PETALING JAYA: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang ditahan polis ketika majlis pelancaran pengibaran bendera Jalur Gemilang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan beliau ada hak untuk berjumpa dan menegur perdana menteri.
“Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat.
Demi rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau bersama enam ahli AMK yang lain ditahan di KL Sentral semalam kerana dikatakan cuba menyampaikan memorandum kepada Najib.
Bagaimanapun, Mohd Fareez menegaskan beliau bukan seorang teroris.
“Dear PM, my name is Fareez. And I’m not a terrorist.”
“Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan mensabotaj program edaran Jalur Gemilang.
Tentera upahan Umno
“Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu mencedera dan membunuh Perdana Menteri hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).
“Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hattaPapa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.
“Maka, demi memelihara keselamatan PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan mencabar kesabaran rakyat lagi,” katanya.
Mohd Fareez berkata, penahanan semalam juga menggambarkan seolah-olah beliau dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini.
“Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya,” tambahnya. -FMT
Friday, July 29, 2011
Mohd Fareez : Saya Ada Hak Untuk Temui PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
main serbu2 macam tu, mmglah kena tahan. dah jadi tanggungjawap polis untuk jaga keselamatan PM. lepas tu nak salahkan polis la tu.
ReplyDelete“Dear PM, my name is Fareez. And I’m not a terrorist.”
ReplyDeleteMacam kenal saja ayat ini. Tiru dari filem My Name is Khan rupanya.
Tidak tahulah macam mana dengan politik sekarang.
ReplyDeleteTidak salah jika ada yang menuduh anda ingin membunuh PM kerana dari perlakuan anda yang menganas seperti harimau kelaparan sudah tentu saja orang lain memikirkan yang sebaliknya.
ReplyDeleteLain kali jika tidak mahu diperkatakan oleh orang lain jangan lakukan sesuatu yang menampakkan anda seorang yang jahat.
ReplyDeleteKalau dah tiba2 serbu begitu, memanglah polis pun terus bertindak. Siapa2 pun akan terkejut dan lebih2 lagi dengan keadaan sekarang yang banyak menghentam kerajaan.
ReplyDeleteApa niat sebenar ingin jumpa PM?? PM perlu diawasi keselamatannya.
ReplyDeleteTapi jangan sampai mendatangkan curiga kepada orang lain.
ReplyDeleteKalau iya pun nak jumpa, elok2lah. Jangan bagi orang suspend.
ReplyDeletelain kali ikutlah protokol..bukan main serbu ja..
ReplyDeleteinilah jadinya bila rakyat mula d tindas....yg kaya bertambah kaya...yg ada suku sakat dlm menteri selalu dpt kelebihan....sejarah parti usno..berjaya...pbs..akhirnya kita yg tak ada tetap d tindas..pendatang yg sanggup bayar beribu utk satu-satu urusan akan berjaya....andai kata kita dermakan berjuta-juta ringgit pd pm...tak perlu mohon..mereka akan bagi jumpa tanpa protokol..cuba fikirkan....keluarlah dari pati sekejap...tak kiralah..pas'pkr.mca.mic.omno dan yg lain...lihat d mana kita sebagi rakyat biasa tanpa parti....yg salah tetap salah..yg bener tetap benar
ReplyDeletekenapa PM perlu dengar permintaan Fareez untuk letak jawatan? rakyat sendiri yang akan buat keputusan itu.. jadi saya harap Fareez bersabar.. kalau mahu hantar memorandum, ikut la protokol.. kenapa perlu hantar memorandum ketika PM sedang melancarkan majlis??
ReplyDeletehantar memorandum tu buatlah cara yang betul.
ReplyDeleteYa Isaac. Janganlah hak yang ada disalahgunakan. huhu
ReplyDeleteApapun, harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteJika sahabat Fareez bertujuan nak hantar memorandum kepada PM, cuba ikut cara yang betul supaya memorandum dapat dihantar ke tangan PM dan beliau juga tidak diambil tindakan sebegini. Fikir sebelum bertindak.
ReplyDelete