Sunday, April 15, 2012

Sabah : BN kalah 14 kerusi Parlimen?

Dalam kunjungannya ke Kota Kinabalu, 31 Mac lalu, di sebuah restoran di bawah Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sabah, wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN sempat berbicara dengan penganalisis politik Sabah, Musli Oli, 52, yang juga Penolong Ketua Penerangan KeADILan, Sabah. Lulusan ekonomi yang banyak menulis buku-buku politik ini merupakan bekas Presiden Mahasiswa Sabah Universiti Malaya, awal tahun 80-an.

WARTAWAN: Bagaimana saudara melihat situasi politik Sabah?

MUSLI OLI: Dalam pilihan raya 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen. Hanya kerusi Kota Kinabalu dikuasai DAP.

Sebenarnya ada empat atau lima kerusi parlimen boleh dimenangi parti pembangkang jika “satu lawan satu”. Daripada 60 kerusi Dun, hanya satu dimenangi DAP, iaitu Sri Tanjung.

Waktu itu, Sabah dan Sarawak tidak mendapat isyarat yang jelas daripada negeri-negeri lain di Semenanjung. Justeru, rakyat play safe dan terus beri sokongan kepada BN.

Situasi hari ini jauh berbeza. Ramai secara terbuka menyatakan perasaan tidak puas hati dengan isu-isu yang menyelubungi rakyat terutama isu pendatang tanpa izin, isu kemiskinan dan banyak lagi, yang gagal ditangani kerajaan BN.

Daripada urutan sejarah politik, pemimpin Kadazandusun (KDM) seawal Tun Stephens amat berpengaruh dan mendapat sokongan daripada kaum mereka kerana sentimen tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Pusat kepada Sabah.

Atas faktor sentimen marahkan dasar BN di peringkat Persekutuan itu, Sabah bertukar kerajaan beberapa kali dengan kebangkitan semangat KDM. Ia bermula pada 1976 bila USNO tumbang kepada Berjaya pimpinan Stephens.

Diikuti kebangkitan PBS di bawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya 1985.

Berjaya yang mendapat sokongan sink and swim dari Dr Mahathir Mohamad hanya tinggal enam daripada 48 kerusi Dun!

Kerana taktik “pecah dan perintah” Kuala Lumpur, KDM dipecahbelahkan kepada beberapa parti politik selepas pilihan raya negeri 1994. PBS, UPKO dan PBRS adalah partiparti politik utama pimpinan KDM, di samping jumlah yang signifikan menyertai Umno.

Setelah PBS menyertai semula BN pada 2001 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya (daripada 48 kerusi kepada 60), jumlah kerusi majoriti pengundi KDM, yang asalnya 20 menjadi 17 sahaja.

Dengan dua faktor itu sokongan KDM tidak lagi menjadi penentu politik Sabah.

Keadaan terkini pengundi KDM macam mana, ya?

Daripada 25 kerusi Parlimen Sabah, lapan kerusi majoriti KDM berada dalam situasi “tidak menentu” berikutan isu-isu politik mutakhir terutama janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang begitu dekat dengan hati kaum KDM.

Antara isu-isu yang mendapat sokongan KDM ialah: Pertama, memulihkan Perjanjian 20 Perkara. Kedua, menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963. Ketiga, menaikkan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Keempat, menubuhkan siasatan diraja mengenai pendatang tanpa izin.

Kelima, memansuhkan dasar kabotaj yang menjadi punca harga barang keperluan di Sabah lebih mahal secara relatif dengan Semenanjung. Dan keenam, melaksanakan sepenuhnya dasar Borneonisasi.

Jika tidak ada perpecahan undi dan tercapai persetujuan “satu lawan satu parti” sesama pembangkang, lima kerusi Parlimen KDM boleh ditawan Pakatan pada PRU13.

Janji Pakatan ini secara umum bukan sahaja menarik sokongan KDM yang terkenal dengan keberanian mereka menukar kerajaan tetapi juga mempengaruhi sokongan kaum Bumiputera Islam yang masih dibelenggu kemiskinan.

Dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, di samping kadar pengangguran di Sabah yang teratas sekali, golongan muda mula secara terang menunjukkan protes terbuka terhadap BN dan Umno.

Jangkaan saudara ...

Saya meramalkan daripada 14 kerusi Parlimen diwakili Umno, lima hingga tujuh boleh dimenangi Pakatan, antaranya Kota Belud, Kudat dan Kimanis.

Kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili LDP (1), SAPP (2) akan ditawan Pakatan di samping mengekalkan Kota Kinabalu.

