Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!
Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?
GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.
Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.
Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.
"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.
Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.
Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.
Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.
Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.
Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Saturday, July 30, 2011
Bakal Pengantin perlu tunjuk alat kelamin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LOL. Isu ini pun boleh dikaitkan dengan politik.
ReplyDeleteHeran juga 2 tahun berkhawin tidak perasan yang suami dia seorang perempuan... hebat2.... dan sangat melucukan...
ReplyDeleteBaik suruh mereka2 yang menukar jantina ini balik ke panggal jalan. Tidak perlu la menafikan jantina anda kerana perbuatan ini sama ertinya mengubah ciptaan Tuhan.
ReplyDeletemaka itu kena hati2.jantina pun orang boleh tertipu. maklumlah sekarang ni banyak yang palsu.
ReplyDeleteDari mana berita asal ini didapati?
ReplyDeleteBagi Mohd Asraf pula, sukar nak dapatkan lulusan penukaran nama di negara Islam seperti Malaysia.
ReplyDeleteapa kaitan cerita ni dgn politik.. tapi mmg mengecewakan bila dpt tau pasangan adalah sama jenis.
ReplyDeleteKena tunggu dua tahun baru sedar yang sama jenis? Tak masuk akal.
ReplyDeleteArtikel ini sangat meLOLkan...penulis sempat juga kaitkan dengan politik walaupun tiada kaitan langsung...
ReplyDeleteRasanya itu tidak boleh dilaksanakan.
ReplyDeletejadi sentiasalah berhati-hati bagi mengelak daripada tertipu.
ReplyDeletehahhahahhahaa... Takkanlah ba nda buli cam. hahhaa
ReplyDeleteApapun, bgs jugalah kita tahu senario sebegini. At least boleh juga extra hati2. hehe
ReplyDeletehargailah apa yang telah dikurniakan Tuhan..
ReplyDeleteapa kaitan tukar jantina dengan APCO, rasuah, songlap duit rakyat?? inilah jadinya bila 24 jam pikir pasal politik..
ReplyDelete