Tuesday, April 10, 2012

Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan

BAHANG pilihan raya umum dan keghairahan Umno Kelantan melaksanakan 'agenda setting' untuk merampas kuasa daripada PAS di Kelantan semakin hangat. Tindakan agenda itu telah dilihat kebelakangan ini turut menyanggahi amalan demokrasi sihat yang dipraktikkan di kebanyakan negara maju.

Justeru Umno sekarang dilihat semakin rakus dalam menjayakan dominasi politik untuk meraih sokongan rakyat, mahupun ke arah mengekalkan sokongan teras tatkala berhadapan dengan PAS yang mentadbir Kelantan.

Kerakusan Umno Kelantan Sehubungan itu, Umno Kelantan kini dikesan telah menggunakan beberapa pendekatan dominasi politik demi memenuhi agenda merampas kuasa. Antaranya melakukan kempen fitnah menerusi media cetak akhbar dan buku. Ia disokong pula oleh pendekatan manipulatif teknologi media baru terutama blog, facebook dan youtube bagi Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan menghidupkan fakta-fakta fitnah maya terhadap PAS dan Kerajaan Negeri. Ia telah dibuktikan dengan berlakunya perjumpaan para pengamal cybertrooper Umno bersama pengerusi Perhubungan Umno Kelantan pada Februari lalu di Tanjong Chat, Kota Bharu.

Sementara ke arah melengkapkan lagi perencanaan penyebaran fitnah maya itu, Umno Kelantan turut menganjurkan ceramah-ceramah di segenap ceruk negeri Kelantan. Menerusi ceramah itu, tenaga penerangan Umno yang rata-rata ‘bermain kasar’ dalam memutarkan isu-isu fitnah. Ada penceramah Umno yang sewenangwenang memakai title ustaz, profesor dan tok guru pondok telah memfitnah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berfahaman Wahabi, Muktazilah, sesat dan kafir.

Begitu pula ada penceramah bertaraf pimpinan Umno Bahagian secara lembut lidah berserta wajah hipokrasi mengulas faktafakta yang direka-reka bertujuan memburukkan Kerajaa Negeri di bawah kepimpinan ulama.

Antaranya menguar-uarkan bekalan air AKSB sebagai teruk, penyelewengan projek Ladang Rakyat kerana kononnya diberi kroni, dan mengada-adakan data pembangunan tanah yang merampas hak Orang Asli dan menjual tanah rizab Melayu kepada bangsa asing.

Terkini lagi, Umno Kelantan didapati sedang menjalankan kempen untuk ‘membunuh watak’ (character assassination) pimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan secara terancang. Antaranya kempen menggunakan buku-buku bercetak yang kononnya dikarang seseorang (disyaki mengguna nama samaran atau pengarang upahan).

Ada yang menggunakan nama Abi Said Al-Khudri, Ibnu Ramli dan The Insider. Antara tajuk buku diedar ialah Fatwa Tok Guru, Apa Sudah Jadi, Tok Guru Dulu dan Kini, Tok Guru Jual Tanah Kubur dan Politik Wang dan Kronisme. Penulisan buku itu pula memang berniat jahat tatkala mengulas secara tidak beradab bersandarkan fakta palsu yang nyata suatu pembohongan dituju khusus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ahli exco serta wakil rakyat PAS.

Menambah kehangatan Tidak padan dengan pendekatan pembohongan tersebut, maka Umno Kelantan dilihat semakin terdesak apabila kemungkinan pembubaran parlimen berlaku pada bulan hadapan (Mei 2012), nanti. Justeru pakar perang saraf Umno sudah menjalankan pelbagai pendekatan yang bertujuan bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Kerajaan Negeri dan PAS yang mentadbir Negeri. Pendekatan Umno Kelantan itu telah menambahkan kehangatan hawa pilihan raya umum ke-13.

