Tuesday, April 3, 2012

Najib Akan Dicabar Oleh Ahli Sendiri?

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE"Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya.

Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah."

“Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya.

Abdullah (foto), yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12.

Abdullah, yang juga merupakan bekas ketua pengarang akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu. -MK

8 comments:
Write comments
  1. Siapakah yang bakal mencabar Najib Razak?

    ReplyDelete
  2. Barangkali Muhkriz. Mana tahu Mahatir tidak puas hati lagi kemudian mahukan anak beliau bertanding.

    ReplyDelete
  3. Kebijaksanaan pemimpin untuk mengawal sesebuah pati amat penting.

    ReplyDelete
  4. Letak lah siapa pun pada PRU-13 ini..MELAYU UMNO/BN akan diKEBUMIKAN kali ini..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!..dengan terdedah nya semua KEJAHATAN MELAYU UMNO/BN..Pengundi atas pagar akan menjadi penentu!.kaum TIONGHUA SUDAH TERAMAI DAN KAUM INDIA SUDAH BERSAMA PAKATAN!.MELAYU UMNO/BN SUDAH KELEMASAN dan bergantung pd FITNAH, PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN utk berkuasa!..YAKINLAH PAKATAN AKAN MENJADI KERAJAAN BARU DEMI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA DAN MARUAH DAN MERTABAT MELAYU DPT DIPERKASAKAN!..INSYALLAH!..

    ABU...ASALKANNBUKAN

    ReplyDelete
  5. PRU belum lagi diadakan, jadi tak perlu nak membuat sebarang spekulasi.

    ReplyDelete
  6. tunggu saja PRU13.

    ReplyDelete
  7. Yang pasti Datuk Najib perlu bijak merancang yang terbaik. Jangan pentingkan diri sehinggakan lupa akan tanggungjawab sebagai PM.

    ReplyDelete
  8. itu kalau Najib gagal meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 pada pilihanraya akan datang.. kalau beliau mampu buat yang lebih baik??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.