Tuesday, July 19, 2011

Marina : BN rasa kerajaannya terancam

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Pandai-pandailah kerajaan BN mengambil tindakan yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. Marina berlainan ideologi dgn ayahnya.

    ReplyDelete
  3. itu adalah pendapat Marina. lain orang lain pendapatnya.

    ReplyDelete
  4. Marina memang berani menyuarakan pendapatnya. Beliau lebih bersifat terbuka.

    ReplyDelete
  5. Ideology, pandangan, pendapatan bukan boleh diwarisi. Jadi, tidak heran jika Marina tidak sehaluan politik dengan bapanya.

    ReplyDelete
  6. Apa yang terjadi ini memang mencabar kedududan BN sebagai kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete
  7. "Banyak yang masih di atas pagar" ini adalah realiti. Masih ramai lagi rakyat M'sia yang berada di atas pagar dan tidak tahu mahu memilih kerajaan atau pembangkang. Tapi setelah perhimpunan tempoh hari bagaimnakah respon golongan tersebut. Semuanya akan terjawab pada PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  8. Ramai rakyat yang inginkan perubahan. biarlah rakyat membuat perubahan dalam PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  9. Terpulang kepada diri mereka berkenaan perkara ini. Terancam atau tidak rakyat tahu mana yang baik dan buruk.

    ReplyDelete
  10. semoga kerajaan lebih peka terhadap permintaan rakyat selepas kejadian rally 9 Julai ini.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya Pakatan la yang terancam. sebab itu mereka menganjurkan perhimpunan seperti ini supaya mereka mampu memperolehi jalan pintas untuk merampas kerajaan. tahniah Pakatan..

    ReplyDelete
  12. different people different opinion.

    ReplyDelete
  13. I hope the government will give what the people want. What the people want is only clean and fair election. Just give it to them.

    ReplyDelete
  14. bukan la terancam neji tapi HAK anda sebagai pengundi di silap matakan oleh mereka yang berkuasa anda tidak menganalisis perhimpunan pada 2007 dan 2008,dimana spr di beri kuasa bebas tapi di cengkam secara remote oleh yang berkuasa jadi kita sebagai rakyat sudah lama di politikan pgundian kita 2 oleh itu kita mahu sebersih2nya membuat pilihan yang adil dan telus kerajaan akan datang,mereka berjuang kerana mereka dahulu bn dan nampak kesilapan yang dilulangi itu..

    ReplyDelete
  15. betul 2anonymous kita sebagai rakyat 1 malaysia mestilah tahu hak2 kita memilih secara profesional pemimpin kita kalau silap pilih nanti kita juga yang merana,tiada saport kita,dengan itu setiap cadangan kerajaan kita harus meneliti keberkesananya ,bukan untuk si jkk,si yb dan si menteri. rakyat bangkit bangun jangan sampai mereka menopoli tanah2 kita satu hari nanti,berjuang terus berjuang,jangan kalah garatak.

    ReplyDelete
  16. tidak salah kita mempertahankan hak kita tapi biarlah dengan cara yang betul. kalau Agong sudah keluarkan titah, batalkan la.. kalau polis sudah keluarkan amaran, jangan cabar. ahli parlimen Pakatan sendiri tidak pernah membawa tuntutan2 itu ke parlimen.. bagi saya, pilihan yang tepat ialah memilih pemimpin yang benar2 boleh bertindak secara profesional, bukannya pemimpin yang hanya tahu menggunakan rakyat untuk menyusahkan rakyat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.