Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..
Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.
Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun
Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..
Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..
Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..
Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?
Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..
Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.
Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).
Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.
Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..
Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.
Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"
Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.
Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.
Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?
Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?
Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..
* Adaptasi dari tulisan penulis dalam Facebooknya.
Friday, December 7, 2012
Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ooo rupa2nya, kg trakhir UMNO dGombak bakal roboh. Patutle kena guna bentng terakhir prtahan DUN Gombak. UMNO situ dah IDUP , patut le dptpada MIC utk kerusi tu. Tapi kenapa MIC tak mngganas ? Dbiarkan UMNO je wujudkan anasir subversif dlm negara.
ReplyDelete**yassir arafat
Politik samsing biasanya dicetuskan oleh penyokong parti pemerintah kerana mereka berasa kebal kerana sering kali pihak berkuasa terpaksa mengikut telunjuk mereka. Parti pembangkang kususnya PAS amat berdisiplin semasa menganjurkan aktiviti politik. Unit Amar mereka sentiasa berkawal bagi melancarkan lalu lintas dan keselamaatn. Masalah pembangkang ialah untuk mendapat kebenaran berhimpun dan berceramah. Sudah sampai masanya kerajaan bersikap adil dalam perkara ini dan biarlah rakyat membuat pilihan dengan bebas dalam PRU akan datang. Saya amat bersetuju dengan Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara. Saya mengagumi beliau di atas keberanian dan ketegasannya menghadapi tekanan politik pemerintah.
ReplyDeleteAku nampak dah budaya keganasan mula merebak ibarat api yg marak...UMNO pihak yg tidak bertanggung jawab menjadi penyebab mengalakkan politik kebencian dan perkauman.. mereka menyerang DAP sebagai parti perkauman..sedangkan UMNO itu sendiri adalah BAPAK perkauman.. mereka menuduh PAS mengunakan Islam utk meraih undi.. sedangkan perjuangan PAS bermula kerana UMNO itu senditi tidak mahu menerima Islam ketika diawal penubuhannya.. mereka menyerang PKR sebagai parti subversif dan menjalinkan kerjasama dgn pihak luar utk memusnahkan negara... tapi UMNO sendiri menjual rahsia keselamatan negara pada syarikat luar malah melantik syarikat yahudi sebagai perunding dan konsultant bagi Najib dan UMNO.....jadi memang UMNO tak layak utk menuduh PR tapi tuduhan itu sebenarnya mengambarkan UMNO itu sendiri..
ReplyDeleteUMNO dah mcm 'tendang sako' ( no mapuhh la tuh ).
ReplyDelete(awea kelatea.)
Kan Najib dah kata yang UMNO Akan mempertahankan Puterjaya hingga ke titisan darah yang terakhir!
ReplyDelete