Keseluruhannya, lima kawasan KDM, lima kerusi Melayu dan empat kerusi Cina, semuanya 14 akan jatuh kepada Pakatan. Namun, saya kira BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri kerana fokus rakyat Sabah lebih kepada menawan Putrajaya.

Dalam PRU13 nanti, Umno- BN cukup mengharapkan Sabah dan Sarawak menjadi benteng terakhirnya. Tetapi dari tanggapan saudara itu, maknanya, Sabah bukan lagi “simpanan tetap” BN?

Istilah “simpanan tetap” adalah istilah Dato’ Seri Najib Razak sewaktu berucap di Tuaran, Sabah pada 2008, beberapa bulan selepas PRU12.

Rakyat Sabah hari ini mempersenda istilah itu dengan kata-kata seperti “jika ada bank yang tawarkan interest 20 peratus, buat apa simpan di bank yang bayar interest lima peratus”!

Lanskap politik Sabah berubah setelah PRU12, apatah lagi selepas melihat keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011.

Apa sebenarnya isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah?

Isu pokok ialah Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dihormati kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN! Begitu juga isu tanah adat dan tanah warisan. Di Sabah setakat ini 485 kes pending di mahkamah berhubung tindakan syarikat-syarikat yang merampas tanah rakyat.

Begitu juga isu royalti minyak.

Dua pemimpin Sabah terkorban kerana isu ini. Seorang korban jawatan, Tun Mustapha yang ditentang Tun Razak kerana meminta royalti lebih daripada 5 peratus dan Tun Fuad terkorban nyawa pada 6 Jun 1976 kerana enggan tanda tangan perjanjian dengan Petronas yang beri 5 peratus royalti.

Isu lain ialah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Janji KLmemujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia ialah melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata tidak benar. Sebaliknya KL membiarkan Sabah dimasuki secara bebas dan Umno terlibat memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada mereka.

Selain itu, isu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang daif. Pada tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Persekutuan, Asri Aziz dalam majlis “sedetik dengan media” menyatakan 68 peratus rakyat Sabah masih hidup di bawah paras garis kemiskinan.

Jika di Sarawak, Ketua Menteri, Taib Mahmud yang mentadbir lebih 30 tahun dianggap membebankan BN di negeri itu, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Sepanjang saya berada di sini, ramai bercakap tentang banyak projek pembangunan dikaitkan dengannya.

Seperti Harris Salleh yang tumbang dengan Berjaya pada 1985, Musa Aman tidak mewakili kaum majoriti pribumi Sabah iaitu kaum KDM dan kaum Bajau. Musa terlalu fokus untuk memperkaya kaum keluarga dan kroninya.

Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah.

Suasana atau lingkungan politik nampaknya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sejarah di Sabah menunjukkan pembangkang juga sering berdepan masalah sesama sendiri ...

Masalah pokok ialah untuk mencapai persetujuan dan kerjasama dengan partiparti bukan Pakatan Rakyat seperti SAPP dan STAR. Jika gagal dicapai persetujuan “satu lawan satu” agak sukar untuk menggugat kedudukan BN yang mungkin menjadi dalang di belakang parti-parti pembangkang ini.

Begitu juga dengan masalah kewangan dan logistik yang masih menjadi halangan besar kepada pembangkang kerana keadaan dan geografi di Sabah.

54 comments:
Write comments
  1. 14? itu pun klu x terbalik perahu la. jgn pula selepas GE13, ramai org UMNgOk kena strok!!!

    ReplyDelete
  2. harap2 ramai lagi orang kita sedar penipuan BN ni.

    ReplyDelete
  3. Tunggu dan lihat lah...jan ckap je banyak..PKR mau tawan sabah...bleh blah lah

    ReplyDelete
  4. Tidak tahulah bagaimana PRU-13 ini pula, mungkinkah BN masih boleh memenangi 24 daripada 25 kerusi, ataupun seperti apa yang diramal oleh Musli Oli?

    ReplyDelete
  5. Kita berharap rakyat Sabah akan memberi mandat kepada kerajaan yang paling sesuai untuk menjami masa depan negeri.

    ReplyDelete
  6. KL memujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia untuk melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata masuk dalam perangkap kerana selepas menyertai Malaysia ratusan ribu rakyat Filipina mendapat IC. Bijak sungguh UMNO Menipu orang Sabah!

    ReplyDelete
  7. unity and teamwork will ensure a great win for BN so it could remain as the ruling party.

    ReplyDelete
  8. banyak lg yg rakyat akan tahu bila BN tidak lagi berkuasa..bersamalah berdoa agar tiba saat itu..

