Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan 9 Julai lepas untuk ditayangkan lagi di mana-mana stesen televisyen di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan telah menayangkannya.
“Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video tersebut, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Kita berterima kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.
“Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut,” katanya selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.
Khalid berharap dengan penayangan klip video tersebut tidak ada lagi pihak-pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas. -TMI
Wednesday, July 27, 2011
Video PDRM Tak laku: Hanya RTM Setuju Tayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa mahu tengok boleh layari web PDRM.
ReplyDeleteTidak tahulah berapa orang akan menonton video ini?
ReplyDeletemsti ramai nak menontonnya.
ReplyDeleteharap video ni menayangkan semua peristiwa semasa perhimpunan Bersih. jangan ada yang dipilih2 saja bagi menyebelahi mana2 pihak.
ReplyDeletemungkin video di youtube lebih ramai yang tonton.
ReplyDeleteBagaimana dengan video2 yang merakamkan keganasan polis? Video2 tersebut lebih banyak tersebar di internet dan mempunyai jumlah penonton yang banyak.
ReplyDeleteDiharap PDRM telus dalam penayangan video ini.
ReplyDeleteramai yang ingin melihat video yang menayangkan perhimpunan tempoh hari.
ReplyDeleteAntara kisah yang terjadi di perhimpunan pada 9 Julai
ReplyDeleteJadi kenapa mereka-mereka diluar sana. Cuba buat perbandingan dari dua sumber video ini. Dari PEMBANGKANG dan juga pihak POLIS.
ReplyDeleterakyat yang terlibat dalam perhimpunan 9 Julai lepas lebih mengetahui kejadian sebenar..
ReplyDeleterakyat pandai-pandailah menilai..
ReplyDeleteyoutube lagi original tanpa edit so fikirkanlah ?
ReplyDeleteVideo PDRM Tak laku: Hanya RTM Setuju Tayang berapa kosnya?
ReplyDeletemacam mana sekalipun tidak laku, saya yakin orang awam tetap teringin untuk melihat sendiri..
ReplyDeleteRakyat kini pandai menilai. Jangan cuba mengelirukan rakyat, itu cuma menambah ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan.
ReplyDeleteTiada stesen lain yang rela menayang video polis? Harap polis terima mesej dari keadaan ini.
ReplyDeleteHarap polis faham tahap kepercayaan rakyat terhadap mereka. Jika keadaan ini berterusan, ia bakal jadi satu krisis.
ReplyDeleteRTM dimiliki kerajaan. Mereka tiada pilihan lain.
ReplyDeleteWalau semua stesen menayang video pdrm, belum tentu rakyat mempercayai video pdrm.
ReplyDeleteJangan edit video yang hendak ditayangkan.
ReplyDeleteSememangnya rakyat Malaysia ni dapat membezakan yang benar dan palsu.
ReplyDeleteJika kesemua video ni benar dan bukannya dibuat "touch-up".. Digalakkan ditayangkan supaya membuktikan bahawa PDRM bercakap dan bertindak benar.
ReplyDelete