Majalah antarabangsa The Economist akan menyiasat tapisan atau suntingan Kementerian Dalam Negeri ke atas keluaran terbarunya berhubung laporan perhimpunan BERSIH 2.0 kata pengurus jenamanya Caroline Marrows.
"Kami akan siasat dakwaan itu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.
"Saya boleh sahkan sebarang bentuk tapisan dalam The Economist di Malaysia minggu lalu bukan kerja kami sendiri. Namun buat masa ini, kami tidak mahu mengulas lanjut.”
Marrows juga berkata majalah mingguan itu juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung motif kerajaan Malaysia membuat tapisan itu.
Kementerian Dalam Negeri telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antrabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.
Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal.
Dalam emel berasingan kepada Malaysiakini, timbalan editor The Economist edisi Asia John Parker berkata kerajaan Malaysia membuat tapisan tanpa memaklumkan kepada majalah itu terlebih dahulu.
Sementara itu, setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan menggelirukan.
Ayat-ayat yang dipadamkan itu adalah berkaitan dengan dakwaan salah laku polis dan kerajaan ketika menghalang perhimpunan Julai 9 yang menyaksikan hampir 1,700 peserta ditangkap.
Laporan akhbar The Star, memetik Abd Aziz berkata keputusan dibuat setelah berunding dengan pihak polis dan kementeriannya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada penerbit majalah tersebut.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat. -mk
Thursday, July 21, 2011
Economist akan siasat tapisan BERSIH 2.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa sebenarnya yang menghitamkan muka surat tersebut.
ReplyDeletetunggu sajalah perkembangan dan penjelasan mengenai pekara ini.
ReplyDeleteharap The Economist dapat menyiasat dan mendedahkan perkara yang sebenarnya.
ReplyDeleteayat2 tersebut dihitamkan kerana ia memberi pandangan dan imej negatif kepada tindakan pihak polis semasa perhimpunan Bersih.
ReplyDeleteTindakan KDN menghitamkan ayat2 tersebut tentu ada sebabnya.
ReplyDeleteSebarang laporan wajar ditapis untuk mengelakkan salah faham.
ReplyDeletebenarkan ia dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri atau ia oleh pihak lain yang ingin memburukkan nama KDN.
ReplyDeleteSiasat jangan tak siasat.
ReplyDeleteTeruskan siasatan. Cari siapa yang melakukan perkara ini sebenarnya.
ReplyDeleteTindakan yang lebih dan melucukan.
ReplyDeleteTahu tak, pembaca akan rasa lebih ingin tahu apa isi kandung yang dihitamkan. Mereka boleh cari online.
ReplyDeletePekara ini memalukan kita. Sungguh hairan apa motif pegawai yang memutuskan berbuat demikian.
ReplyDeleteGolongan pembaca economist terdiri dari golongan berpendidikan dan berfikiran matang. Menghitamkan sebahagian isi tersebut cuma merosakan reputasi pihak berkenaan dan tidak membawa apa-apa kesan.
ReplyDeletePegawai berkenaan harus dipanggil dan diminta penjelasan berkenaan tindakan beliau.
ReplyDeleteBoleh baca artikal penuh online bah, takan tak tahu.
ReplyDeletelebih baik wartawan The Economist buat kajian sendiri bukan berdasarkan laporan individu tertentu yang sudah tentu lebih bersifat berat sebelah. seperti isu stadium, Najib menawarkan stadium Shah Alam yang lebih luas dan selamat, bukannya stadium Merdeka yang sempit dan sedang dalam penyelenggaraan..
ReplyDeleteThat's just crazy to sensor it.
ReplyDeleteAgree with Tajudin. These article could be easily obtained through internet. There is no way they can sensor that.
ReplyDelete