    ** Lajim sudah berjaya mengalih perhatian rakyat. namun, beliau silap. Beliau ingatkan orang2 sbah ini tidak cerdik pandai. rakyat sudah menghidu semuanya yang busuk pd LAJIM

    ReplyDelete
  39. Rafizi sengaja mahu buat situasi nampak teruk padahal mereka yang terdesak.

    ReplyDelete
  40. Lajim ni ada penyakit lupa mungkin. Beliau sendiri terpalit dengan kontroversi negatif tapi masih mahu berlagak innocent.

    ReplyDelete
  41. Dulu Lajim cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah TERUS dipinggirkan pula. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.

    ReplyDelete
  42. meletakkan kegagalan kepada kerajaan BN adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan Lajim juga sebahagian daripada kerajaan sebelum mereka Pakatan Rakyat. Tidak mustahil, jika beliau keluar dari Pakatan Rakyat (apabila kemahuan tidak dipenuhi), beliau juga akan menggunakan skrip yang sama bagi menunjukkan tindakan itu kononnya tepat, sebaliknya yang salah itu adalah parti yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  43. Siapa agaknya 'saksi rahsia yang dimaksudkan??

    ReplyDelete
  44. Sejak Lajim keluar dariapada Umno pada Julai lalu, kebanyakan kenyataannya bercelaru dan tidak menggambarkan bahawa MP Beaufort itu seorang ahli politik veteran.

    ReplyDelete
  45. Kenyataan Datuk Lajim Ukin sepertimana disiarkan oleh Daily Express 13 Disember 2012 yang berbunyi "Salleh a nobody in Sabah politics today" sebab itu beliau dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.

    ReplyDelete
  46. Lajim terlupa bahawa Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah jawatan politik. Apa kah Lajim tidak tahu bahawa jawatan Speaker juga adalah jawatan politik?

    ReplyDelete
  47. Kenyataan Lajim yang disiarkan DE pada 13/12, menunjukkan bahawa MP itu menghina jawatan Speaker, kerana menurut apa yang dinyatakannya, bahawa Salleh a nobody in Sabah politics today, sebab itu dilantik sebagai speaker, seolah-olah jawatan speaker itu adalah jawatan reject dimana seorang ahli politik yang masih diiktiraf, maka tidak akan dilantik pada jawatan itu.

    ReplyDelete
  48. Jawatan Speaker mempunyai kedudukan yang tinggi daripada segi protokol berbanding kedudukan Yang berhormat samada ADUN ataupun MP ataupun menteri kabinet. Kedudukan Speaker adalah yang ketiga selepas TYT dan Ketua Menteri. Apa kah Lajim tidak mengetahui kedudukan ini?

    ReplyDelete
  49. Kalaupun ingin menghentam Salleh, janganlah menghentam jawatan yang disandangnya, kerana jawatan itu merupakan salah satu undang-undang tubuh kerajaan negeri. Bagaimana kah Lajim memperjuang kepentingan rakyat, jika undang-undang tubuh kerajaanpun, beliau tidak mengetahui dan menghinanya pula.

    ReplyDelete
  50. Rakyat Sabah perlu membuka mata, bahawa Lajim bukan seorang pemimpin yang boleh membela rakyat, kerana kalau diberi peluang, maka bukan sahaja negeri menjadi kelamkabut, malah rakyat akan semakin kusut.

    ReplyDelete
  51. Sabah has over the years grown not only in terms of infrastructure development. We have seen a steady rise in economic growth, human capital development and we have also placed emphasis on bridging the urban-rural divide, lowering poverty levels in this long and difficult process. Sabah continues to face challenge in making sure that we are able to improve livelihoods, and we remain steadfast in our promise to bring progress to those who really need it.

    ReplyDelete
  52. Lajim memang tidak sesuai jadi pemimpin, apa lagi menjadi Ketua Menteri seperti yang dijanjikan oleh Anwar.

    ReplyDelete
  53. Hati2lah dengan pemimpin yang hanya mengejar jawatan dan kedudukan semata-mata.

