Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.
"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.
Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.
"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.
Memanipulasi
Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
Najib berkata jika BN boleh memanipulasi keputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.
"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.
"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.
Pada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
Serang institusi
"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.
- Bernama
Pastikan sistem biometrik ini tidak disalahgunakan.
ReplyDeleteBiar SPR berdialog dengan Bersih dahulu sebelum membuat keputusan.
ReplyDeleteharap dengan perlaksanaan sistem biometrik ini, tidak akan wujud lagi para pengundi hantu pada pilihanraya akan datang.
ReplyDeleteadakah sistem biometrik ini adalah untuk menggantikan penggunaan sistem dakwat kekal seperti yang dituntut oleh Bersih?
ReplyDeleteBeginilah permainan politik. Yang ada kuasa, mempunyai kelebihan. Yang tak berkuasa pula akan terpekik-pekik nak menentang.
ReplyDeleteSetuju dengan Ulam. Adakan dialog SPR dengan Bersih dahulu.
ReplyDeleteharap sistem ini dpt berfungsi dgn baik bagi memastikan piliharya berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah.
ReplyDeleteHarap sistem baru ini lagi selamat dan pasti sukar pengundi hantu akan muncul.
ReplyDeleteHarap2 sistem ini berjaya mencapai obejektif dan misi.
ReplyDeletePastikan sistem ini tidak ada kelemahannya dan sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
ReplyDeleteNampaknya kita akan menggunakan sistem ini tidak lama lagi kerana banyak khabar2 yang mengatakan PRU akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tidak sabar untuk mengetahui berjaya atau tidak sistem ini.
ReplyDeleteSerangan terhadap insttusi kerajaan tidak akan berlaku sekiranya institusi-institusi ini tidak buat kesilapan.
ReplyDeleteIs system good enough to ensure the election will be clean and fair??
ReplyDeleteI wonder what is BERSIH respond to this.
ReplyDeleteBiar apa yang dibuat BN, PAS Kelantan tetap menjajah. Tanpa penyelewengan dalam pilihan raya, kekalahan BN mungkin lagi teruk.
ReplyDeleteSistem biometrik dapat mengurangkan kesilapan atau penipuan dalam proses pengundian. Segala usaha SPM untuk mengadakan satu pilihan raya yang bersih dan adil, rakyat pasti akan sokong.
ReplyDeleteBenar kta PM, menang kalah pekara biasa, harus diterima dengan hati terbuka kerana itu kehendak rakyat dan dlam semangat demokrasi, suara majoriti mesti dihormati.
ReplyDeleteSPM tidak berkecuali. Itulah pandagan rakyat umum.
ReplyDeleteBaguslah kalau cara biometrik dapat menghapuskan kesilapan. Paling penting adalah pendirian SPM samada mereka cukup berkecuali atau tidak.
ReplyDeleteusaha untuk meningkatkan kualiti sistem/perkhidmatan perlu dilakukan dari masa ke masa.
ReplyDeletetidak heran jika selepas ini pemimpin2 pembangkang akan tampil membantah penggunaan biometrik. jika boleh, apa sahaja yang dilakukan oleh parti pemerintah akan dimanipulasikan sebagai mana mereka memanipulasikan perhimpunan Bersih.
ReplyDelete