Seorang lagi tokoh Umno hari ini tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan dialog dengan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini.
Bekas Menteri Perlancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memberikan saranan itu selain menekankan perlunya Najib berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.
"Kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara," ujar beliau.
Justeru, tokoh veteran Umno itu mahukan berkata kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak.
Kerajaan mengisthiarkan Bersih yang menggabungkan 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai gerakan haram pada awal bulan ini.
Puluhan ribu orang yang menyertai perhimpuan Bersih 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.
Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.
Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis. Enam individu lain ditangkap dibawah Ordinan Darurat yang membolehkan seseorang ditahan tanpa perbicaraan.
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan dan mantan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Najib supaya tidak bersifat konfrontasi terhadap Bersih yang hanya menzahirkan tuntutan awam untuk proses pilihanraya yang lebih telus dan adil.
Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan menggesa Najib supaya bergerak seiring dengan ketamadunan masyarakat yang berdaya saing dan intelektual, dan bukan menyekat hak rakyat untuk bersuara.
Beliau menjelaskan sekiranya kerajaan mampu membuktikan ia melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka rakyat tidak akan mempunyai alasan untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
Abdul Kadir berkata demikian selepas majlis pelancaran "Angkatan Amanah Merdeka" (Amanah) pagi tadi.
Abdul Kadir berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini menyaring maklumat berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah antarabangsa The Economist hanya membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan.
Pendekatan sedemikian ketinggalan zaman dan hanya menimbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba melindungi maklumat daripada sampai kepada orang awam, tegas beliau. -tvsnews
Saturday, July 23, 2011
Bekas Menteri Penerangan Gesa Najib Henti Sekat Suara Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak bersuara sangat lemah terutamanya di negara-negara asia. Walaupun di negara maju seperti Singapura, hak bersuara juga dikawal oleh kerajaan.
ReplyDeleteMungkinkah satu perubahan melanda negara Malaysia dalam kebebasan bersuara?
ReplyDeletekebebasan bersuara harus diberikan kepada rakyat.
ReplyDeletediharap kepincangan proses pilihanraya di negara ini dapat diatasi dengan baik.
ReplyDeleteKerajaan harus menangani masalah ini dengan bijaksana.
ReplyDeleteKerajaan perlu bersikap lebih terbuka dalam mendengar suara rakyat. Semakin kerajaan menyekat dan bersikap tertutup, rakyat akan semkain curiga dan akan hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan.
ReplyDeleteRasanya tidak ada guna lagi kita menceritakan perkara BERSIH ini. Sekarang rakyat memang berhak bersuara untuk memperbaiki kelemahan kerajaan. Kerana kerajaan tidak akan tahu kesilapan dan kelemahan mereka. Tapi rakyat nampak semua itu.
ReplyDeleteterlalu bebas boleh menyumbangkan kepada perkara yang tidak baik kerana boleh membuat tindakan dgn sesuka hati. oleh itu, kawalan mmg perlu ada.
ReplyDeleteBekas menteri penerangan ini sibuk sangat lah. Baik dia saja yang pergi bertemu dengan pihak bersih.
ReplyDeleteKebebasan harus ada hadnya. Macam juga pergaulan tanpa had lebih banyak negatifnya dari positifnya.
ReplyDeleteya, Najib perlu berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.
ReplyDeletesekarang imej Najib pun terjejas di mata dunia akibat rally yang lalu.
ReplyDeletePeople should be given the chance to voice out !
ReplyDeleteBy listening to what the people has got to say could help improve the government.
ReplyDeleteTindakan penyaringan mkalumat dlam majalah Economist adalah satu tindakan yang paling bodoh, lucu dan memalukan negara.
ReplyDeleteSuara rakyat tidak mungkin disekat pada zaman ini dengan adanya internet.
ReplyDeleteApa yang terjadi di Mesir boleh dijadikan rujukan. Semuanya angkara penafian suara rakyat.
ReplyDeleteAda juga dalam kalangan UMNO yang tidak berapa setuju dengan tindakan kerajaan terhadap Bersih.
ReplyDeleteKebanyakan ahli politik ini cuma akan bersuara untuk rakyat setelah mereka tidak aktif lagi dalam arena politik.
ReplyDeleteApakah tujuan dan misi 'Angkatan Amanah Merdeka' ini ditubuhkan?
ReplyDeletepekara seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan semua.
ReplyDeletesebenarnya kebebasan yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. hakikat ini kurang diketahui oleh masyarakat umum. ini kerana pihak2 yang mendakwa diri mereka sebagai juara kebebasan sengaja menyembunyikan fakta2 ini supaya masyarakat umum dapat dikelirukan bahawa kebebasan mereka termasuk kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun secara aman adalah kebebasan yang hakiki dan tanpa batas atau sekatan.
ReplyDelete