    ReplyDelete
  54. Kepimpinan Datuk Seri Musa Aman berada pada landasan betul menurut ADUN Pantai Manis, Datuk Rahim Ismail semasa ADUN itu membahas Enactment Hutan Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  55. Selain itu, Rahim juga memberi sokongan kepada kepimpian Musa dalam menerajui kerajaan negeri. Menerusi kepimpinan Musa menurut mantan Pertanian dan industri makanan negeri itu, telah meletakkan nama Sabah di peta dunia.

    ReplyDelete
  56. Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat adalah pelobi utama dan penyokong kuat Musa Aman untuk dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baru.

    ReplyDelete
  57. Presiden LDP itu beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir meyakinkan PM bahawa Musa adalah calon yang paling layak menggantikan Datuk Osu Sukam.

    ReplyDelete
  58. Chong Kah Kiat adalah seorang yang komited bila menyokong seseorang. Beliau telah melantik Musa kejawatan terkanan dalam kabinet sebagai Menteri Kewangan sebaik saja menjadi KM Sabah menggantikan Osu Sukam. Manakala Salleh dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

    ReplyDelete
  59. Perlantikan Musa memperkuatkan lagi kedudukannya. Akhirnya Musa dipilih sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru pada September 2001.

    ReplyDelete
  60. Setelah dilantik sebagai Ketua Menteri, Musa melantik Chong Kah Kiat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Manakala Salleh Said digugurkan daripada senarai calon DUN Sabah pada pilihan raya 2004.

    ReplyDelete
  61. Musa Aman adalah pemimpin politik yang amat bertuah dalam sejarah BN Sabah. KM sebelumnya, Tun Sakaran (8 bulan), Salleh Said (18 bulan), Yong Teck Lee (24 bulan), Tan Sri Bernard Dompok (8 bulan), Osu Sukam (24 bulan) dan Chong Kah Kiat (24 bulan).

    ReplyDelete
  62. Jika ditinjau semula, orang yang sebenarnya membawa tuah kepada Musa Aman ialah Tan Sri Chong Kah Kiat. Selain memberi sokongan peribadi yang padu kepada Musa Aman, Chong Kah Kiat sebagai Pengerusi BN Sabah telah membuat kerja-kerja politik yang memudahkan tugas Musa Aman setelah beliau menggantikannya.

    ReplyDelete
  63. Ketika Pakatan Pembngkang menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  64. Tuah terus menyebelahi Musa setelah berlaku perubahan kepimpinan di peringkat Pusat, Datuk Seri Abdullah Badawi menggantikan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  65. Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

    ReplyDelete
  66. Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

    ReplyDelete
  67. Maka Pakatan Pembangkang Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN. Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik dihidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

    ReplyDelete
  68. Maka Pakatan Pembangkang Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN. Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik dihidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

    ReplyDelete
  69. Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Pembangkang muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

    ReplyDelete
  70. Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah ‘harapan baru’ yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

    ReplyDelete
  71. Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

    ReplyDelete
  72. Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

    ReplyDelete
  73. Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah. Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

    ReplyDelete
  74. Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik. Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Pembangkang.

    ReplyDelete
  75. Kalau ada bukti silalah dakwah, tgo siapa yang akan menang.

    ReplyDelete
  76. keadaan pasti akan pulih semula jika ada kerjasama dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  77. Pasti ada alasan musanasabah jika ingin mendakwah Datuk Musa

    ReplyDelete
  78. Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara.

    ReplyDelete
  79. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

    ReplyDelete
  80. Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

    ReplyDelete
  81. Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah.

    ReplyDelete
  82. PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu itu iaitu Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia.

    ReplyDelete
  83. Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor.

    ReplyDelete
  84. Datuk Musa tidak akan jatuh jika beliau betul2 tidak melakukan sebarang perkara yang tidak senonoh.

    ReplyDelete
  85. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  86. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah dan UMNO Sabah

    ReplyDelete
  87. pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.

    ReplyDelete
  88. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  89. kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada terdakw

    ReplyDelete
  90. Rafizi Ramli akan menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah

    ReplyDelete
  91. KERANA merasionalkan perjumpaan dengan ICAC Hong Kong bersama tiga orang pemimpin PKR, maka Rafizi melantik dirinya sebagai JURUCAKAP badan pencegah rasuah Hong Kong itu.

