Siapa yang tidak kenal dengan selebriti bermulut lepas, Azwan Ali yang sentiasa meluahkan kata-kata yang terkadang mampu melukakan hati ramai pihak.
Malah, kehidupannya tidak penah terlepas dari kontroversi yang melibatkan politik dalam kehidupan keluarganya.
Ini kerana, kakak dan abangnya, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sangat terkenal terlibat dalam dunia politik negara.
Pernah suatu ketika dahulu, Azwan dan Ummi berperang kerana berselisih pendapat mengenai ideologi politik mereka.
Kisah ibunya yang sedih kerana dibiarkan oleh Azmin Ali juga turut mengheret diri lelaki itu untuk membuka mulut bercerita kisah peribadi mereka.
Ketika ini, dikhabarkan Azwan bakal menceburkan diri dalam dunia politik? Benarkah? Dalam video yang jelas suaranya adalah Azwan sendiri memberitahu, dia pastinya akan terlibat dalam dunia politik dan akan menghentam puak-puak yang sentiasa mengacau kehidupannya termasuklah abang kesayangnnya, Azmin.
Malah, Azwan sendiri mempunyai impian untuk bertanding menjadi wakil rakyat.
“InshaAllah saya akan libatkan dlm bidang politik dan akan menghentam puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
“Saya akan berjuang dalam politik dalam nada yang lebih tegas. InshaAllah. InshaAllah saya akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat tapi ‘not now’,” beritahu Azwan.
Dalam video itu juga, Azwan jelas memberitahu dia tidak menghentam abangnya kerana dia tahu perjuangan yang disampaikan oleh Azmin.
Rasanya, itu adalah hak dan pendirian diri Azwan sekiranya mahu terlibat dalam bidang politik.
Cuma, ketika ini tidak pasti parti mana yang akan Azwan terlibat.
Sekiranya benar kata-kata Azwan, nampaknya, semakin meriahlah dunia politik negara dengan kehadiran dirinya.
Dengarkanlah suara ‘lantang’ Azwan… -suarapeople
Saturday, December 22, 2012
Azwan Ali Bakal Ceburi Bidang Politik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus ler tapi kau kena joint PKR tau. Rata2 manusia dah suka pd PR trmausk artis2...takkan kau nak twist kearah parti syaitan walau syaitan tu kau kenali. Jgn seperti setengah melayu paria tu, UMNO naik harga petrol,bagus. UMNO hapuskan biasiswa utk pelajar kita,bagus. UMNO naikkan harga gula,bagus. UMNO hapuskan kedaulatan melayu,bagus. UMNO buat mcm harta makbapak dia akan duit negara,bagus. Jadiii..kalu kau masuk UMNO,aku tak tau le nilai dimana tahap pemikiran kau yg aku respek punyai segulong ijazah yg bukan calang2nya itu.
ReplyDeletechooiiii....kalau kau masuk lagi betul la PR penyokong LGBT...baik lupakan jer...
ReplyDelete