Saturday, December 22, 2012

KKLW Conteng Arang Ke Muka BN?

KEBANYAKAN projek pembinaan rumah di bawah Program Bantuan Rakyat (PBR) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina di permukaan air di beberapa daerah di Sabah; terutama diselia oleh 'Enjin Air' FELCRA seperti di Sandakan dan Semporna; telah menconteng arang ke muka Barisan Nasional.

Beberapa unit daripadanya telah roboh kerana binaannya tidak kukuh, malah berlaku penyelewengan projek dan menggunakan bahan yang tidak menepati spesifikasi kontrak; malah majoritinya menggunakan 9 batang tiang kayu lampung dan belian yang bersaiz 3 inci X 3 inci.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke Semporna dan Sandakan; reka bentuk rumah-rumah yang dibina di atas permukaan air hanya cantik dilihat tetapi dibuat terlalu cincai dan gagal mematuhi spesifikasi kontrak yang dipecah kecilkan kepada beberapa kontraktor yang tidak berpengalaman.

Senario ini meletakkan nyawa penghuni rumah berkenaan dalam risiko kehilangan jiwa dan kemalangan diri. Walaupun setakat ini belum ada kematian dilaporkan, namun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semakin gemar bermain 'Hunger Game' dengan menggadaikan nyawa penerima rumah berkenaan.

Kedudukkan rumah-rumah tersebut juga agak meragukan kerana jika dilihat dengan mata kasar, struktur rumah berkenaan tidak selamat untuk didiami manusia dan lebih sesuai sebagai kandang ayam kerana mempunyai jangka hayat dua tahun sahaja.

Mengikut rekod, kejadian rumah PPRT berlaku pada April tahun lepas di Kampung Air Semporna. Dalam kejadian berkenaan, sebuah rumah di bawah program PBR runtuh menyembah bumi, namun KKLW mempertahankan FELCRA.

Kejadian berikutnya agak melucukan kerana KKLW menafikan rumah PBR di Menampilik Semporna runtuh kerana kecuaian mereka sebaliknya disebabkan oleh ribut; sedangkan rumah usang di sekelilingnya tidak terjejas.

Mungkin ada benarnya kata Pengerusi JKKK Kampung Air Sandakan, Jafar Mustafah bahawa FELCRA tidak wajar terlibat dalam aspek kejuruteraan atau binaan, malah lebih baik menumpukan sepenuhnya dalam bidang pertanian sahaja.

Semasa tragedi berlaku di Sandakan, Sabahkini.Net telah menemui beberapa penduduk PPRT di Kampung Air Sandakan; hampir 80 peratus penduduk mendakwa mereka amat khuatir mendiami rumah-rumah yang duduki sekarang kerana bimbang akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh mangsa, Rajimah Latif dan 13 ahli keluarganya.

Dari awal-awal lagi, ADUN Karamunting yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri sudah memberi arahan kepada pihak FELCRA agar mengarahkan kontraktor yang bertanggungjawab dalam pembinaan sebanyak 18 buah rumah PPRT di kawasan Kampung Air, Sandakan supaya memantau dan membuat pemeriksaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun disebabkan kelalaian, ego dan sikap sambil lewa pihak FELCRA yang enggan menerima nasihat dan arahan daripada ADUN berkenaan; maka kejadian memalukan ini telah menghakis keyakinan para pengundi terhadap keikhlasan kerajaan BN.

Dalam hal ini, kenapa FELCRA tidak mengikut jejak langkah FELDA membina rumah PPRT daripada konkrit di atas darat seperti di Kampung Nala, Tungku yang bukan sahaja memberi keselesaan kepada penghuni, malah menambah keyakinan mereka terhadap kerajaan BN.

Persoalannya, apakah KKLW menggunakan FELCRA untuk melakukan sabotaj undi terhadap BN semata-mata mahu membalas dendam terhadap Kerajaan Negeri Sabah kerana ada pihak oportunis masih gagal melakukan KUDITA?

