Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Rabu menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.
”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.
Antara lain, laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.
Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – BERNAMA
Thursday, July 21, 2011
Polis Nafi Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkara ini sudahpun dilaporkan di media alternatif. Macam mana pihak polis boleh menafikannya lagi?
ReplyDeleteCould it be possible that these polices are not aware that they were using tear gas??
ReplyDeleteThe police should admit it if they were using tear gas. After all, it was proven through the report.
ReplyDeleteKadang2 segelintir pihak ini pun suka hati mengeluarkan kenyataan yang belum pasti kebenarannya. Menjengkelkan.
ReplyDeleteyang pasti gas pemedih mata sepatutnya tidak digunakan untuk menghalang rakyat sewaktu perhimpunan Bersih.
ReplyDeletePersoalannya polis tidak menggunakan gas pemedih mata atau polis tidak menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel? Keliru pula.
ReplyDeleteapa kata jika pembangkang menguji gas pemedih mata yang digunakan oleh pihak polis. baru mendapat kepastian.
ReplyDeleteBermula sesi tuduh-menuduh. Ada guna tapi dinafikan, tiada guna tapi dinafikan. Yang betul?
ReplyDeleteinilah masalahnya...sekarang ni semua saling manyalahkan. apa yang telah berlaku adalah menyusahkan.
ReplyDeleteTapi kalau dipikir logik. Bagaimana orang yang berhimpunan pasti gas jenis apa yang digunakan? Orang2 yang berkumpul tu bukan la orang2 yang sama yang berkumpul di Palestin dan juga bukan tentera Israel. Bagaimna dengan semburan saja orang boleh kesan jenis gas yang digunakan. Mereka bukan pakar. Polis pun tidak memberitahu jenis gas yang digunakan.
ReplyDeletepihak pembangkang sesuka hati ja menuduh POlis menggunakan gas pemedih mata sama yang digunakan oleh Isreael. nampak sangat mereka ni menghasut rakyat supaya mngatakan POlis ni kejam. padahal mereka ni lagi teruk dalam membuat Fitnah.
ReplyDeleteMulalah mereka mengaitkan dengan Israel untuk mendapat perhatian rakyat. Tidak perlulah menuduh dan membuat fitnah yang bukan-bukan.
ReplyDeleteSiapa la yg bawa2 cerita ni lagi....kalau ada bukti tak apa, ini habuk pun tiada....
ReplyDeleteJika ada bukti sila buktikan tetapi jika tidak mempunyai bukti silalah perbetulkan tuduhan ini.
ReplyDeleteCerita sebeginilah yang membuatkan pihak lain bertengkar sesama. Akhirnya pihak yang mempunyai kepentingan pula yang akan mengambil kesempatan dalam kesempitan.
ReplyDelete"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,”
ReplyDeletehah, dengar tu..
inilah masanya mereka buat pembohongan.. tidak cukup dengan lakonan Suhardi, pembohongan kononnya Mat Sabu dilanggar land rover polis, kini timbul pula pembohongan baru kononnya polis guna gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel.. lepas ni entah apa lagi bahan yang mereka gunakan untuk menjatuhkan polis..
ReplyDelete