Saturday, July 30, 2011

Agihan kerusi akan uji perpaduan Pakatan

NONEPemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri akan memuktamadkan pengagihan kerusi yang bakal dipertandingkan setiap parti gabungan itu pada Ahad, 31 Julai ini, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Namun Lim yang juga penasihat DAP tidak menolak kemungkinan gabungan itu memerlukan lebih banyak masa bagi emnyelesaikan pembahagian kerusi itu.

Katanya, yang lebih signifikan sekarang adalah bagaimana - PKR, DAP dan PAS - mampu mengketepikan perbezaan mereka dan memenuhi tuntutan setiap parti yang mahu berkembang mengikuti peredaran zaman dalam arena politik Malaysia.

Bagi DAP, kata Lim “sudah tiba masa” bagi mereka meluaskan pengaruh daripada tumpuan di kawasan majoriti Cina dan pusat bandar dan menjangkaui kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan visi penubuhan parti itu.

NONE"Ini akan baik untuk Pakatan, bahawa DAP akan menjadi parti pelbagai kaum dan tidak lagi tertumpu di kawasan bandar. Jadi kita boleh terus kepada orang Melayu, Kadazan dan Iban... ini adalah perkara yang mahu kami lakukan,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.

Lim mengakui hasrat DAP itu mungkin menjengkelkan rakan-rakannya dalam Pakatan tetapi mengelak mengulas lanjut isu itu dan menekankan bahawa rundingan masih dijalankan pada peringkat negeri.

Katanya, pemimpin di peringkat negeri adalah yang terbaik bagi menentukan agihan kerusi di kalangan ketiga-tiga parti itu. Ini kerana mereka mengetahui tempat berkenaan lebih baik dan juga berhubung tuntutan dan cabaran di sesuatu kawasan.

Minda Pakatan

"Ini adalah perkara yang perlu diselesaikan. Terlalu awal bagi peringkat nasional untuk membincangkannya, (lagipun) ia masih dirunding pada peringkat negeri,” kata Lim.

NONEMenurutnya, pemimpin Pakatan telah meminta mereka pada peringkat negeri supaya menangani sebarang masalah yang wujud terlebih dahulu dan jika ia tidak boleh diselesaikan, maka barulah perkara berkenaan akan dibawa ke peringkat nasional.

Namun, katanya, keutamaan adalah supaya sebarang isu diselesaikan sebanyak mungkin pada peringkat negeri.

Diasak menjelaskan rancangan DAP untuk bertanding di kerusi campuran atau mungkin juga kawasan majoriti pengundi Melayu yang mungkin meretakkan hubungannya dengan PKR dan PAS, Lim mengakui “keputusan yang sukar” mungkin terpaksa dibuat.

"Paling penting kita mesti ada minda PR (Pakatan). Selepas tiga tahun, saya fikir terdapat kesedaran bahawa cara berfikir sebagai PR mesti ada, tidak boleh lagi sebagai parti individu. Perlu diingatkan pada pilihan raya umum 2008, tidak ada Pakatan Rakyat.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching side profile"(Ini) kali pertama Pakatan akan bertanding pada pilihan raya umum sebagai sebuah gabungan, satu kumpulan... sekurang-kurangnya selepas tiga tahun ada pendapat bahawa perlu ada sikap atau minda PR, bagi memikirkan apa yang terbaik demi kepentingan Pakatan.

"Saya fikir bagi rundingan agihan kerusi, perkara itu akan digunakan. Ia tiada pada 2008 kerana setiap parti individu membincang dan cuba mendapatkan kerusi yang pada pendapat mereka boleh dimenangi.

"Sekarang saya fikir, ada elemen tambahan, yang akan dipertimbangkan secara serius, iaitu apa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat," kata Lim. -MK

21 comments:
Write comments
  1. Lim sudah mengatur langkah untuk kerjasama dengan parti pembangkang yang lain..... Teruskan usaha mana la tahu kot2 usaha ini akan akan mendatangkan kesan positif kepada ketiga2 pihak.

    ReplyDelete
  2. Berjaya atau tidak kita tunggu dan lihat. Adakah usaha mereka ini akan mendapat respon positif dari rakyat...

    ReplyDelete
  3. harap tiada yang bergaduh2 dengan isu agihan kerusi ni.

    ReplyDelete
  4. masalah agihan kerusi sering berlaku dalam Pakatan, lihat lihat samada agihan kerusi mereka kali ini baik atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Kalau Pakatan enggan bersatu, jangan harap boleh menang.

    ReplyDelete
  6. Jadi nanti mereka akan berada di bawah satu bumbung(PR)? Dan ketiga-tiga parti ini menjadi pari komponen dalam PR? Kalau bendera Bn ialah dacing, PR pula bagaimana?

    ReplyDelete
  7. Mari kita tengok kalau ada kesepakatan dalam Pakatan ini.

    ReplyDelete
  8. LOL. Lim Kit Siang sangat bergaya dengan spek mata hitam. Silau ba.

    ReplyDelete
  9. Tidak sabar rasanya mahu tengok semua bertanding.

    ReplyDelete
  10. Kita lihat sendiri keadilan bagi pemberian kerusi mereka. Adakah mereka akan bersutuju atau sebaliknya berlaku.

    ReplyDelete
  11. tunggu dan lihat sajalah bagaimana mereka akan menguruskan agihan kerusi tersebut.

    ReplyDelete
  12. Bah...jangan lagi gaduh mcm masa PR negeri Sarawak ok..

    ReplyDelete
  13. Bahang pru makin terasa oo./. Harap semuanya berjalan lancar dan takdalah yang tak baik berlaku. hehehe

    ReplyDelete
  14. So rakyat harus membuat penilaian yang terbaik dan buat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  15. Masalah ini bukan dihadapai PR saja juga dihadapi BN.

    ReplyDelete
  16. Pekara ini menjejaskan peluang kemenangan PR dalam PRU akan datang jika tidak diselesaikan ke tahap 'win win'.

    ReplyDelete
  17. Ini isu yang menyakitkan kepala pucuk pimpinan PR. Salah langkah, kemenangan besar ditangan BN.

    ReplyDelete
  18. Di Sabah ini SAPP juga merebut kerusi, susah nak bahagi kek ini.

    ReplyDelete
  19. Tengok, LIM pun garu kepala ketika diacu soalan ini. Pasti BN memperalatkan isu ini sebagai senjata mereka menyerang PR.

    ReplyDelete
  20. Perundingan dengan hati terbuka dan rendah diri mempengaruhi kejayaan pembahagian kerusi PR.

    ReplyDelete
  21. Pakatan sentiasa berhadapan dengan masalah setiap kali tiba waktu pilihanraya.. kalau boleh semua komponen Pakatan mahu meletakkan calon di semua kawasan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.