Pemimpin Pakatan Rakyat berikrar meneruskan momentum perhimpunan BERSIH 2.0 dengan mengambil inisiatif desakan pembaharuan sistem pilihan raya yang dituntut pertubuhan itu disebarkan kepada penduduk luar bandar.
"Kami sedar impak BERSIH hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai BERSIH,” kata penolong setiausaha publisiti DAP Teo Nie Ching.
Perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat khas pemimpin Pakatan di Petaling Jaya hari ini bagi meninjau sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum pertengahan 2013.
Mesyuarat tiga hari itu, antra lain bertujuan mensinergi perhubungan media antara tiga gabungan parti berkenaan, PAS, PKR dan DAP.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur menuntut pembaharuan dalam sistem pengundian negara atas alasan pilihan raya sekarang tidak telus dan seringkali di manipulasikan.
Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh 62 NGO itu mendesak mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.
Namun, kerajaan bertindak keras bukan sahaja kepada penganjur BERSIH 2.0 tetapi juga penyokong mereka semasa perhimpunan itu.
"Keputusan ini akan dibincangkan dengan (pengerusi BERSIH 2.0) Datuk Ambiga (Sreenevasan)," kata Teo, yang juga ahli parlimen Serdang. -MK
Tuesday, July 19, 2011
PR ikrar teruskan momentum BERSIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkinkah PR sebalik perjuangan Bersih?
ReplyDeleteTeruskan perjuangan sehingga matlamat dicapai.
ReplyDeleteharap 8 tuntutan Bersih dapat dicapai dan pilihan raya dapat dijalankan dengan bersih dan adil.
ReplyDeletePR hanya mengambil kesempatan dalam hal ini untuk memperkasakan pengaruhnya.
ReplyDeletePenyokong pembangkang lebih banyak daripada penyokong sebenar Bersih semasa perhimpunan baru2 ini.
ReplyDeletenampaknya isu bersih ni masih lagi dimainkan..
ReplyDeletenampakny mereka cuba nak pengaruhi masyarakt luar bandar pula untuk sertai bersih.
ReplyDeleteSelagi belum tiba PRU selagi itu Pembangkang akan mendesak kerajaan. Dengan adanya BERSIH inilah peluang pembangkang untuk kejayaan mereka.
ReplyDeleteBERSIH Memang BERSIH
ReplyDeleteCara paling baik mematikan momentum Bersih adalah memgadakan perubahan besar sistem pilihan raya supaya benar-benar bersih dan adil.
ReplyDeleteWarga kampung harus sedar agar negara dapat melangkah menuju arah yang betul dan cerah.
ReplyDeleteKeegoaan tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak. Nasihat dan kehendak rakyat diterima dengan sikap rendah diri.
ReplyDeleteSuara rakyat tidak boleh disekat. Semakin ditekan, kuasa pantulannya semakin kuat.
ReplyDeleteKenapa isu ini ditangani dengan cara yang begitu buruk sekali dan membuka peluang untuk pembangkang meraih sokongan??
ReplyDeleteBuatlah sesuatu untuk menamatkan isu ini. Semua pihak duduk bersama berunding dengan sebaik-baiknya demi faedah rakyat.
ReplyDeleteJust as long BERSIH will not cause problem to Malaysia, then its ok for BERSIH to conduct its demo.
ReplyDeleteAll the best to BERSIH in achieving its mission.
ReplyDeletePR terdesak untuk merampas kerajaan melalui jalan pintas dengan menyusahkan rakyat. mereka sebenarnya tahu bahawa mereka tetap akan kalah kerana kurang sokongan, sebab itu lah mereka terpaksa guna cara yang paling tidak demokratik ini untuk merampas kerajaan.. saya harap usaha PR ini tidak akan berjaya..
ReplyDelete