    ReplyDelete
  92. Dalam merasionalkan usaha memerangkap ICAC agar membuka semula isu RM40 juta sumbangan kepada Umno Sabah, kononya badan itu mengarahkan agar tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak pembangkang berhubung isu itu agar supaya tidak mengganggu kerja-kerja badan itu.

    ReplyDelete
  93. Rafizi juga menzahirkan bahawa tanda-tanda bahawa ICAC telah membuka isu itu semula, apabila dia dan rakan-rakannya akan kerap melawat Hong Kong.

    ReplyDelete
  94. Selain itu, Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan pihak beliau dan kawan-kawanya; kononnya sebagai bukti terbaharu berhubung isu itu, di mana menurut mereka ada keterkaitan antara Datuk Musa Aman dan seorang ahli perniagaan dari Sabah yang bernama Michael Chia.

    ReplyDelete
  95. Berasaskan kepada kenyataan yang dibuat sendiri oleh Rafizi, nampaknya usaha pembangkang memerangkap ICAC mengikut telunjuk mereka telah gagal.

    ReplyDelete
  96. Tindakan pembangkang untuk memperbesar-besar isu sumbangan kepada Umno Sabah adalah untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri Sabah itu, agar supaya rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.

    ReplyDelete
  97. ICAC akan bertindak sekiranya Rafizi benar mengemukakan bukti baru.

    ReplyDelete
  98. usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya, kerana rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri itu, kerana sumber daripada balak bukan lagi sama seperti pada tahun sebelum 2003.

    ReplyDelete
  99. Pendapatan daripada balak tidak sampaipun RM200 juta setahun, kerana kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.

    ReplyDelete
  100. Bagi menolak dakyah pembangkang kononnya sumbangan itu berasaskan pengubahan wang yang dihasilkan daripada kegiatan pembalakan haram, agak mustahil dilakukan, kerana bukan sahaja banyaknya agensi yang terlibat memantau kegiatan itu jika berlaku, akan tetapi rakyat begitu peka terhadapnya.

    ReplyDelete
  101. Jika sekiranya berlaku, kegiatan pembalakan haram, melalui perkembangan ICT yang telah canggih, dengan sekelip mata tersebar dan diketahui di mana-mana.

    ReplyDelete
  102. Namun setakat ini, di berbagai pelosok dan penjuru Sabah, belum ada tanda-tanda berlakunya pembalakan haram, malah pembalak yang berlesenpun menjadi sasaran pemberi maklumat dan dituduh sebagai pembalak haram; sehingga Jabatan hutan Sabah, kerap memberi kenyataan bahawa kegiatan pembalakan itu bukan haram, akan tetapi mempunyai konsensi tertentu pada kawasan-kawasan tertentu.

    ReplyDelete
  103. Selagi tiada bukti baru dikemukakan, kes ini akan kembali tiada yang bersalah.

    ReplyDelete
  104. Kes ini akan menjejas imej baik Musa.

    ReplyDelete
  105. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat menghargai kerjasama, sokongan dan komitmen kerajaan pusat melalui agensinya, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dalam usaha memajukan ekonomi negeri.

    ReplyDelete
  106. Yg bsalah tetap dibicarakan....jng jadi Pak TURUT yg parti-parti politik.Kita mau pihak berwajib menjalankan tugasnya tanpa memilih darjat.

    ReplyDelete
  107. Jika Musa benar tidak terlibat, tidak perlu Musa risau tuduhan tersebut.

    ReplyDelete
  108. Kes ini disahkan tiada kaitan dengan rasuahan, ini cuma transaksi yang kerap dilakukan dalam politik.

    ReplyDelete
  109. Kita tunggu kputusn siasatan...jngan salahkn rafizi dn km tpi tunggulah kputusannya.

    ReplyDelete
  110. Beliau berkata sokongan dan komitmen seperti itu memberi sumbangan besar kepada penjanaan kemajuan Sabah dalam pelbagai sektor.

