Penulis sepenuh masa dari Johor, Rohani Deraman (gambar) layak menerima royalti sekitar RM55,878.50 daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) yang dijadikan teks Komsas bagi pelajar Tingkatan Dua.
“Cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ karya Rohani mula-mula termuat dalam antologi Hanya Kita Yang Tinggal (Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd: 2001) dan dia hanya dibayar RM40.
“Cerpen sama dimuatkan dalam sebuah antologi terbitan Edu Quest Publisher pada 2007 dan penulis tidak dibayar walau satu sen,” kata Uthaya Sankar SB yang merupakan pemilik ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya’ dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
Beliau yang sedang menangani isu lima penulis yang dikatakan dinafikan hak royalti teks Komsas berkata, data di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa Edu Quest Publisher pernah menerbitkan beberapa buku kanak-kanak dan remaja pada 2000, 2005, 2006, 2007 dan 2008.
“Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd adalah ahli Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) tetapi Edu Quest Publisher umpama sebuah syarikat misteri dan tiada banyak maklumat mengenainya.
“Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd yang memiliki Nur-Ilmu Sdn Bhd juga memiliki Edu Quest Publisher,” katanya dalam catatan di blognya.
Uthaya turut mendedahkan bahawa pada 31 Mac lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia sudah membuat pembayaran secara elektronik kepada para penerbit asal bagi karya-karya yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius.
“Royalti yang dibayar kepada Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd sebagai penerbit asal bagi cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ dipercayai adalah RM11,175.70 dan jumlah itu hanyalah royalti bagi cetakan pertama (2010),” kata Uthaya.
Penulis prolifik yang sebelum ini dilantik sebagai anggota Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid berkata, orang ramai mempunyai alasan munasabah untuk beranggapan bahawa Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd “mencuri” duit royalti Rohani bagi cerpen “Warkah Daripada Ibu” sebanyak RM5,587.85 setahun.
“Isu mengenai penindasan dan penganiayaan terhadap Rohani serta beberapa penulis lain sudah diceritakan dalam Surat Rayuan Terbuka Kepada Menteri Pelajaran pada 26 Ogos lalu tetapi tiada apa-apa reaksi daripada pihak berkenaan,” kata Uthaya.
Dianiaya dan dimanipulasi
Surat rayuan terbuka itu ditulis oleh Rohani bersama-sama Amy Suzani Mohd Ainuddin (Kelantan), Hazama Harun (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes (Kuala Lumpur) dan Erda Roslan Khairi (Putrajaya) serta turut disiarkan di FMT.
“Mereka berlima secara terang-terangan dianiaya dan dimanipulasi sekumpulan penerbit yang mempamerkan sikap tidak berwibawa, tidak beretika, tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.
“Malah, orang ramai mendapat gambaran seolah-olah para penerbit terbabit lebih berkuasa daripada Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Uthaya mula-mula mendedahkan isu itu menerusi artikel bertajuk “Komsas Abai Hak Cipta?” di FMT pada 15 Ogos lalu.
“Berdasarkan apa yang berlaku, orang ramai kini mempunyai alasan munasabah untuk mula tertanya-tanya, apalah gunanya ‘kuasa’ pada tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika beliau tidak mampu menggunakan kuasanya dan kuasa-kuasa khas yang ada padanya untuk membela lima penulis yang dizalimi,” kata Uthaya sambil menambah: “Tepuklah dada, tanyalah selera.” -FMT
Saturday, September 3, 2011
Penulis dizalimi, Muhyiddin membisu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika perkara ini betul, penulis Rohani sememangnya layak mendapat pampasan dan royalti yang lebih tinggi.
ReplyDeleteJika Kementerian Pendidikan enggan membayar pampasan, Rohani patut mendakwa penerbit dan membawa perkara ini kepada mahkamah.
ReplyDeleteJika benar, tindakan perlu dibuat ke atas Penerbit Mega Setia Emas Sdn.Bhd.
ReplyDeleteMuhyiddin harus bertindak dalam isu2 yang melibatkan kementeriannya. mungkin perkara ini boleh diperjelaskan.
ReplyDeleteAdakah hak penulis telah dinafikan? Ini tidak sepatutnya terjadi. Pihak penerbitan harus bertanggungjawab.
ReplyDeleteJust take legal action if they don't want to responsible.
ReplyDeletePihak yang berkenaan harap dapat selesaikan isu ini. Orang pun cari makan juga.
ReplyDeleteHal ini harus diberi perhatian dan siasatan harus dilakukan.
ReplyDeleteHak anda untuk bersuara, harap pihak terlibat akan memberikan penjelasan dan membayar royalti itu.
ReplyDeleteharap kes ini mendapat perhatian daripada pihak berkenaan.
ReplyDeletekes2 seperti ini tidak bolehkah minta keadilan di mahkamah?
ReplyDeleteapa gunanya mahkamah jika tidak digunakan??
ReplyDeleteBenar. Kalau benar mahu mendapat hak cuba bawa kes ini kepada mahkamah dan mencari kebenaran disana.
ReplyDelete