    ReplyDelete
  9. Tiadanya tindakan K'jaan BN era Mahathir-Dollah-Najib thd korupsi Tan Sri musa Aman dan juga Taib Mahmud dan Dewa2 Kayangan yg lain samada sisatan yg telus dn pndakwaan menyebabkab lebih ramai mnteri2 kabinet BN sehingga sekarang cenderung utk mengamalkan rasuah bahkan telah seolah2 mndarah dn mendaging dlm diri mereka... Utk menyekat perkara ini dari terus berleluasa, dari hasil mahsul negara M'sia yg kaya ini berlegar hanya kpd bberapa kelompok elit pemerintah d kalangan UMNOPUTRA dab BNPUTRA, maka syugia lah rakyat yg celik hati dn minda merubah dgn tanda pangkah semasa PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  10. kalau bukan pengundi PTI saya fikir bukan 14 saja pembangkang dapat silap hari bulan....inda sampai 10 kerusi saja BN dapat....sekarang disabah bukan saja slogan INI KALI LAH TAPI ADA SLOGAN yang paling merunsingkan BN iaitu AMBIL SAJA BAH "BUKA BARU TAHU"

    ReplyDelete
  11. Kali ini kalu ada pengundi PTI di kawasan masing-masing.. Tangkap ja lepas tu sembelih dia...bikin maradang betul ni PTI ternakan BN ni..

    ReplyDelete
  12. pembangkang di sabah tidak akan mencapai persetujuan/ kerjasama untuk formula 1 VS 1...

    ReplyDelete
  13. walaupun PKR dan SAPP sudah mencapai persetujuan pengagihan kerusi ini tidak bermakna Star/UBA akan berdiam diri...sudah pasti Star/UBA juga ingin bertanding di kesemua kawasan...

    ReplyDelete
  14. ini bermakna sudah pasti akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru hampir di kesemua kawasan DUN dan Parlimen di sabah...ini adalah kelebihan buat BN sabah..

    ReplyDelete
  15. dan BN sabah akan menang pada pilihanraya akan datang sekiranya keadaan semasa di pihak pembangkang berkekalan sehingga tarikh penamaan calon..

    ReplyDelete
  16. kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  17. kalau tiada penipuan pilihanraya oleh BN, semuanya 50-50.

    ReplyDelete
  18. Setakat ini 50:50, kecuali 1 vs 1; 70% pembangkang menang Parlimen Sabah.

    ReplyDelete
  19. BN will still win the election due to the many parties in sabah.

    ReplyDelete
  20. Its just a prediction. In the end, its all up to the people to decide which party will win.

    ReplyDelete
  21. Opposition parties must cooperate in order to have a 1-on-1 fight with BN.

    ReplyDelete
  22. Ini hanya satu ramalan, tiada sesiapa yang tahu sama ada BN akan kalah 14 tempat pada PRU-13 sehingga kita mengira undian bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  23. Bila PRU-13, kita akan melihat bagaimana rakyat akan membuat pengundian.

    ReplyDelete
  24. Hope to see a fair and clean election during the next General Elections.

    ReplyDelete
  25. Tidak perlulah percaya sangat dengan janji Pakatan. mereka sebenarnya cuma memancing undi. janji2 mereka banyak yang tidak realistik.

    ReplyDelete
  26. Masa depan rakyat Sabah bergantung pada pilihan rakyat pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  27. Susahlah pmbngkang menang, SAPP & Star kacau daun, the two presidents want to grab a few seats for their party. So that kalau BN menang dua2 ini akan jadi KATAK. Kalau PR menang ada tawar menawar sekiranya diperlu to form the majority. Pendik kata ini 2 parti hanya mahu dapat kerusi ja bukan mmperjuangkan kehendak rakyat

    ReplyDelete
  28. Bukan apa tujuan mereka Yong Teck Lee dan Jeffery tamak mahu jadi ketua menteri saja. Jika beginilah keadaannya tiada ertinya perjuangan pembangkang, begitu juga PKR,DAP dan PAS semuanya parti dari Semananjung. Oleh itu sama juga UMNO dan parti lain seperti GERAKAN,MIC dan MCA dari Semenanjung, susah-susah saja akhirnya lebih baik menangkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah dan Parti BN untuk keseluruhan Malaysia.

    ReplyDelete
  29. kita tunggu ja PRU diadakan, baru kita tau keputusannya.

    ReplyDelete
  30. Kita lihat saja nanti selepas PRU13 nanti adakah benar apa yang Musli Oli katakan itu atau tidak.

    ReplyDelete
  31. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri dan kita berhak untuk mengutarakan pendapat kita selagi tidak berbaur negatif.