    ReplyDelete
  111. Musa memuji daya usaha pihak Kastam, khususnya di Sabah, yang memperkenalkan inisiatif baru model ekonomi bagi merangsang pertumbuhan beberapa kegiatan selari dengan halatuju kerajaan negeri memacu sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan berimpak tinggi.

    ReplyDelete
  112. Pengundi tegar BN usah risaulah kalau MUSA tu x bsalah.Biarlah mahkamah yg tentukn.Siapa makn cili dia terasa pedasnya...kita org biasa...siapalah kita????

    ReplyDelete
  113. “Model ekonomi ini melibatkan pewujudan zon-zon perdagangan dan perindustrian bebas, pelabuhan darat, pelabuhan baru Kota Marudu, kompleks kastam, imigresen dan kuarantin dan keselamatan (CIQS),” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Malaysia di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  114. Teks ucapan Musa pada mesyuarat tiga hari itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Hadir sama ialah Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad.

    ReplyDelete
  115. Musa menyifatkan model ekonomi kastam Sabah itu sebagai program berasaskan fasilitasi yang akan memberi kesaksamaan kepada rakyat dalam aspek peningkatan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  116. Selain daripada itu ia berupaya menjadikan negeri sebagai wilayah berdaya saing dalam ekonomi serantau kawasan pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.

    ReplyDelete
  117. Beliau mengiktiraf peranan kastam yang sangat signifikan di Sabah kerana selain menjana ekonomi, jabatan berkenaan juga berperanan memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri itu keseluruhannya.

    ReplyDelete
  118. Musa yakin melalui sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi dan warga KDRM di semua peringkat, usaha beterusan kerajaan negeri untuk memantapkan ekonomi dan kemajuan Sabah akan dapat dijayakan.

    ReplyDelete
  119. Semua ini adanya muslihat di belakang yang tidak diketahui.

    ReplyDelete
  120. Musa tetap akan bebas dari tindakan undang-undang jika benar beliau tiada kaitan dalam kes rasuah ini.

    ReplyDelete
  121. mereka yang kaya terus kaya, yang miskin tetap rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  122. Rafizi harus membuktikan bahwa tuduhan beliau bukannya fitnah.

    ReplyDelete
  123. "James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

    Jika benar tuduhan ini, pasti ramai penyokong Musa akan kecewa dengannya. ICAC harus membuktikan kebenaran.

    ReplyDelete
  124. ICAC tidak mungkin akan lepaskan segala yang berkait dengan kes rasuah.

    ReplyDelete
  125. Kes ini merebak cepat sehingga ke negara lain dan telah menjadi tumpuan semua golongan.

    ReplyDelete
  126. Pembangkang akan terus menyeru penyiasatan sekiranya Musa masih tidak didakwa.

    ReplyDelete
  127. Kes ini masih tiada bukti yang kukuh untuk membawa mana-mana pihak ke mahkamah. Harus juga pihak berkuasa berusaha mencari bukti baru.

    ReplyDelete
  128. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin angin perubahan politik di Sabah kini lebih menyebelahi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  129. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata keyakinan itu berasaskan prestasi kepimpinan cemerlang BN sama ada di peringkat negeri dan persekutuan yang kesannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  130. “Kepimpinan BN sekarang ini benar-benar ingin berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh dengan perancangan begitu teratur dan jelas. Lebih-lebih lagi dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang telah mempunyai pendekatan begitu jelas dan baik.

    ReplyDelete
  131. “Pendekatan (Najib) itu bukan sahaja begitu jelas dan baik tetapi tindakan-tindakannya juga menunjukkan segala perancangan yang terperinci itu dilaksana. Kita semua sedia maklum cara perdana menteri dan anggota kabinet bekerja tidak henti-henti dan menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.

    ReplyDelete
  132. “Semua lapisan masyarakat (menikmati hasilnya), bukan sahaja secara menyeluruh tetapi dengan lebih terperinci,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  133. Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri Khazali Ahmad.

