Sikap mendiamkan diri Umno terhadap dakwaan wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing memperkukuhkan lagi hujah dan alasan yang diberikan sebelum ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan konspirasi itu minggu lalu percaya Umno mengambil langkah tidak melayan dakwaannya itu dibimbangi 'memakan diri mereka sendiri'.
"Saya percaya jika kerajaan Umno BN layan dakwaan saya, ia akan menjadi malapetaka besar kepada Umno BN dan akan menjadi 'api membakar diri mereka sendiri'," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, sikap membisu kerajaan itu sekali gus mewajarkan Yang DiPertuan Agong perlu membentuk Suruhanjaya Diraja dengan segera bagi meneliti dakwaannya itu.
"Sikap diam diri ini juga memperkukuhkan cadangan yang telah dibuat oleh PSC dalam laporan awal di mana mencadangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes yang sama di peringkat negeri Sabah.
"Sekarang ini bukan lagi menjadi isu yang terpencil di Sabah tetapi isu nasional," katanya.
Pendedahan wujudnya 'task force' oleh Ahli Parlimen Pokok Sena itu seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.
Namun, selepas seminggu ianya didedahkan, sehingga kini kerajaan belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan Mahfuz itu.
Mahfuz juga, bersedia mendedahkan butiran terperinci dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk nanti.
Bagaimanapun sehari selepas Mahfuz membuat pendedahan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.
Begitu juga, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. -HD
Sunday, April 15, 2012
UMNO Diam Hal Task Force IC Warga Asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa berani mengakui mongolia walaupun khabar dr peranchis adalah +ve???
ReplyDeleteMungkin kerajaan UMNO pun biasa sudah dengan tuduhan seperti ini, sekarang mereka malas nak layan.
ReplyDeleteTunggulah RCI untuk ditubuhkan dan kita akan menyiasat mendalam setiap dakwaan seperti ini.
ReplyDeleteRCI is needed.
ReplyDeleteSet-Up RCI in SABAH. That is a BEST OPTION. RCI for SABAHAN.
ReplyDeleteMemang sangat bahaya jika memang benar wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing. Dakwaan ini perlu disiasat.
ReplyDeletePokok tak akan bergoyang jika tiada angin dan ribut.
ReplyDeleterakyat sabah lebih arif dan tahu tentang kerakyataan kepada rakyat asing, dimana-mana daerah dan tempat pasti kedengaran PATI mendapat ic. penafian oleh menteri dan pegawai kerajaan yang terlibat hanya satu pembohongan besar, kerana rakyat tahu dan benar-benar tahu selama ini.
ReplyDeletemcm mana PTI boleh selesai, menteri KDN pun cakap tak perlu RCI di sabah. ini semua membuktikan pemimpin umno takut akan sesuatu. jadi rasanya mmg benarlah umno bn merekrut begitu ramai PTI jadi pengundi di malaysia khasnya di sabah. apa yang terdaya, aku cuma terdaya cakap UMNO BN itu celaka betul!! cehhh macam sial!!!
ReplyDeleteUMNO tak perlu nak laya dakwaan itu kerana ia tak ada asas kukuh pun.
ReplyDeleteSesiapa yang terlibat dalam projek ic memang pengkhianat negara no.1
ReplyDeleteBerani kerana benar, takut kerana salah. Diam tidak semestinya kalah, bising tidak semestinya menang.
ReplyDeleteDiam lagi bagus daripada terus membuang masa dengan isu yang direka oleh pembangkang.
ReplyDeleteUmno seharusnya tidak mereka takut jika benar mereka tidak terlibat dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.
ReplyDeleteAtau disebaliknya, pembangkang sengaja mereka cerita sedangkan merekalah yang mempunyai task force itu.
ReplyDeleteJangan membuat pertuduhan tanpa ada bukti dan siasatan yang dilakukan.
ReplyDelete