Timbalan menteri belia dan sukan Datuk Razali Ibrahim berkata perhimpunan pelajar yang dirancang Sabtu ini bukan untuk membantah pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sebaliknya, perhimpunan itu dirancang pembangkang untuk mengapi-apikan kemarahan mahasiswa menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, dakwa naib Ketua Pemuda Umno itu lagi.
"(Tarikh) 14 April bukan untuk PTPTN. 14 April adalah pemanas badan untuk perhimpunan BERSIH (3.0) dan menggunakan kampus untuk persediaan bagi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Perhimpunan BERSIH akan berlangsung pada 28 April ini - dua minggu selepas demonstrasi anti-PTPTN - di lokasi yang sama.
Razali mendakwa Pakatan Rakyat sudah kehabisan isu untuk dibangkitkan dan tersasar daripada manifesto Buku Jingga berhubung PTPTN yang menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah.
-MK
Tuesday, April 10, 2012
Benarkah Demo siswa 'dirancang pembangkang'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bawak mengucap la Datuk razali oii! Sikit2 nak nak salahkan pembangkang, sikit2 nak salahkan pembangkang. Apa, pelajar2 ini senget sgt ke pemikiran mereka, sehingga x dpt nak berfikir dgn sendiri apa yg baik & apa yg buruk utk mereka?? Klau diri sendiri yg kurang perihatin dgn rakyat & pelajar, jgn la nak salahkan pembangkang pulak bila mereka bangun utk membantah melalui demo! Klau kerajaan itu sendiri prihatin dgn masalah pelajar, sudah tentu mereka mengambil berat ttg kebajikan pelajar, dari dok fikir sebaliknya utk buat duit dari ptptn. Kenyataan razali ini hanya menampakkan betapa 'phobia'nya kerajaan skrg dgn kebangkitan rakyat. Keadilan adalah kehendak semulajadi semua insan, klau keadilan agak terhakis dari kehidupan mereka, sudah tentu akan menjadi sbb utk mereka bangun membantah. Next time, semua menteri2 bn jgn cepat nak salahkan pihak lain bila perkara sperti ini berlaku. Sebaliknya, cuba cek balik diri sendiri tang mana yg x kena. Sbb kemungkinan besar ianya berpunca dari kita sendiri sesuatu bnda itu berlaku...
ReplyDeletepelajar tak akan demo kalau kerajaan mengamalkan keadilan, bukan hanya pelajar malaysia sahaja yang membuat demo, pelajar d tpt lain akan berdemo jika pemerintah tidak konsisten dalam pemerintahannya. ingat sahaja demo pelajar di indonesia, korea selatan. dan sejarah2 dahulu seperti demo pelajar masa pemerintahan kuku besi marcos, demo pelajar china dan byk lagi. pelajar demo bukan kerana perjuangan atau rancangan pembangkang. siapa tidak demo belum bekerja sudah ada hutang PTPTN?
ReplyDeletePelajar bukan lembu lah Razali oi. Ingat pelajar universiti boleh digula-gulakan?
ReplyDeleteIngat UMNO ingat lembu.
ReplyDeletemmg pembangkang yang menghasut mereka untuk adakan demo.
ReplyDeleteDemo tu memang pengaruh buruk daripada pembangkang.
ReplyDeleteutamakan pelajaran dulu
ReplyDeleteMungkin benar semua ini adalah perkara yang dirancang oleh pembangkang. Namun mengenai PTPTN rasanya pasti ramai mahasiswa tidak begitu setuju dengan syarat yang ditetapkan. Sebab itu ada sokongan terhadap perhimpunan ini.
ReplyDeleteinilah hasilnya bila sang Anwar berceramah dihadapan ratusan pelajar2 universiti.. seminggu selepas itu, banyak kekecohan dilakukan oleh pelajar..
ReplyDeletememang pun tujuan Anwar mahu pelajar2 ini berhimpun dan seterusnya menjadi perisai dan batu loncatan kepada beliau untuk merampas jawatan perdana menteri.. sedangkan Anwar sendiri tahu beliau tidak akan mampu memberkan pendidikan percuma.. malah beliau sendiri menyokong penuh penubuhan PTPTN ketikan beliau masih memegang jawatan menteri kewangan..
ReplyDeleteMemang pembangkang yang menghasut golongan mahasiswa.sebelum pembangkang menyatakan janji untuk memansuhkan PTPTN, tiada pun suara2 mahasiswa.
ReplyDeleteMahasiswa kena berfikir secara rasional. jangan mudah dihasut oleh pihak pembangkang.
ReplyDelete