    ReplyDelete
  134. Pairin berkata berasaskan kepada pretasi cemerlang kepimpinan kerajaan BN hari ini, rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan agendanya demi kemakmuran dan masa depan rakyat negeri itu.

    ReplyDelete

  135. Kepimpinan yang baik sekarang ini perlu diteruskan kerana ia memerlukan kesinambungan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan rakyat keseluruhannya, katanya.

    ReplyDelete
  136. Pasukan Rela Sabah berhasrat menambahkan keanggotaan kepada 300,000 keseluruhan dinegeri Sabah.

    ReplyDelete
  137. “Kita berhasrat untuk menjadikan setiap rumah sekurang-kurangnya satu anggota Rela,” kata Pengarah Rela, Sabah Samasuddin Lawe pada majlis program Rela, bersama Pemimpin yang dirasmikan oleh Wakil Rakyat Elopura Au Kam Wah di Kelab Rekreasi Indah Jaya malam Isnin.

    ReplyDelete
  138. “Pasukan Rela, yakin dengan keanggotaan yang ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, pasukan Rela, dapat sama-sama menjaga keselamatan dan saling membantu untuk kerja berpasukan,” kata Samasuddin.

    ReplyDelete
  139. Menurut beliau, dua tahun kebelakangan ini, pasukan Rela telah mencatatkan peningkatan secara mendadak dan jumlah ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Keanggotaan Rela daerah Sandakan hampir mencecah kepada 21,000 dan keseluruhan keanggotaan di negeri Sabah Sabah ini telah mencatakan seramai 270,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
  140. Samasuddin berkata Rela akan memberi penekanan kepada pemantapan semangat kerja berpasukan, setia kawan, berintegriti, berhemah dan disiplin yang tinggi kerana ia dilihat sebagai kunci utama kepada kejayaan pasukan.

    ReplyDelete
  141. “Penerapan ini akan terus disuntik dalam semua aktiviti dan penugasan Rela terutamanya kepada pegawai dan anggota untuk menjadikan Rela sebuah pasukan yang mantap dan berintegriti. Rela juga sentiasa memandang serius isu-isu disiplin, salah laku mahupun tindakan-tindakan yang mencemar nama baik pasukan,” tambahnya.

    ReplyDelete
  142. “Kejayaan Rela bergantung kepada promosi dan publisiti terhadap aktiviti Rela dan juga kepada setiap invidu. Kejayaan ini bukan milik seorang atau dua tetapi milik semua warga Rela terutama sekali kepada golongan belia,” kata Samasuddin.

    ReplyDelete
  143. “Kita perlu berterima kasih kepada pejuang dan anggota Rela terdahulu di atas sumbangan mereka. Sebagai pewaris yang meneruskan perjuangan pasukan sukarela ini, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk menjadikan Rela, terus relevan,” kata beliau.

    ReplyDelete
  144. Betul Datuk Musa telah pun memberikan pelbagai kebaikan di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  145. Rafizi sendiri tidak ada kenyakinan yang mana kes ini akan dibuka semula. Kerana setelah balik dari ICAC Rafizi cuba boleh mengatakan yang mana ICAC tidak pasti dan berjanji akan membuka semula kes ini.

    ReplyDelete
  146. Kelemahan yang dapat kita lihat ada mengenai bukti yang diberikan oleh Rafizi. Nampak kebanyakan bukti adalah daripada Sarawak Report sebelum ini.

    ReplyDelete
  147. Kita tunggu apa keputusan daripada ICAC mengenai perkara ini. Mereka sedang meneliti akan dokumen yang diberikan oleh Rafizi itu. Namun tidak bermakna kes akan dibuka semula walaupun desakkan diberikan oleh Rafizi.

    ReplyDelete
  148. ICAC ada prosuder mereka sendiri untuk melakukan siasatan. Maka kita hormati akan cara ICAC melakukan tugasan mereka. Jadi Rafizi jangan pula terlalu mendesak sehinggakan menganggu siasatan ICACi.

