Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai. Gambar fail.
Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.
“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.
Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.
“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.
“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.
“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,” ujarnya.
Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.
“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.
Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.
Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.
“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -HD
Thursday, July 21, 2011
BERSIH 2.0: Lagi Mangsa Keganasan Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah terjangka perkara macam ini akan berlaku.
ReplyDeleteAwal2 lagi sudah diberi amaran supaya tidak menyertai perhimpunan ini kan.
ReplyDeletepelbagai dakwaan timbul..semua pihak pun saling menyalahkan..inilah antara kesan yang berlaku selepas perhimpunan.
ReplyDeletetindakan polis ni agak keterlaluan juga.
ReplyDeletesaya pasti lepas ni ada sudah yang serik untuk mengikuti perhimpunan seperti ini. tapi harap2 tiada lagi perhimpunan Bersih jalanan yang seterusnya.
ReplyDeletePihak polis harus menyiasat setiap aduan yang dibuat.
ReplyDeletepolis minta dia menyerahkan baju Bersih tersebut, tapi dia enggan, itupun satu provokasi kepada pihak polis.
ReplyDeleteTeruskanlah usaha anda untuk memberikan keterangan yang tidak pasti kebenarannya lagi.
ReplyDeleteI don't think the police would do such thing.
ReplyDeleteNeway, he should had just hand the shirt over to the police.
ReplyDeleteNmapaknya kerajaan kena tubuhkan badan penyiasatan khas untuk menyiasat tuduhan-tuduhan terhadap polis menggunakan kekerasan yang terlampau terhadap rakyat yang tidak berdosa.
ReplyDeleteKlip-klip video dalam internet banyak mendedahkan gambar polis belasah rakyat yang tidak bersenjata dan ini bercanggah dengan kenyataan polis.
ReplyDeleteSiasat tuduhan berkenaan dengan adil dan bersih. Jangan menutup kesilapan yang berlaku.
ReplyDeleteJika kekerasan digunakan kerana polis berdepan dengan peserta yang bersenjata ia munasabah. Tapi banyak gambar jelas menunjukan orang yang mereka pukul itu tidak memegang apa-apa dalam tangan.
ReplyDeleteSampai hati polis-polis ini memukul orang yang tidak berdosa? Mereka lupa akan sumpah mereka bahawa tugas mereka adalah melindungi rakyat jelata.
ReplyDeleteJangan lupa tugas kamu adalah melindungi harta benda rakyat dan keselamatan rakyat.
ReplyDeletepatutnya kalau 20 orang anggota polis yang belasah dia ni, dia takkan sampai ke Pulapol.. dia sampai ke hospital dulu.. apa2pun saya harap polis dapat buat siasatan dengan jujur dengan tidak memihak kepada anggota polis..
ReplyDelete