Saturday, September 3, 2011

Siapa Pejuang Kemerdekaan Sebenar?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgx3NQtrPbUfcRhV73pwczCO9fri36J1VxHy-06-Fy2O6K1r0fPh1jvruPtAG1PSWKvj1Ubqy-RVkMvhHxseEjso4_DrQxarDGb8uuydhFW1FcsiOCZzc9NB3XnWB4VbhpTFi9l5gWd_Xb/s1600/gerakan+kiri+melayu+3.jpgDalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.

Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu.

Namun satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi.

Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai.

(Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry

15 comments:
Write comments
  1. Mungkin ada Pakar sejarah yang boleh tampil memberi ulasannya mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat akan mengetahui sejarah yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. bagi generasi muda mungkin agak sukar untuk menentukan siapa pejuang kemerdekaan sebenar.

    ReplyDelete
  4. pendedahan sejarah kepada golongan muda amat penting bagi menyemai semangat patriotik di kalangan mereka.

    ReplyDelete
  5. Entahlah. Banyak betul versi sejarah sekarang ni. Tidak tahu siapa yang berkata benar atau salah.

    ReplyDelete
  6. Fakta sejarah harus diajar dengan betul. Jangan ada yang memanipulasikan fakta tersebut dan menyempitkan pemikiran rakyat terutamanya geenrasi baru.

    ReplyDelete
  7. Macam gantung pula artikel ini.

    ReplyDelete
  8. Siapa Saja yang memperjuangkan kemerdekaan tidak menjadi hal kepada saya. Apa yang penting kita sudah merdeka.

    ReplyDelete
  9. Dan apa yang penting kita tahu kemerdekaan 31 ogos adalah untuk penduduk d SM saja dan Malaysia ditubuhkan selepas Sabah dan Sarawak setuju bergabung dengan SM. Fakta ini tidak boleh disangkalkan lagi. Persoalannya kenapa perlu mengibarkan bendera Malaysia pada 31 Ogos???

    ReplyDelete
  10. setelah merdeka,siapa pula yg jadi pengkhianat negara? pastinya pihak yg memutar-belit sejarah n mencuri wang/aset negara utk kepentingan peribadi...

    ReplyDelete
  11. Yang penipu dan menipu, yang membilut dan pembilut, yang memutar belit dan pemutar belit. Bila bercakap bohong, bila berjanji mungkir, bila diamana menghianat itulah penderhaka sebenar.

    ReplyDelete
  12. Siapa yang boleh membela nasib semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dia lah berhak menjadi pejuang kemerdekaan.

    ReplyDelete
  13. kalau ahli politik yang ulas pasal sejarah, macam2 cerita boleh timbul..

    ReplyDelete
  14. Rasanya kita sendiri pun sukar memastikan kebenarannya. Tapi para pengkaji sejarah lebih arif dengan semua ini. Yang penting sekarang buku sejarah kita boleh diguna pakai dan dipercayai sepenuhnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.