Wednesday, September 7, 2011

Lari Berbogel 5 Km Ke Balai Polis

Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin. Gambar fail

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

“Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

“Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya,” katanya. -hm

8 comments:
Write comments
  1. bahaya betul wanita tersebut, siap lengkap lagi senjata yang dbawanya. lain kli jgn nak putuskan hubungan sesuka hati.

    ReplyDelete
  2. Harap pihak polis dapat membantu mangsa tersebut.

    ReplyDelete
  3. sampai lelaki tersebut tak sedar yang dia tidak berpakaian berlari di tempat awam. mungkin terlalu takut dengan tindakan wanita tersebut.

    ReplyDelete
  4. Psiko juga tu perempuan.

    ReplyDelete
  5. macam-macam saja pekara yang berlaku sekarang ni..

    ReplyDelete
  6. nasib baik tidak kena "potong".....

    ReplyDelete
  7. nasib baik air panas, bukan asid.. pandai2 la kawal emosi.. jangan main lepas ja..

    ReplyDelete
  8. Baru tahu kena dera oleh teman wanita. Siapa suruh main kayu 3.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.