Wednesday, April 4, 2012

“Preve” nama model terbaharu Proton


Proton Holdings Bhd. memilih “Preve” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

"Oleh itu, kami memilih nama Preve (disebut Prae-vae), yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata, Preve mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi. - BERNAMA

10 comments:
Write comments
  1. Pendapat saya nama Preve tidak mencerminkan produk drp Malaysia sbb perkataan itu bukan daripada bahasa malaysia. Tiada indentiti tersendiri dalam menamakan jenama kereta. Nama je produk drp Malaysia hakikatnya tidak sehebat mana yg digempar gempurkan. Masih banyak kelemahan dari segi permotoran berbanding dgn negara2 lain. Maaflah jika saya tersilap.

    ReplyDelete
  2. Biarlah kualiti pun setanding dengan kereta buatan import barulah dapat bersaing secara global. Setakat nama dan rekabentuk tidak menjamin sambutan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. It shows that Proton is going towards International Approach for marketing our National Automobiles to the world.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the new Proton model 'Preve' will gain support from not only local consumers but foreign consumers as well.

    ReplyDelete
  5. Ah Beng Chai is BACKApril 5, 2012 at 10:22 AM

    Yalor GREEN SABAH...better not be as crappy as Gen-2 or other model. Sayang oh if the enjin malatup suddenly

    ReplyDelete
  6. mog model PROTON baru ini benar2 berkualiti dan mendapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  7. harap nama sj 'basar', kualiti inda da...

    ReplyDelete
  8. wow!!! model terbaru lagi.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya ada peningkatan untuk Proton.

    ReplyDelete
  10. walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan keluaran terbaru proton ini, tapi sedikit masa lagi, keluaran terbaru ini juga yang banyak terdapat di jalanraya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.