    ReplyDelete
  149. Kekeruhan dalam Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak diletakkan kepada tindak-tanduk kepimpinan DAP yang telah menyimpang dari landasan asal ideologi dan perjuangan Pakatan Rakyat yang bertunjangkan semangat reformasi dan perpaduan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  150. DAP terlalu menonjolkan diri dalam Pakatan Rakyat kerana ternyata dengan jelas keberadaan DAP bersama-sama PKR dan PAS dalam PR amat menguntungkan DAP.

    ReplyDelete
  151. DAP terus melabur dan melabur dalam Pakatan di samping menguatkan cengkaman menguasai "Pasaran Pakatan Rakyat". Ramai "auditor politik" yang sudah memperincikan perkiraan bahawa DAP semakin membelakangkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  152. Sebaliknya DAP menyatakan perakaunan yang konon seimbang sedangkan perincian mereka yang mengetahui sebenarnya, DAP adalah berat sebelah.

    ReplyDelete
  153. DAP yang mulanya mengagungkan ideologi "Malaysian Malaysia" ternyata gagal kerana dari segi praktikalnya DAP sebenarnya tidak melaksanakan atau mengotakan apa yang dikatakannya

    ReplyDelete
  154. Lain di mulut lain di hati sehinggalah kepada tindak tanduk yang berbeza dari apa yang dicanangkan. Terakhir pula DAP memperkenal Middle Malaysia. Lagi ditolak Rakyat kerana sikap dan nawaitu dilihat hanya sekadar "bit a bit" mengigit dan mengancam perpaduan rakyat Malaysia. Politik Malaysia seakan diheret ke laman jual beli!! Kenapa DAP tidak pernah ikhlas?

    ReplyDelete
  155. PAS sudah terjebak dengan mainan politik DAP semasa dalam Barisan Alternatif.

    ReplyDelete
  156. PAS ditinggalkan kerana tidak menguntungkan DAP. Oleh kerana DAP melihat keuntungannya yang berlebihan dalam Pakatan Rakyat seolah-oleh DAP tidak lagi menghiraukan rakan dalam pakatan sebaliknya terus mengunyah manisnya perjuangan kini sehingga tidak menghiraukan pahit yang terus ditelan rakan-rakan dalam Pakatan.

    ReplyDelete
  157. Pakatan Rakyat hampir "deserted" oleh pemimpin yang merasa bertapa pahitnya bersama DAP dalam Pakatan.

    ReplyDelete
  158. pasti DAP sudah merasakan bahawa keberuntungannya dalam Pakatan telah dan sedang tergugat.

    ReplyDelete
  159. Kesian Rafizi.. sampai pergi ke Hong Kong utk membongkar penyelewengan.. errr kat Malaysia takder badan pencegah rasuah ker.atau menjadi alat pihak tertentu..?? hehe

    ReplyDelete
  160. Umno memang suka buat kerja2 haram..

    ReplyDelete
  161. Inilah masalahnya dgn badan penguatkuasa dimalaysia. Klau malaysia boleh settle, x la susah2 bro rafizi kita kena kehong kong utk buktikannya. Masalahnya dgn badan penguatkuasaan dimalaysia ini, semacam dah jadi milik setengah pihak. Klau yg 'atas' kata jln, jln lah kes. Klau yg atas kata 'tutup', tutuplah kes. Badan penguatkuasaan yg sepatutnya bertindak bebas (lagi2 pula setelah bertukar nama SPRM mcm hong kong), tetap ditakuk lama dgn campurtgn eksekutif. Rakyat malaysia hanya boleh memiliki badan penguatkuasaan yg bebas sebebas2nya, hanya lepas Pakatan ambilalih Putrajaya pasca PRU13. So rakyat malaysia, jgn sia2kan undi ditgn anda. Undi anda bakal merubah malaysia kearah masa depan yg lebih baik & terjamin. Kita dambakan kerajaan berjiwa rakyat utk keadilan rakyat, bukan sebaliknya...

    ReplyDelete
  162. Usaha utk mendapatkan keadilan. Terpaksa mencari diluar negara kerana tiada di negara sendiri. Kalau dedah dinegara sendiri, silap-silap dituduh dimahkamah. Ahli Umno yg rasuah bebas dari dakwaan.