Oleh: SAIMON S JUMADI (sabahkini)

83 comments:
Write comments
  1. Timbalan Ketua Cawangan UMNO Rancangan Rumah Murah Sim-Sim Sandakan, Zamri Hj Othman dan bagi pihak 47 Ketua Cawangan UMNO Zon Elopura, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal kerana meluluskan semua projek membaik pulih Jambatan Kayu yang dipohon.

    ReplyDelete
  2. Katanya, sebanyak 47 buah projek membaik pulih jambatan yang diluluskan adalah untuk kawasan Parlimen Sandakan yang diageh-ageh kepada enam (6) buah kampung iaitu Kampung Forest, Kampung Batu 2, Kampung Muhibbah, Kampung Mangkalinau, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Sentosa Jaya.

    ReplyDelete
  3. Zamri berkata, atas kesudian kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan melalui KKLW ini telah memberiiimpak yang amat berharga kepada penduduk 6 buah kampung berkenaan kerana dapat menikmati kemudahan asas yang lebih selesa.

    ReplyDelete
  4. “Saya percaya tindakan KKLW meluluskan pelbagai projek selain jambatan kayu ini turut dikecapi oleh segenap masyarakat di daerah dan kampung lain di seluruh Sabah secara tidak langsung dapat menyuntik semangat rakyat untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan UMNO/BN di ambang PRU 13 kelak."

    ReplyDelete
  5. Tambah Zamri lagi, projek yang dipohon itu hampir keseluruhannya dimonopoli dan dilaksanakan oleh pihak tertentu, namun dengan sikap berlapang dada, kami amat bersyukur kerana masalah utama iaitu prasarana jambatan kayu di perkampungan bumiputera di Parlimen Sandakan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    ReplyDelete
  6. Senario ini amat jelas, kata Zamri, bahawa kerajaan BN telah menunaikan janji-janjinya kepada rakyat ini sejajar dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dan Janji Ditepati.

    ReplyDelete
  7. Zamri turut menyelar tindakan liar parti pembangkang khususnya DAP, PKR, STAR yang masuk kampung keluar kampung telah menabur pelbagai janji manis sekiranya mereka diberikan mandat merampas tampuk pemerintahan; termasuk janji untuk mewartakan semua perkampungan setinggan sebagai Kampung Tradisi.

    ReplyDelete
  8. Dalam masa kurang daripada tiga bulan sejak melancarkan pelan pembangunan baru lima tahun, Sabah sudah menyiapkan 416 projek pembangunan bernilai hampir RM120 juta, kata Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  9. Ia membentuk kira-kira satu pertiga daripada semua projek yang bernilai kira-kira RM11 bilion: di mana 470 daripadanya adalah baru dan 794 sudah dilaksanakan melalui pelan pembangunan yang lama.

    ReplyDelete
  10. Namun Musa mahukan prestasi lebih baik. "Saya tidak katakan yang saya puas hati dengan apa yang kita sudah capai," katanya memberitahu pemberita

    ReplyDelete
  11. Kebanyakan projek itu membabitkan infrastruktur yang akan menjadi asas kepada peningkatan Sabah sebagai negeri yang mempunyai pendapatan tinggi menjelang 2020 bersama dengan 12 negeri lain dibawah program transformasi ekonomi gagasan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

    ReplyDelete
  12. Musa mempunyai satu lagi sebab untuk mahukan prestasi lebih tinggi. Beliau mahukan Sabah menjadi negeri kaya menjelang 2015

    ReplyDelete
  13. Dibawah rancangan Malaysia kesembilan, Sabah menyiapkan hampir 90 peratus daripada projek itu yang bernilai hampir RM18 bilion. Musa mahukan kakitangan awamnya untuk memperbaiki angka itu.

    ReplyDelete
  14. Projek lepas batuk dtangga jer tu. Ndak buat nanti dkatakan ndak mesra rakyat. kena buat jugak lah. Masalahnya buat cincai2 ajer. Nak tpu org kampunggg. Org ygndak tau carita akan mangatakan UMNO baekk bangatt, org yg tarlibat dgn PPRT nih suma tau,bah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  15. Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah satu pembohongan besar.