Terkini, Umno dilihat membuat pendekatan kolabrasi dengan NGO tertentu. Malah Umno sanggup menaja pula NGO atas dasar semata-mata dapat membangkit marah, benci dan langsung mengajak rakyat menjatuhkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS. NGO Perkasa dan MTRK adalah antara NGO kolabrasi Umno Kelantan. Sementara Ombak, Tukar dan Jaringan Pondok dan Jaringan Orang Asli dikatakan antara NGO tajaan Umno yang mengajak anak muda, golongan Orang Asli dan pengundi atas pagar untuk menolak segala-gala kebaikan dasar Islam dan program berkebajikan anjuran Kerajaan Kelantan selama ini

Mempersenda kebajikan rakyat

Apa yang nyata, NGO tersebut secara terang telah melakukan MoU (persefahaman) dengan Umno bagi menjayakan agenda merampas kuasa dalam pilihan raya nanti. Justeru, mereka tidak segan silu telah cuba mengheret dan menghasut rakyat dengan laungan kempen membuta-tuli.

Sehingga sanggup menafikan hak rakyat Kelantan menerima wang royalti petroleum dan pelbagai hak mengikut lunas amalan federalisme.

Natijah itu membuatkan Umno sudah menutup separuh otaknya daripada menerima segala-gala kebaikan dasar Islam dan program kebajikan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, khususnya golongan miskin.

Justeru, mereka telah mempersendakan program kebajikan rakyat seperti sumbangan Kerajaan Negeri menerusi program Skim Kifalah, bantuan Armalah, anak yatim, rumah dhuafat, penubuhan pusat pembangunan wanita, program cakna rakyat dan bantuan pesakit kronik. Paling teruk lagi, kelas-kelas pengajaran agama oleh guru dakwah halaqat pun dipertikaikan Umno kononnya mengajar politik bukannya mengajar agama.

Nyata dan benarlah, Umno kini sudah tidak bersikap harmoni dengan kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Oleh Wan Nik Wan Yussof (detikdaily)

11 comments:
Write comments
  1. Biasalah UMNO ni main kotor, kan busuk sampai ke usus.

    ReplyDelete
  2. rakyat menentukan siapa akan memerintah Kelantan.

    ReplyDelete
  3. PAS sudah semakin lemah, rakyat sendiri yang akan memilih

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu saja apa keputusan rakyat pada PRU13 nanti. Adakah PAS mampu mempertahankan atau tidak.

    ReplyDelete
  5. kalau kena pada parti sendiri, dia cakap fitnah.. macam2 tuduhan dilemparkan kepada parti lawan.. tapi kalau parti sendiri buat fitnah, yang tidak ada fakta pun dia bedal juga..

    ReplyDelete
  6. PAS bukannya cekap sangat pun.. kalau Kelantan berjaya dirampas oleh umno, semua itu memang sudah diagak.. masalah utama kelantan adalah air.. selepas lebih 20 tahun memerintah kelantan, dia minta lagi satu penggal untuk selesaikan masalah air..

    ReplyDelete
  7. Barisan Nasional akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan, yang mengandungi janji-janji 'hitamputih' yang akan dikotakannya jika Kelantan kembali diterajui BN.

    Tidak mustahil manifesto ni akan digunakan lepas PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  8. Lebih baik PR tumpukan negeri2 tadbiran mereka di SM daripada mengimpikan untuk menang besar di Sabah PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  9. jangan sebarkan fitnah demi keuntungan duniawi yang sementara! penyebar berita seperti anda menjadikan PAS & UMNO merapu2.. sesungguhnya dua2 parti ini ada kelebihan..ada kekurangan.. tapi spt kga umno, saya jg tetap yakin dengan perjuangan umno! parti ini menepati janji, mendaulatkan islam! tidak mengeksploitasi islam demi survival politik.

    hidup umno!! maju bn!!!

    ReplyDelete
  10. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13


    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `seia sekata` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).


    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete
  11. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.