MARK Shaffer adalah seorang peguam terkemuka di Amerika Syarikat kerana banyak menyelesaikan kes-kes penting melibatkan individu-individu terkenal. Beliau memiliki sebuah firma guaman yang dikenali sebagai ‘The Shaffer Law Firm’, salah seorang anak guamnya yang mendapatkan khidmatnya ialah bekas penyanyi pop nombor satu dunia, Michel Jackson atau Jacko.
Kes Jacko yang dikendalikan Mark Shaffer itu adalah yang terakhir sebelum Jacko didapati meninggal dunia.
Kematian Jacko banyak memberi keinsafan kepada Shaffer, beliau tidak menunggu lama, selepas empat bulan kematian Jacko, beliau mengambil keputusan untuk menukar keyakinan yang dipegangi selama ini kepada agama Islam.
Kemasukan Mark Shaffer yang berasal dari Los Angeles ke dalam agama Islam, ada kaitan dengan kunjungannya ke Arab Saudi selama 10 hari, kesempatan beliau berada di bumi yang mulia itu telah menziarahi bandar-bandar utama seperti Riyadh, Abha dan Jeddah bermula 17 Oktober 2009 dan banyak meninggalkan kesan mendalam di hatinya.
Sepanjang berada di Arab Saudi, beliau ditemani oleh pemandu pelancong yang dikenali sebagai Dhawi Ben Nashir. Dalam perjalanan mengunjungi bandar-bandar tersebut, Mark Shaffer menurut Dhawi banyak bertanyakan kepadanya tentang agama Islam dan solat orang-orang Islam.
Ketika berada di ibu negara Riyadh, beliau menginap di sebuah hotel selama dua hari dan memperlihatkan minatnya yang mendalam terhadap Islam.
Dhawi memperlihatkan kesediaannya untuk melayan Shaffer yang mahu tahu tentang Islam dan segala persoalan mengenainya.
Lantas beliau mengajak Shaffer untuk bersiar-siar ke kota Najran, kemudian ke Abha dan al-Ula, di mana kota-kota berkenaan menjanjikan seribu keindahan kesenian Islam. Dalam perjalanan ke kota berkenaan, perjalanan melalui padang pasir terutama di al-Ula, Shaffer berkesempatan melihat tiga pemuda melaksanakan solat beralas pasir halus, ia menjadikan Shaffer begitu teruja kerana solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Setelah menghabiskan waktu selama dua hari di al-Ula, mereka pun melanjutkan perjalanan ke al-Juf. Sesampai di al-Juf, Shaffer minta dicarikan bukubuku tentang Islam. Dhawi tidak menghampakan permintaannya, semua buku itu habis dibaca oleh Shaffer. Keesokan paginya, dia minta Dhawi mengajarkannya cara-cara untuk bersolat, Dhawi bukan sahaja ajar cara bersolat dengan betul, malah mengajarkannya cara-cara berwuduk dan melakukan solat di sebelahnya.
Seusai solat, Shaffer mula bercerita dengan menyatakan bahawa dia merasa jiwanya merasa tenteram setelah cuba menunaikan solat. Keesokan harinya, rombongan Shaffer meninggalkan al-Ula menuju kota Jeddah. Selama dalam perjalanan, Shaffer dilihat begitu serius membaca buku-buku tentang Islam.
Pada hari berikutnya bertepatan dengan hari Jumaat, rombongan tersebut mengunjungi kota tua Jeddah, sebelum waktu solat Jumaat masuk, Dhawi dan rombongan kembali ke hotel dan beliau minta izin Shaffer dan lainlain untuk bersolat Jumaat. Ketika itu Shaffer berkata kepadanya kalau dia dibenarkan untuk ikut solat Jumaat agar boleh menyaksikan orang Islam melakukannya seperti di negaranya.
Dhawi pun mempersilakan Shaffer untuk ikut solat Jumaat, mereka pun kemudian pergi ke sebuah masjid yang berada tidak jauh dari hotel tempat mereka menginap di Jeddah. Memandangkan kerana mereka lewat sampai ke masjid dengan jumlah jemaah yang terlalu ramai memenuhi segenap ruangan, mereka terpaksa melakukan solat di luar sahaja.
Sepanjang berlangsungnya penyampaian khutbah dan solat Jumaat, Shaffer mengamati setiap ahli jemaah yang hadir. Begitu juga setelah selesai solat, para jemaah saling bersalam-salaman dengan wajah yang ceria dan gembira, pemandangan tersebut semakin membuat Shaffer rasa kagum.
Setelah selesai solat dan kembali ke hotel, tiba-tiba Shaffer menyampaikan keinginannya yang tidak terduga kepada Dhawi.
“Saya ingin masuk Islam,’’ ungkap Shaffer. Dhawi pun bergembira mendengar ucapan itu. Beliau lalu mempersilakan Shaffer untuk membersihkan diri. ‘’Silakan anda mandi terlebih dahulu.’’
Setelah mandi, Dhawi kemudian membimbing Shaffer mengucapkan dua kalimah syahadat. Kemudian Shaffer menunaikan solat sunnah dua rakaat. Setelah itu, Shaffer mengungkapkan keinginannya untuk mengunjungi dan melakukan solat di Masjidil Haram, Makkah, sebelum meninggalkan Arab Saudi.
Bagi merealisasikan impian dan keinginannya untuk melakukan solat di Masjidil Haram, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irsyad di Hamro untuk mendaftarkan dirinya sebagai Muslim sekali gus mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi bagi membolehkannya memasuki Makkah dan Masjidil Haram dan diserahkan kepadanya sijil sementara sebagai Muslim sebagai bukti pengesahan, kerana peraturan di negara berkenaan, tidak membenarkan mana-mana individu yang bukan Islam memasuki Makkah, apatah lagi Masjidil Haram.
-DD
Tuesday, April 3, 2012
Shaffer, peguam Jacko, temui hidayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat memeluk Agama Islam.
ReplyDeleteMelalui macam-macam cara orang dapat hidayah.
ReplyDeleteSemoga beliau menjadi penganut agama Islam yang sejati.
ReplyDeleteAlhamdulillah Maha Suci Allah yang di sembah ....Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan yang Maha Esa,
ReplyDeletesyukurlah kerana ia mendapat hidayah, moga ramai lagi yang akan mendapat hidayah.
ReplyDeleteRahim Allah adalah orang pilihan maka beruntunglah namun rahman Allah tetap untuk semua hambanya.Carilah tempat mu dengan minda terbuka.
ReplyDeletealhamdulillah.....
ReplyDeleteBeragama sesuai dengan hati masing2 adalah pilihan yang empunya diri
ReplyDeleteSetiap orang ada keinginan sendiri.
ReplyDelete