    ReplyDelete
  16. Sambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  17. beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

    ReplyDelete
  18. Sejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

    ReplyDelete
  19. Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah

    ReplyDelete
  20. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini giat mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  21. menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)

    ReplyDelete
  22. Sambil menyifatkan Najib sebagai 'doktor politik', Pairin berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  23. sentiasa turun padang untuk mengubati atau menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar atau terpencil.

    ReplyDelete
  24. Najib benar-benar mendengar keluhan dan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  25. Sebab itu, beliau sanggup turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat termasuk di kawasan saya Tambunan," katanya sambil menambah Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menjejak kaki di daerah Tambunan.

    ReplyDelete
  26. Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terkeliru dengan taktik pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja semata-mata untuk merebut kuasa.

    ReplyDelete
  27. kerana "tiada negara di dunia yang tiada kelemahan dan kekurangan termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat".

    ReplyDelete
  28. Perdana Menteri juga komited menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin khususnya di Sabah.

    ReplyDelete
  29. apabila bersetuju meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah itu.

    ReplyDelete
  30. meminta penduduk Sabah memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  31. Kerajaan persekutuan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan RM110 juta untuk Sabah tahun ini bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar di seluruh negeri.

    ReplyDelete
  32. Timbalan Ketua Pengarah ICU, Dato Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, berkata peruntukan ini akan disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) untuk menyelaras dan menilai keperluan projek-projek yang mendesak daripada rakyat dengan kerjasama daripada kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  33. Katanya, tahun lalu sebanyak RM105 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan projek-projek di bawah Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) di seluruh negeri Sabah.

    ReplyDelete
  34. “Kesemua projek-projek ini sudah siap sepenuhnya dan berharap peruntukan tahun ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek bangunan Masjid Kampung Mengkabong Tuaran dan Masjid Bandaraya Kota Kinabau.

    ReplyDelete
  35. Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), yang dibangunkan oleh Petronas di Kimanis akan menjadi nadi kepada pembangunan negeri ini.

    ReplyDelete
  36. projek itu, bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat di sekitar Kimanis, namun akan memberikan impak yang positif kepada daerah berdekatan termasuk daerah Beaufort .

    ReplyDelete
  37. projek tersebut bukan sahaja menggalakkan industri petroleum di negeri itu, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain kerja kontrak.

    ReplyDelete
  38. pandangan beberapa orang pemimpin politik di negeri ini yang diutarakan sebelum ini; agar lebih ramai rakyat tempatan diberikan peluang untuk menikmati kemajuan melalui peluang kepada usahawan baru yang ada hubung kait dengan industri gas dan minyak.

    ReplyDelete
  39. Dengan perkembangan ini, secara langsung, akan membawa kemajuan kepada negeri Sabah di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  40. Impak besar dari perlaksanaan projek (SOGT) di Kimanis kepada daerah-daerah berdekatan termasuklah di kawasan Parlimen Beaufort yang beliau wakili.

    ReplyDelete
  41. dengan kewujudan projek itu di sini, bukan sahaja pekan Kimanis akan mula menerima pembangunan, malah akan memberikan banyak peluang peningkatan ekonomi dalam usaha menaiktaraf kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
  42. Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan untuk direbut oleh golongan belia termasuk peluang untuk memulakan atau menjalankan perniagaan akan terbuka luas kepada rakyat setempat dan sekitarnya

    ReplyDelete
  43. Mengulas kritikan parti pembangkang mengenai kedatangan Petronas ke Sabah, kritikan mereka (pembangkang) tidak membena dan tidak berasas sama sekali.

    ReplyDelete
  44. mereka (pembangkang) hanya meletakkan kehadiran Petronas sebagai merampas hak anak negeri walhal kehadiran Peronas ke negeri ini terutamanya dalam projek cari gali memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan dan juga pelaburan yang dilaksanakan .

    ReplyDelete
  45. Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang yang ada terutamanya dalam industri yang dibangunkan oleh Petronas di negeri ini.

    ReplyDelete
  46. meminta Petronas membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk khususnya golongan muda untuk terlibat dalam industri yang sedang dan akan dimajukan oleh Petronas.

    ReplyDelete
  47. Petronas perlu melaksanakan program latihan seawal yang mungkin iaitu sementara SOGT sedang dibina bagi melatih tenaga mahir tempatan untuk diserapakan sebagai kakitangan dalam syarikat mereka.

