Wednesday, April 4, 2012

Penasihat PM Ketuai J/K Beri IC Kepada Rakyat Asing?

PAS mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berlangsung.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Katanya, penubuhan itu perlu dilakukan segera memandangkan dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian IC kepada rakyat asing.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.

“Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

Politik terdesak

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tak mampu berhadapan dengan politik terdesak apabila menghadapi kebangkitan rakyat dengan membawa warga asing dan memastikan mereka mengundi Umno-BN,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sekiranya RCI dibentuk, Mahfuz berkata beberapa individu lain juga perlu diheret dan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan mereka melakukan tugas kerja tersebut mengikut arahan yang diketuai Othman.

Mereka adalah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.

Beliau bimbang jika benar dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

“RCI sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU13…sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU13 tak boleh diadakan sama sekali,” tegasnya. -FMT

5 comments:
Write comments
  1. Tugas dan tanggungjawab diberikan perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan. Janganlah kepercayaan diberi bekerja tidak amanah. Sampai bila nak jadi bodoh mengikut telunjuk yang nak menjahanamkan negara sendiri. Belajar je tinggi tapi iman takde... Bila takde iman maka rosaklah segalanya.

    ReplyDelete
  2. jangan jadi ANJING KURAP DI NEGERI SENDIRI!!! KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?...TUNGGU PATI MEMERINTAH PATUT LAH ORANG SABAH PALING BODOH.. DPAT DUIT RM50.00,TANGKI ZINK.. SANGGUP GADAI MARUAH.. BERAPA ABAD BN MEMERINTAH, ADAKAH PATI DI SABAH BERKURANGAN KAT SABAH?

    ASALKAN BUKAN UMNO+PATI

    ReplyDelete
  3. kalau mcm ni...PR x kan menang PRU....PRU Malaysia lah paling teruk penuh dgn penipuan jijik...conspirasi dan mace2 lagilah....baik demo bersih 3.0 jer...

    ReplyDelete
  4. Saya lebih percaya mahfuz berbanding si tua bangka penipu ni. Memang kami rakyat Sabah dah tahu penipuan SPR ini. Misalnya DUN Kemabong, Tenom mempunyai pengundi warga Indon, mereka ini mempunyai kewarganegaraan, musim mengundi merekadatang. Bila buat laporan, orang yang buat laporan yang ditangkap. Inilah celakanya manusia yang menyokong UMNO dan perompak-perompak negara ini.

    ReplyDelete
  5. Yg hidup dimatikan, yg mati dihidupkan. Wahai manusia yg menjadi alat pd penipuan, kamu tahu ke x bahawa kamu makan duit haram dgn hasil kje penipuan atas arahan bos kamu?? smpai bila2 pun kamu x akan hidup aman dgn hasil dari kje kotor ini, walaupun kamu dpt upah yg lumayan. Itu blom nak cakap ttg azab dlm kubur lagi. Meh aku citer kat hangpa, antara contoh2 azab dlm KUBUR. Tulang korang akan dihimpit sehingga tulang itu akan masuk dlm satu sama lain, sperti kita masukkan jari2 tgn kanan dlm jari2 tgn kiri. Ibarat bercerakah antara satu sama lain. Antara azab yg lain, kubur kamu akan dijadi sperti bara api neraka, & kamu akan digulingkan diatasnya siang & mlm. Antaranya lagi, ULAR & KALAJENGKING AKAN DILEPASKAN KEATAS KAMU, MENYIKSA KAMU SEHINGGA HARI KIAMAT. Bertuahlah kamu jika mati skrg, blom pun dpt nikmati duit haram, azab kubur x sabar2 nak pelahap korang. Ingatlah, MAUT kamu adalah terlampau hampir dgn kamu, malaikat maut menjengah setiap insan sebanyak 99 kali sehari, utk perhatikan samada dah smpai atau blom ajal seseorg hamba. Ingatan ini adalah bagi setiap org yg buat kje kotor utk menangkan umno/bn dlm PRU13!!! & sblom saya terlupa, klau Allah dah tetapkan umno/bn tumbang, pasti ianya tumbang, x ada siapa2 & apa2 yg dpt menghalangnya dari tumbang. Ini sudah tentu dibantu dgn kekuatan solat hajat yg dilakukan rakyat Malaysia seluruh dunia. Justeru, sia2lah kje kamu utk menipu, ianya x akan kemana!!...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.