Friday, July 22, 2011

Dalam Islam Ada Tradisi Demonstrasi

Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

“Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi,” jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

“Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

“Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih,” kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh ‘ulama Umno’, Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

“Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

“Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh,” kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

“Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq. -HD

17 comments:
Write comments
  1. Jadi Malaysia sebagai negara Islam perlu juga ikut tradisi ini?

    ReplyDelete
  2. Malaysia harus mengamalkan sistem pemerintahan yang bebas, adil dan telus dan ia harus mengikut syarak2 yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. biarlah Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi tanpa sistem yang korup.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni masing-masing ada hujah mereka sendiri dan yang mengelirukan adalah bila ada pihak yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan mereka. fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  5. Perbetulkan kelemahan yang ada. Jangan biarkan kelemahan sistem pemerintahan terus begini akan memburukkan nama itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. “Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq.

    setuju.

    ReplyDelete
  7. agama itu ibarat kompas..

    ReplyDelete
  8. Inilah pandagan dari salah satu tokoh terkenal terhadap Malaysia.
    Apa pandangan dunia terhadap kita tidak jauh dari beliau.

    ReplyDelete
  9. Beliau banyak memberi pandagan dan ajaran yang bernas.

    ReplyDelete
  10. Sya bukan muslim tapi bacaan ini dirujuk faktar yang kuat. Siapa boleh beri pandangan berdasarkan artikal diatas?

    ReplyDelete
  11. Tindakan yang meluru telah mengundang banyak komen negetif dari luar.

    ReplyDelete
  12. Sanggupkah kita terima nasihat dari Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan? Memang menyakinkan pandangan beliau.

    ReplyDelete
  13. Islam membenarkan demonstrasi aman? Jadi kenapa kerajaan menghalang Bersih?

    ReplyDelete
  14. Kerajaan korup mana mau turun sebab takut semua kesalahan akan dibungkar dan dibicarakan macam contoh rumah menteri besar/ketua memteri aduh mahligai darimana dapat duit sedangkan gaji baru berapa?

    ReplyDelete
  15. bagaimana pula jika demo itu dianjurkan semata2 untuk memperjuangkan kepentingan pihak tertentu? agenda yang ditimbulkan tidak pernah dibangkitkan dalam perlimen, stadium shah alam sudah disediakan, tapi mahu juga stadium yang sempit malah struktur bangunannya tidak selamat...

    ReplyDelete
  16. THe downside of demo is that many people could get injured.

    ReplyDelete
  17. Neway, this is a very interesting article. I hope Najib get to read it.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.