    ReplyDelete
  32. lagipun setiap pandangan itu belum tentu lagi kebenaranya.

    ReplyDelete
  33. Pastikan Sabah terus maju dan bukannya kebelakang.

    ReplyDelete
  34. Sabah Barisan Nasional component parties have been urged to remain united and steadfast, and must not be afraid to rebuke the opposition for their lies and slander against the government.

    ReplyDelete
  35. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said this when addressing a gathering of BN component leaders and supporters at the Sabah Umno building here yesterday.

    ReplyDelete
  36. “The BN election machinery must be in a strong position, united and ready to take on the opposition in the coming general election.

    ReplyDelete
  37. “We must strengthen our spirit, prepare and organise our machinery together in an orderly manner. We must not be complacent,” he stressed.

    ReplyDelete
  38. Musa who is also Sabah BN and Umno chief reminded all BN components to respect the decision on candidacy, saying there should not be any bickering over who has been picked as candidates but instead should work together to ensure victory for all BN candidates.

    ReplyDelete
  39. And, he also advised BN components to avoid internal squabbles or misunderstanding as it would result in disunity among party members.

    ReplyDelete
  40. He even cited the Malay proverb of “buang yang keroh, ambil yang jernih” which literally meant remove the dirty ones and take only the clean.

    ReplyDelete
  41. Hence, he reiterated BN must be together as one to face the opposition in the upcoming general election which was considered the most crucial as well as very important for the future of the people and country.

    ReplyDelete
  42. He added that BN has a remarkable track record that saw many development projects and programmes being implemented for the benefit of the people over the last 50 years.

    ReplyDelete
  43. In this respect, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has channelled multi-million allocations for Sabah to develop the education, security, health and agriculture sectors and also to boost the rural economy in the State.

    ReplyDelete
  44. The Chief Minister also urged the people not to gamble on their future solely for the personal interest of certain leaders.

    ReplyDelete
  45. “Do not make a mistake in selecting your representatives. Do not place your future on the opposition leaders who have no track record, who are opportunists and make only empty promises,” he said.

    ReplyDelete
  46. Musa meanwhile praised the Prime Minister, saying he had already proven his ability to govern the country well in just three years after taking over the helm of the country.

    ReplyDelete
  47. He said this was evidenced by the various programmes introduced for the benefit of the people including the 1Malaysia concept, Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKRA) and National Key Economic Areas (NKEA).

    ReplyDelete
  48. In addition, he said the Federal government also introduced the 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Shop, 1Malaysia People’s Menu, 1Malaysia People’s Welfare Programme and the 1Malaysia People’s Trust Scheme.

    ReplyDelete
  49. The BN government, he assured, would continue to implement more development projects and fulfil its promise to develop the whole of Sabah.

    ReplyDelete
  50. “The recognition accorded by a visiting foreign leader recently, who was so impressed with the progress, prosperity and harmony of our people, also spoke volume of the BN government’s efforts and achievements.

    ReplyDelete
  51. “Therefore, all BN leaders, from grassroots leaders to the community leaders must go down to the people to explain and inform them of the actual situation – that the BN government has always been concerned of their wellbeing. We have the facts and figures to support our claims,” Musa said.

    ReplyDelete
  52. Later, Musa presented letters of appointment to heads of the BN operation for the 25 parliamtary constituencies in the State.

    ReplyDelete
  53. Over 1,000 Sabah BN leaders, members and supporters attended the gathering.

    ReplyDelete
  54. aku hairan..knapa ada lagi org yg menyokong org yg terang2 mencabul hak negeri...WAHAI ORG2 TERSEBUT!! KAMU TAHU KAH APA YANG AKAN BAKAL TERJADI KALAU PTI2 INI TIDAK DIKAWAL2 DAN TERUS2 MENDAPAT IC...KO TAHU KA? KO PUNYA KETURUNAN AKAN KEHILANGAN TANAH, DORG AKAN BERHIJRAH KE BANDAR MAU CR KERJA, TAPI KALO DA TERLAMPAU RAMAI ORG DICAMPUR PULA DGN ORG BUKAN TEMPATAN YG TERUS2 BEBAS, KERJA KSONG TAK CUKUP!! JADI APA AKAN JD DGN MEREKA!! MEREKA TENTU AKAN MENJADI PERANTAU MEMBANTING TULANG DI NEGARA ORG, MCM ORG INDON,MCM ORG VIETNAM DI KL, MCM ORG LAOS DI KL,MCM ORG BANGLADESH DI KL, JADI APA?? JADI PELARIAN..KO TAU KA BYG2NYA SUDAH KELIHATAN!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.