Wednesday, April 4, 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan.Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) :

1. Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31 (134 Kekosongan)

2. Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 (24 Kekosongan di Semenanjung Malaysia sahaja)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2012

6 comments:
Write comments
  1. Sesiapa yang berminat mengambil jawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, cepatlah pergi memohon. Ada 134 kekosongan, jangan kata tiada peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Kelayakan terendah adalah pemilikan Dipoma dan lulus Bahasa Melayu dalam SPM bagi Penolong Pegawai Eksekutif. Saya rasa kebanyakan graduan sekarang pun ada kelayakan ini. Graduan yang menganggur, tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
  3. kekosongan lebih 134, tapi yang memohon nnti pasti beribu orang. persaingan sgt tinggi, namun teruskan memohon, mana tau rezeki milik anda.

    ReplyDelete
  4. Kalau yang ada degree gred 41 ble memohon untuk gred 31 dan 21? Susah mahu masuk kerajaan walaupun ada degree.

    ReplyDelete
  5. Kalau diberikan peluang kepada Penduduk Sabah lagi kan bagus..HEheee

    ReplyDelete
  6. Peluang baik untuk kita rakyat Sabah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.