    ReplyDelete
  163. Pahit Utk Terima Kenyataan Kan......Bila Berkawan Dgn Sepesis Sesumpah...Dan Suka Bersumpah..kah..kah..kah, Apa nak jadi dgn puak2 nie..... Yg Pasti Kebenaran Akan Mengatasi Kebatilan, Itu Janji Tuhan.....Takbir!!!!.

    ReplyDelete
  164. Sudah lama perkara ini berlaku..Tak ada org berani dedahkan.MUSA AMAN bakal jadi tak aman...Mngkin Tuhan sudah tentukan RAFIZI lah yg akn dedahkan, Dialah HERO yg sejati..Ord Sabah pn ramai yg tahu MUSA mcm mana tp tak berani dan tak punya kuasa utk berbuat spt Rafizi..bahkan penganut UMNO sendiri pn tahu walaupun mengatakan Musa org jujur dan amanah..Dia jadi Ketua Meteri untuk wang!! Bukan utk rakyat Sabah..Mcm2 penyelewengan yg berlaku di Sabah dr dulu hingga skrg..Sepatutnya rakyat sabah tak susah semcm ini..apa lg kaya dgn hasil buminya,, HIDUP RAFIZI!!

    ReplyDelete
  165. Itu lah di namakan Malaysia Boleh. Tangkap orang dan msukkan kedalam lokap sesuka hati boleh. Roboh rumah orang kemudian rampas tanah mereka sesuka hati boleh. Apa saja pemimpin UM NO mahu - semua boleh.Kalau Undang Undang kata tak boleh mereka ubah Undang Undang malah kalau Perlembagaan kata Sabh itu sebuah Negara dalam Malaysia mereka ubah menjadikan Sabah sebuah negeri yang kini tak ubah sebagai tanah jajahan Malaya. Yang mengahirankan ramai tahu perbuatan mereka itu salah tetapi terus menyokong mereka. Itulah kehebatan pengundi di Negara 'Malaysia Boleh'. Syabas

    ReplyDelete
  166. kalau lah pihak hongkong bolek mendakwa musa, nmpaknye sprm kena kursus ke honkong selepas ni..termasuk nazri nazi yg tergile2 mengatakan 40m tu bkn rasuah..nazri sampai x bole nk bezakan antara rasuah dan derma yg melibatkan nilai yg besar...nk cover up pun kena study dulu...

    ReplyDelete
  167. kan ICAC sudah bagi warning kepada PKR khususnya kepada rafizi ramli sendiri supaya tidak menghebohkan lagi isu ini...lagi rafizi mahu menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen.

    ReplyDelete
  168. memang betullah rafizi dan PKR ni tidak kenal peraturan...patutlah PKR buat apa2 saja tanpa menghiraukan undang2...patutlah rafizi cakap tidak takut jika dikenakan tindakan undang2...

    ReplyDelete
  169. menurut rafizi, ICAC tidak mengesahkan akan membuka semula kes dalam perjumpaan tersebut tetapi hanya berjanji untuk meneliti bukti2 yang diserahkan dengan berhati-hati...sebab ICAC tahu bukti boleh direka-reka...rafizi pula sengaja meletakkan nilainya sendiri dengan mengatakan kemungkinan besar kes akan dibuka semula...sungguh terdesak rafizi ramli..

    ReplyDelete
  170. rasanya ICAC bagi warning kepada rafizi ramli dan PKR untuk tidak lagi mensensasikan isu ini disebabkan tiada bukti kukuh untuk membuka semula kes...juga ICAC tidak mahu PKR mempergunakan nama ICAC untuk mencari publisiti seperti mana yang sudah dirancang oleh PKR dalam siri jelajah malaysia...

    ReplyDelete
  171. rafizi ramli ni memang banyak cakap saja...publisiti yang dicari...amaran ICAC juga tidak dipedulikan...

