Tuesday, April 10, 2012

Akta Baru Ganti ISA Hadkan Kuasa Menteri

http://abolishisa.dapmalaysia.org/wp-content/images/Anti_ISA_Jakarta.pngRang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dengan jelas akan mengehadkan kuasa menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga hal ehwal dalam negeri.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi cadangan akta baru itu juga akan mengurangkan tempoh tahanan, menjaga kebajikan tahanan dan keluarga mereka tanpamenjejaskan keselamatan negara.

Menurut beliau, Rang Undang-undang tersebut dihasilkan dengan mengambil kira lima elemen utama selepas kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Tambah Hishammuddin, kerajaan juga turut berunding dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Majlis Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika merangka rang undang-undang ini.

"Bila datang akta baru, kuasa menteri sekarang termasuk dalam akta baru.

"Rang Undang-undang ini juga menyatakan secara jelas seseorang itu tidak boleh ditahan atas fahaman dan tindakan politiknya. Semua ini dilakukan sejajar dengan perkembangan semasa tanpa menjejaskankeselamatan negara," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada Selasa.

Rang Undang-undang itu bertujuan memansuhkan ISA bagi mengawal ketenteraman awam yang ditimbulkan oleh ancaman keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Selain itu Hishammuddin berkata penggubalan akta baru berkenaan adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Politik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebelum ini, kerajaan turut memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat.

-Mstar

7 comments:
Write comments
  1. Bagus ISA 2.0....Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terangterangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang undangdan lagi kuasa kezaliman terhadap rakyat...kua kua kua kua...takpe punya , tunggu PRU13 .~
    Rakyat akan menawan putajaya dan menghapuskan segala kezaliman dan lembu lembu keluar dari negara ini...kua kua kua..

    ReplyDelete
  2. moga akta baru ini akan dilaksanakan segera.

    ReplyDelete
  3. Semoga akta baru akan lebih menjaga rakyat

    ReplyDelete
  4. Rancanglah sesuatu yang dapat diterima baik oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. habis la kalau Pakatan ambil alih kerajaan.. habis semua undang2 dia mansuhkan.. undang2 yang menyebelahi Anwar saja dikekalkan atau diwujudkan..

    ReplyDelete
  6. Samada ISA dihapuskan atau tidak tetap juga banyak ketidakpuasan hati di pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Sekurang-kurangnya penubuhan akta baru ini adalah lebih relevan untuk digunakan pada masa sekarang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.