    ReplyDelete
  48. Jika mereka tidak ada pengalaman dan kelayakan, tentu sekali mereka tidak boleh bekerja dengan Petronas

    ReplyDelete
  49. pekerja-pekerja terpaksa diimport dan dibawa dari negeri lain. Keadaan ini menyebabkan kita semua kecewa kerana segala kekayaan dan peluang pekerjaan akan jatuh di tangan orang lain,

    ReplyDelete
  50. Wah UMNO cybertroper berapa kena bayar??

    ReplyDelete
  51. hahahaa :D Terima kasih dengan Dudialias kerana telah memberikan rakyat sedar. Teruskan usaha. Jangan biarkan Cybertroopers PR yang dibayar menghantui fikiran rakyat.

    ReplyDelete
  52. Kerajaan Pakatan Rakyat sekadar memerintah beberapa negeri setelah landasan dan asas kukuh dibina kerajaan Barisan Nasional(BN) selama 50 tahun, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  53. Beliau berkata sikap pembangkang mencipta tema Hari Kemerdekaan lain daripada yang ditetapkan kerajaan persekutuan jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan agenda politik sendiri daripada memikirkan perpaduan dan kemakmuran umum.

    ReplyDelete
  54. Katanya, walaupun pembangkang mempunyai pendirian dan ideologi politik berlainan, namun mereka tidak seharusnya menafikan pembangunan dan kemajuan yang dilakukan kerajaan BN sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

    ReplyDelete
  55. Katanya, Najib yang mengutamakan kepentingan rakyat, sudah pasti akan terus melaksanakan lebih banyak program dan transformasi bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dengan rakyatnya memperoleh kejayaan dan keamanan.

    ReplyDelete
  56. Shafie berharap Najib terus memberi fokus bagi melengkapkan pembanguan dan kemajuan luar bandar dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

    ReplyDelete
  57. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sudah menyiapkan pembinaan kira-kira 36,000 unit rumah untuk rakyat miskin di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun lepas sepertimana disasarkan.

    ReplyDelete
  58. Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada sasaran 50,000 unit rumah untuk dibina bagi golongan miskin luar bandar yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian itu

    ReplyDelete
  59. Beliau berkata demikian selepas menerima kunci untuk 10 unit rumah yang dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program Strategi Lautan Biru Nasional di Pulau Manampilik,

    ReplyDelete
  60. Sepuluh 10 unit rumah tiga bilik yang disiapkan ATM di Pulau Manampilik berkenaan merupakan sebahagian daripada 30 unit rumah yang telah disiapkan ATM di empat lokasi di seluruh Semporna dalam tempoh dua bulan iaitu lima unit di Pulau Bait, Pulau Pababak (5) dan tanah besar Semporna (10).

    ReplyDelete
  61. Pada majlis itu, Shafie turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf jambatan awam di pulau berkenaan yang rosak dan RM94 juta bagi pemasangan kemudahan bekalan elektrik 24 jam berasaskan sistem solar di beberapa buah pulau di Semporna.

    ReplyDelete
  62. Pertumbuhan ekonomi negara yang baik membolehkan kerajaan mampu melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

    ReplyDelete
  63. Perdana Menteri berkata sebab itu menjadi keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membuat yang terbaik dalam menguruskan negara terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi.

    ReplyDelete
  64. Najib berkata kadar pertumbuhan ekonomi negara turut mendapat pujian daripada Pengerusi Lembaga Eksekutif Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde yang beliau temui baru-baru ini.

    ReplyDelete
  65. Najib berkata kerajaan mampu melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah hasil ekonomi negara yang kukuh dan diteruskan untuk BR1M 2.0 pada tahun depan.

    ReplyDelete
  66. Berbeza dengan pihak pembangkang, Perdana Menteri berkata mereka membuat rusuhan dan demontrasi jalanan melalui perhimpunan Bersih 1.0 dan 2.0 hingga menyerang anggota pasukan keselamatan dan merosakkan kenderaan polis.

    ReplyDelete
  67. Katanya tidak cukup dengan itu, pemimpin parti pembangkang sanggup meminta pertolongan daripada Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihan raya negara.