    ReplyDelete
  172. isu yang utama adalah rasuah yg dilakukan oleh pemimpin bukannya rafizi, rakyat pun mau tahu status sebenar rm40juta... buat apa kita sebagai rakyat Sabah membangga-banggakan seorng pemimpin yg rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi dan kroni.... bangkit lah rakyat Sabah jangan sampai kita terpedaya dengan slogan-slogan, janji-janji manis yg akan melalaikan kita dan sanjungan-sanjungan kosong kononnya sabah fixdiposit dimana rakyat akan tetap menyokong kerajaan. klu betul Sabah fixdiposit kenapa negeri sabah diantara negeri yang termiskin d Malaysia...

    ReplyDelete
  173. biar ICAC buat apa yang patut. sebarang kenyataan daripada pembangkang tidak payahlah didengar.

    ReplyDelete
  174. kita sendiri pun tidak tahu sama ada yang diserahkan oleh rafizi tu boleh diterimapakai atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  175. ICAC sudah beri amaran agar pembangkang tidak gunakan isu ini untuk mencari publisiti.

    ReplyDelete
  176. pembangkang akan terus mainkan isu ini untuk dapat publisiti murahan.

    ReplyDelete
  177. pembangkang tiada sumbangan pun di Sabah, jadi mereka cuba guna isu ini untuk tarik perhatian rakyat.

    ReplyDelete
  178. don't get your hopes too high rafizi. Its unsure yet whether musa will be prosecuted.

    ReplyDelete
  179. The opposition sure love to use the same issue to gain publicity.

    ReplyDelete
  180. Why we don't see rafizi fighting hard the corruption in his own party? Double standard don't you think.

    ReplyDelete
  181. Whatever decision made by the ICAC later on, the opposition must respect it.

    ReplyDelete
  182. ICAC better ensure that the evidence given is genuine.

    ReplyDelete
  183. Rafizi doesn't care about fighting corruption. He only wants to gain publicity for himself.

    ReplyDelete
  184. Rasa Rafizi memang bertujuan berjuangkan demi keadilan dan zero corruption.

    ReplyDelete
  185. Whether the opposition is to gain publicity or to reveal the truth, only there themselves know.

    ReplyDelete
  186. ICAC akan bertindak mengikut perkembangan bukti.

    ReplyDelete
  187. "Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram."

    kemungkinan besar?? siapa Rafizi tiba2 menjadi jurucakap kepada ICAC?? dia sebahagian dari ICAC ka?? bukti dia pun belum disiasat, sudah pandai2 buat "kemungkinan besar"..

    ReplyDelete
  188. SPRM harus kerjasama dengan ICAC dalam siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  189. "James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain. "

    kalau selepas ini tidak ada juga apa2 tindakan, jangan pula Rafizi dan konco2nya tuduh yang ICAC dikawal oleh Nazri atau kerajaan Malaysia tidak memberikan kerjasama atau ICAC dibayar oleh umno..

    ReplyDelete
  190. "Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,"

    bermakna tuduhan pemimpin2 Pakatan Rakyat kononnya kerajaan Malaysia tidak memberikan kerjasama adalah tidak benar.. untuk apa kerajaan memberikan kerjasama jika ICAC boleh melaksanakan hukuman mereka melalui interpol? malah kes itu berlaku di Hong Kong dan pegawai2 ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk menjalankan siasatan..

    ReplyDelete
  191. "Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC"

    Rafizi yakin?? sepanjang 4 tahun siasatan dijalankan oleh ICAC, Rafizi ada turut serta?? Rafizi patut rasa malau kerana pandai2 jadi jurucakap kepada pihak ICAC..

    ReplyDelete
  192. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Datuk Lajim Ukin yang mana popularitinya semakin menurun sejak keluar daripada umno, hari ini cuba menggunakan sebaik-baiknya akuan bersumpah beliau untuk menghentam kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekaligus untuk mempromosikan diri beliau sebagai pemimpin yang bersih, telus dan berintegriti.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  193. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Namun berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  194. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  195. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  196. Isu ini sudah tamat selagi tiada bukti yang selanjutnya.

    ReplyDelete
  197. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  198. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete
  199. Rafizi harus menyerahkan bukti yang sah agar ICAC dapat bertindak.

    ReplyDelete
  200. Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

    "Antara lainnya, dokumen itu adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia.."

    Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau. Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

    "serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin..."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.