Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.
"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam.
Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.
Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.
Dibuang daerah, diseksa British
Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".
Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
- Mat Indera tidak pernah berkahwin. -MK
Wednesday, September 7, 2011
Mat Indera berguru dengan bapa Muhyiddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Beginikah kejadian sebenar?
ReplyDeleteterlalu byk cerita pasal mat indera ni, tau tau mana satu benar. pandailah kita menilainya.
ReplyDeletesemakin lama semakin banyak cerita yang timbul. ada juga dikaitkan dengan bapa dan kakak Muhyiddin. mereka ni mahu mencari kebenaran ka ataupun mahu mencari isu untuk dipolitikkan?
ReplyDeletepilihanraya semakin hampir. memang perkara2 seperti ini lazim berlaku.
ReplyDeletemakan banyak pula cerita..apa pun harap isu sejarah tidak akan dipolitikkan...
ReplyDeleteAda-ada saja khabar angin politik ini.
ReplyDeleteBanyak betul versi sejarah di M'sia ni kan. Tidak sangka ahli2 politik ni ada tokoh sejarahwan juga.
ReplyDeletedaripada menyerahkan bulat2 kepada ahli politik dalam menentukan siapa pejuang kemerdekaan sebenar, baik minta ahli sejarah kaji semula peristiwa ini..
ReplyDeletePerkara yang sudah lepas, biarkanlah berlalu. Orang da takde buat ape sebut2 lagi.
ReplyDeleteInilah sejarah sukar untuk kita pastikan kebenarannya. Perkara yang sudah berlalu hanya mereka yang masa itu saja tahu faktanya.
ReplyDeleteUMNO,cepat tangkap muhyiddin y,dia pun KOMUNIS juga!!!
ReplyDelete