Wednesday, April 4, 2012

Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno

Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.

Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.

14 comments:
Write comments
  1. Baguslah kalian keluar drp UMNO terutama ore kelantan, Kita mesti sokong sepenuhnya perjuangan islam yg dibawa oleh Tok guru kita. UMNO adalah parti yg diwujudkan oleh penjajah, walaupun penjajah telah meninggalkan kita tetapi partinya masih hidup dan mehuru-harakan kita. Begitulah semboliknya penjajah, dia lebih cerdik sbb dia lebih maju drp kita seketika dulu...tapi perlu dingatkan pada zaman kemajuan islam depa semua ni berada dalam zaman yg gelap...zaman bodoh.

    ReplyDelete
  2. Ada ahli yang keluar dari UMNO dan ada juga ahli malah pemimpin yang keluar dari parti PR. mana2 parti pun ada masalah juga,terpulang bagaimana mereka menyelesaikannya supaya tidak berlaku perkara seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Benarkah perjuangan PAS nampak lebih padu? kalau PAS di Sabah nampak memang kurang sambutan, tidak seperti PAS di SM. Jadi lebih baik PAS tumpukan kawasan2 mereka di SM saja.

    ReplyDelete
  4. lari! lari! tinggalkan kapal lanun UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  5. Bukan apa yang baru ahli keluar parti, parti Pakatan Rakyat juga mengalami tindakan keluar parti ramai-ramai sebelum ini.

    ReplyDelete
  6. Bagi mereka yang tidak lagi ikhlas untuk berjuang bersama satu parti, baik keluar sahaja supaya tidak menjadi halangan kepada ahli lain untuk teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  7. Ada pilihan masing, tidak kiralah apa pilihan anda, pastikan anda tidak menyesal dengan pilihan yang anda buat.

    ReplyDelete
  8. Jika alasan yang mereka berikan adalah hanya kepada masalah semata2, ada kemungkinan mereka juga akan keluar dari parti PAS, jika mengalami masalah yang sama.

    ReplyDelete
  9. Kenapa berita keluar parti ini aku tak nampak dalam berita TV3?

    ReplyDelete
  10. APA kurang kat sabah dah macam katak puru.

    ReplyDelete
  11. keluar parti bukan perkara baru, dalam mana2 parti pun berlaku.

    ReplyDelete
  12. Begitulah ahli yang tidak setia. Macam la PAS tiada konflik

    ReplyDelete
  13. Kita tunggu saja nanti siapa yang akan terus mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  14. dalam PAS pula, silap buat kenyataan sikit mesti kena pecat.. ahli2 PAS dilarang sama sekali mengkritik kepimpinan PAS..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.