Ekoran dari kejayaan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir mengadakan perkumpulan secara aman menyokong BERSIH 2.0, pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) MENGAMUK SAKAN cuba menzahirkan bahawa mereka lebih hebat dari Tuhan membunuh masa depan pelajar.
Apabila ditanya, sudah tentu semua akan berbangga mendakwa bahawa Malaysia merupakan negara yang bertamadun menjunjung konsep DEMOKRASI. Bebas menyuarakan pandangan. Bebas menzahirkan pendirian. Namun hakikatnya apa yang tinggal hanyalah UNDANG-UNDANG RIMBA mencengkam rakyat dengan kuku yang ditempa dari besi. Amukan regim Malaysia melampaui benua Afrika memangsakan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.
Yang terbaru kes Mohd Firdaus Madzlan yang ditendang dari Kursus Darul Ifta’ kerana ‘kesalahan’ menganjurkan perkumpulan Bersih di Kaherah. Impian beliau yang akan menyambut majlis konvo 25 Julai ini musnah apabila pihak Jabatan Penuntut Kaherah a.ka. JPMK yang bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah mendesak pihak Darul Ifta’ mengugurkan nama Mohd Firdaus Madzlan.
Tidak cukup dengan itu, pelajar-pelajar yang ingin berurusan dengan JPMK akan DISOAL SIASAT oleh pegawai yang bernama KHAIRI JALALUDDIN tentang pembabitan dengan BERSIH. Dia akan mengeluarkan 3 album gambar untuk memeriksa samada pelajar tersebut menghadiri perkumpulan BERSIH ataupun tidak. Jika ada, dia akan memaksa pelajar tersebut supaya menyenaraikan penama-penama dalam gambar yang ditunjukkan.
Terkini pelajar-pelajar yang menetap di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) DIHALAU secara lisan oleh warden. Tindakan tersebut gara-gara kerana mereka terlibat dalam perkumpulan BERSIH.
Belum lagi dibongkarkan bagaimana kerja pegawai-pegawai JPMK dan KBMK berjumpa dengan dekan kuliah Ulum Islamiyyah Universiti al-Azhar berbekalkan gambar-gambar peserta BERSIH supaya nama yang disenaraikan DITENDANG dari Universiti al-Azhar.
Jika ingin diungkap dengan bahasa UMNO, bukankah semua pelajar Malaysia di Mesir merupakan orang Melayu? Kata sayang sangat dengan orang Melayu. Mengapa sanggup menyembelih nasib orang Melayu? Pelajar-pelajar di negara lain tidak dikenakan tindakan sekejam itu. Tak akan berani dengan bangsa sendiri je?
Jika kita amati UMNO BN banyak menangani isu BERSIH tuntutan rakyat dengan tindakan nekad. Pendek kata apa nak jadi, jadilah. Begitu juga apa yang berlaku di Mesir, inilah tindakan yang paling gila yang pernah dibuat oleh pegawai-pegawai.
Jika benarlah falsafah yang mengatakan ‘sesebuah kuasa jahat akan tumbang di kemuncak kejahatannya’, maka sekarang adalah detik UMNO BN di kemuncak ketakutannya dan akan sanggup melakukan apa sahaja untuk survival regimnya.
Tidak kira anda pelajar, penjawat awam, warga tua atau sebagainya, pastikan anda semua mencarum saham menumbangkan regim UMNO BN acuan Firaun.
Oleh: abu_zaim (tranungkite)
Tuesday, July 19, 2011
Amukan Regim UMNO di Mesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap rakyat akan menilai perkara ini dan mengambil tindakan dengan bijak.
ReplyDeleteJangan dicabar pihak berkuasa. Selagi mereka berkuasa, selagi itu mereka mampu buat apa saja.
ReplyDeleteharap konsep demokrasi itu diaplikasikan dan rakyat tidak dikenakan hukuman sewenang-wenangnya.
ReplyDeleteKonsep demokrasi harus difahami betul2 dan jangan disalah ertikan kebebasan yang ada.
ReplyDeleteBiar betul
ReplyDeletemasing-masing saling menyalahkan..jadi rakyat kena bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh.
ReplyDeletesemuanya impak dari rally 9 Julai yang lalu...
ReplyDeletekerana menyetrai perhimpunan dibuang Universiti. mmg mengecewakan.
ReplyDeleteHarap mereka akan dihalau dari Mesir nanti. Membuat kecoh ditempat orang lain bukan satu tindakkan yang baik.
ReplyDeleteitulah akibatnya nak sertai rally di negara orang.
ReplyDeletekebenaran tetp ditegak di mana2 walaupn d lapisan langit yg berbz.....
ReplyDeleteLooks like this BERSIH has an impact to many malaysian even those who are in oversea.
ReplyDeleteThe people ought to be given the chance to voice out.
ReplyDeleteTindakan kerajaan cuma memburukan keadaan. Pelajar ini terdedah di dunia luar sana, penyekatan yang dibuat terhadap mereka cuma mengundang penderhakaan yang lebih kuat.
ReplyDeletePelajar-pelajar muda ini berilmu dan berpandangan global, jika kerajaan fikir mereka senang dijinakan, itu satu tangapan yang menyedihkan kerana tidak pandai menilai keadaan.
ReplyDeleteApa akan jadi kepada penuntut ini jika mereka ditendang keluar dari Universiti?
ReplyDeleteCuma satu kemungkinan. Pembangkang menambah lagi penyokong yang berilmu dan aktif.
Nasib malang yang menimpa mereka bakal dijadikan bukti mereka sebagai mangsa tindakan tidak wajar.
ReplyDeletePasti ramai yang mnsimpati mereka.
Pembangkang dapat satu lagi senjata yang berkesan. Apa yang pembangkang perlu cuma menunggu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan dan itu pun cukup dah untuk dijadikan isu.
ReplyDeleteSampai bila mereka akan hentikan perbuatan atau tindakan yang tidak wajar ini?
ReplyDeleteTidak memahami hati rakyat bermakna mereka semakin menjauhi diri dari rakyat.
inilah bukti umno mmg pembela melayu! sbg pejuang ultra melayu, lepas ni tentu Ibrahim Ali akan menjerit marah sbb masa depan pelajar2 ini musnah bgitu saja!
ReplyDeletebatresiah: klu mereka buat kecoh d tmpat org, kenapa kerajaan malaysia yg desak pecat mereka? mesir xda polis n pihak brkuasa ke? akai ada ka?
ReplyDeletebagus la tu.. hasut semua pelajar2 merusuh.. tidak payah la sambung belajar.. nanti boleh la minta jawatan kabinet dari kerajaan Pakatan.
ReplyDelete