    ReplyDelete
  68. Tak cukkop dgn suratkabar tipu, UMNO guna pula pemberita tipu2an kat ruangan nih. Kah kah kah..kelakar. Bukan kelakar apa,kelakar yg bodohnya pemberita di atas. Tak tau apa yg dia cakkap tu.

    ReplyDelete
  69. bilalah agaknya daerah semporna bebas dari diambil kesempatan oleh segelintir pemimpin2 anak jati daerah semporna sendiri (Shafie Apdal)..sepatutnya dia yang berjuang habis2an untuk memberi kemudahan yang terbaik di tempatnya sendiri sementara dia masih mempunyai kesempatan berbuat begitu...

    ReplyDelete
  70. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjaya melepasi sasaran bagi rancangan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
  71. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek membabitkan pembinaan jalan raya, pembekalan air bersih, kemudahan elektrik dan pembinaan bantuan rumah berjaya dilaksanakan untuk tempoh tahun ini.

    ReplyDelete
  72. , KKLW berjaya membina jalan sepanjang 727.33 kilometer (km) sehingga November lepas, meliputi 254.62 bagi negeri Sabah, 156.36 Sarawak dan 316.35 jalan di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  73. Pembinaan jalan raya itu satu pencapaian memberangsangkan dan melepasi sasaran awal iaitu 663.91 km untuk mencapai sasaran menyiapkan 905.12 km jalan termasuk di seluruh negara dalam tempoh tahun 2011.

    ReplyDelete
  74. Menyentuh bekalan air luar bandar, katanya, kementerian berjaya menyediakan bekalan air kepada 46,285 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  75. daripada jumlah itu sebanyak 13,530 rumah untuk Sabah, 14,316 bagi negeri Sarawak dan 18,439 lagi rumah di Semenanjung Malaysia untuk mencapai sasaran keseluruhan 58,087 buah rumah pada tahun ini.

    ReplyDelete
  76. Lain-lain kemudahan infrastruktur luar bandar yang terdapat dalam NKRA kementerian seperti bekalan elektrik,dan membaik pulih rumah rosak yang sedang giat dilaksana untuk memastikan ia berjalan lancar bagi memastikan kemudahan berkenaan disediakan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  77. kementerian meletakkan sasaran untuk menyediakan bekalan elektrik kepada 26,882 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  78. Kementerian sudah berjaya melengkapkan 21,023 buah rumah dengan kemudahan elektrik membabitkan 4,082 (Sabah), 12,054 (Sarawak) dan 4,887 rumah di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  79. Manakala bagi pembinaan bantuan rumah pula kementerian menyasarkan untuk membinan sejumlah 9,146 buah rumah di negara ini tahun ini.

    ReplyDelete
  80. sehingga 30 November lepas kementeriannya berjaya membina sebanyak 9,885 buah rumah, melepasi sasaran awal 7,120 buah rumah. Jumlah berkenaan, katanya, melibatkan 4,282 di Semenanjung Malaysia, 2,865 di Sarawak dan 2,738 rumah di Sabah.

    ReplyDelete
  81. pelaksanaan projek NKRA yang dijalankan di seluruh negara kini berjalan lancar hasil kerjasama kementerian dengan kerajaan negeri. “Walaupun berdepan dengan masalah teknikal dan bekalan barangan melibatkan kontrak pasir dan batu kerikil, tetapi kerajaan negeri memberi kerjasama dan sokongan padu untuk kelancaran projek yang memberi manfaat rakyat.

    ReplyDelete
  82. sistem perancangan rapi disediakan pihak kementerian untuk meneruskan projek tersebut pada tahun depan. Pengalaman yang dilalui pada 2010 dan 2011 akan digunakan untuk meningkatkan pencapaian pada tahun 2012 nanti. Mana-mana kampung dan kawasan yang tertinggal bagi projek ini kita akan masukkan untuk perancangan akan datang nanti.

    ReplyDelete
  83. kami di semporna, mau dengar nama Shafiee Apdal pun loa kami bilahi na ngutah (bhs bajau) yang bermaksud macam nak muntah bila dengar nama ini orang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.