Tuesday, July 26, 2011

Fernandes : HQ AirAsia kekal di M'sia

Bos AirAsia Datuk Tony Fernandes hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu akan memindahkan operasinya dari Malaysia ke negara jiran Indonesia.

Beliau menyifatkan organisasi media yang menyiarkan laporan itu sebagai "mengarut".

tony fernandez interview 220109 06Dalam siri tweet menjawab laporan tersebut, Fernandes membayangkan tidak ada rancangan untuk memindahkan ibupejabat AirAsia ke Indonesia.

"Ibupejabat AirAsia sentiasa kekal di Malaysia. Kami dilahirkan di Malaysia. Rumah saya adalah Malaysia.

"Saham kami disenaraikan di Malaysia. Harap ini dapat jelaskan keadaan. Mengarut bagaimana beberapa akhbar putar belit perkara itu," katanya dalam tweet yang dihantar sekitar jam 5 petang.

Fernandes tidak menafikan rancangan AirAsia untuk memperluaskan pejabat pentadbiran di Indonesia, jelasnya dalam satu lagi tweet lain bahawa pejabat Jakarta adalah sebahagian daripada rancangan untuk peringkat serantau.

"Asean adalah penting kepada banyak syarikat Malaysia. Kerajaan kita beritahu kita pergi ke peringkat serantau dan itulah yang kami lakukan. Asean terletak di Jakarta. Itulah sebabnya mengapa pejabat Asean kami di sana, "katanya. -MK

12 comments:
Write comments
  1. Kalau Air Asia juga berpindah. Habislah rakyat yang terpaksa membeli tiket penerbangan yang mahal. Masa tu, bukan everybody can fly, tapi Nobody can fly.

    ReplyDelete
  2. dakwaan tu biarlah berasas.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang sudah bergantung kepada Air Asia. jika syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah saya pasti ramai yang tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  4. Air Asia dilahirkan di Malaysia dan ia patut terus berada di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Itu terpulang dengan keputusan AirAsia sendiri untuk menetapkan dimana saja pejabat utama mereka.

    ReplyDelete
  6. Khabar angin saja tu. HQ AirAsia akan kekal di M'sia.

    ReplyDelete
  7. By the way, Sir Richard Bransen dah pakai baju stewardess itu kah?

    ReplyDelete
  8. itu hanya khabar angin saja. Datuk Tony Fernandes sudah pun menafikan dakwaan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu akan memindahkan operasinya dari Malaysia ke Indonesia.

    ReplyDelete
  9. bagus juga2 beri peluang pada rakyat malaysia yang lain buka lagi penerbangan tambang murah,every body can fly always...

    ReplyDelete
  10. Why would Airasia hq move to Indonesia.. doesn't make sense at all. Air Asia belongs to a Malaysian, so it will definitely still be in Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Luckily Fernandes clear this matter up.

    ReplyDelete
  12. mungkin ada salah faham sedikit. tapi kalau boleh siarkan la maklumat yang tepat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.