Tuesday, July 26, 2011

Tembelang Siapa Yang Terbongkar?

AKHIRNYA, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (Gambar) yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat laporan susulan.

“Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa;

Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya
.”

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN (sabahkini)

37 comments:
Write comments
  1. Datuk Shafie perlulah memberi penjelasan mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  2. Pemberian projek kepada kroni tidak hanya berlaku di Sabah dan Sarawak sahaja. Tapi juga di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  3. adakah dakwaan ini benar?harap SPRM menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Projek sepatutnya diberikan kepada yang layak dan bukan di kalangan saudara terdekat saja.

    ReplyDelete
  5. hak ini perlu disiasat samada ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana bukti ini didapati? Adakah ia dari sumber yang boleh dipercayai? Atau sekadar cakap2 kerana tak puas hati?

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Salim. Di mana atau siapa2 yang jadi pemimpin pun memang akan memberi projek tersebut kepada kroni2 mereka. Mesti pandai mahu sapu2 mah..

    ReplyDelete
  8. Siasat perkara ini. Pihak berkuasa harus bersikap lebih adil dalam menjalankan penyiasatan mereka.

    ReplyDelete
  9. kita sendiri pun tidak tahu sama ada pekara ini benar atau tidak. sebaiknya penjelasan berhubung pekara ini diberikan.

    ReplyDelete
  10. siasatan perlu untuk mengetahui kebenaran isu ini.

    ReplyDelete
  11. Shafie perlu mengeluarkan statement mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  12. Jangan membazirkan wang rakyat.

    ReplyDelete
  13. Kontraktor yang tidak berpengalaman perlu mengukur sejauh mana kebolehan dan kemampuan sebelum mengambil tender projek.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya isu KKLW semakin hangat dimulut pembangkang. KKLW sering kali memberikan apa projek kepada keluarga beliau sendiri. Tapi ini kita sendiri tidak pasti lagi. Itu tidak penting sekarang. yang penting iaitu projek itu terlaksana dan bukannya terbangkalai.

    ReplyDelete
  15. Shafie apa sudah jadi ini? setiap hari ada saja cerita kerana Shafie. Semakin terkenal shafie. Terutama sekali mengenai ISU penggunaan Beteri asid plumbum dikawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  16. harap ada penjelasan dari pihak terlibat..

    ReplyDelete
  17. semoga ada penyiasatan yang segera diambil oleh pihak SPRM

    ReplyDelete
  18. tak habis-habis isu yang melibatkan Shafie...

    ReplyDelete
  19. Siapa yang makan pedas, dialah yang terasa.

    ReplyDelete
  20. Lagi lagi Shafie. Bosan la.

    ReplyDelete
  21. Shafie, what have you done?

    ReplyDelete
  22. Apa sahaja masalah yang timbul harus selesai dengan cara yang baik juga.

    ReplyDelete
  23. Hati2 orang yang jadi saksi atau membuat laporan nanti bisa mati bunuh diri di pejabat SPRM sebab dah dua orang yang mati kena siasat.Umno fikir itu bukan rasuah mungkin.

    ReplyDelete
  24. investigate this matter thoroughly.

    ReplyDelete
  25. Kenapa laporan sebegini lenyap tidak lama kemudian? Adakah kes-kes yang melibatkan VVIP tiada pihak yang berani membuat siasatan yang terperici dan telus?

    ReplyDelete
  26. Polis dan SPRM harus menjalankan penyiasatan yang adil dan berani.

    ReplyDelete
  27. Transformasi bukan setakan membelanja jutaan ringgit untuk membina bilik soal-siasat dengan alat-alat canggih.
    Transformasi yang paling penting adalah melakukan siasatan dengan adil tidak kira siapa yang terlibat.

    ReplyDelete
  28. Apa pun boleh terjadi di Malaysia, dokumen palsu pun boleh digunakan dan dapat projek kerajaan yang bernilai 56juta.

    ReplyDelete
  29. Laporan ini terang dan disertai bahan atau dokumen sebagai bukti, takan polis dan SPRM masih mau tunggu arahan dari langier

    ReplyDelete
  30. Kalau ada bukti, baik tunjukkan kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  31. kali ini suruh shafie yang jawab.. jangan main hantar wakil..

    ReplyDelete
  32. Tiada alasan laporan ini tidak disiasat dan tiada orang dibawa kemuka kehakiman.

    ReplyDelete
  33. Apa yang dikatakan bongkah cuma kata satu pihak, tunggu siasatan polis.

    ReplyDelete
  34. Siasatan terperinci diperlukan. Langkah wajar untuk menanggani perkara sama berulang perlu diambil.

    ReplyDelete
  35. Sumber bukti dari mana? Jika benar, tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut dan tidak berulang. Kaedah tender projek dimasa akan datang perlu dikaji dengan teliti.

    ReplyDelete
  36. perlu disiasat secara terperinci, jangan dibiarkan masalah ini berterusan dan menjadi 'suapan' pihak pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan komponen BN.

    ReplyDelete
  37. Shafie Apdal perlu tampil ke depan dan menjelaskan perkara sebenar jika tidak mahu dicapkan sebagai ‘menteri temberang’.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.