Saya ingin merujuk terus tulisan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia,  akhbar Kumpulan Utusan yang mendakwa bawa kepimpinan BERSIH 2.0 adalah   “tidak benar-benar ikhlas” dan mendakwa mereka didalangi parti politik.  Beliau  turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai  'perhimpunan haram'  dan “mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan  itu.”
Logik yang beliau pakai adalah “Penganjur  BERSIH mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama  ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang,  penganjur BERSIH sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang. 
“Kita  semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti  politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi... Jadi,  sekarang sudah jelas BERSIH didalangi atau diperalatkan. Mereka  bersekongkol dengan parti politik.”
Bagi saya hujah  yang digunapakai oleh Abdul Aziz adalah amat dangkal serta menjelaskan  lagi kepada umum bahawa SPR adalah tidak bebas, tidak telus dan memihak.  Siapa sebenarnya yang didalangi atau diperalatkan? Dan  siapakah sebenarnya yang telah bersekongkol dengan parti politik?  BERSIH atau SPR? Persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh beliau  bukannya soal pimpinan BERSIH dilihat bersama pembangkang atau tidak.
Memesongkan fakta
Persoalan besar adalah soal ketelusan dan keadilan dalam prosess pilihan raya dan demokrasi di negara kita!
Dalam  hal in beliau tidak menjawab persoalan pokok yang telah dikemukakan  oleh BERSIH 2.0 dan seolah-olah cuba memesongkan fakta dengan meletakkan  kesalahan kepada parti pembangkang di negara kita. 
Isu  besar yang seharusnya diperbincangkan secara rasional dan terbuka  adalah lapan tuntutan asas BERSIH yang sememangnya telah sejak sekian  lama diperjuangkan oleh pimpinan pembangkang di negara kita.Apakah  Abdul Aziz tidak peka dengan keraguan yang kian memuncak dari kalangan  banyak pihak terhadap peranan SPR apakan ia benar-benar menjalankan  tugas mereka secara 'telus, beramanah serta adil' dalam mengendalikan  pilihan raya di negara kita? 
Keraguan rakyat umum  ini berlaku apabila SPR dilihat gagal menjalankan tugas mengendalikan  pilihan raya secara adil, beramanah dan telus. Malahan lebih parah lagi  SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan'  Umno-BN.Selain  daripada lapan tuntutan asas BERSIH, bakyak lagi persoalan besar yang  seharusnya di jawab oleh pihak SPR sendiri. Pengalaman pembangkang pasca  pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila Umno mngalami  kemerosotan teruk dalam pilihan raya tersebut patut menjadi pengajaran  besar kepada ketelusan SPR sendiri. 
Tan Sri Abdul  Aziz sepatut merujuk semula ratusan muksurat Hansard Parlimen yang  membuktikan bagaimana isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang  dikemukakan di Parlimen pada waktu itu adalah semata-mata untuk  memastikan kemenangan Umno/BN tanpa langsung mengambil kira peruntukan  Peraturan dan Undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Campurtangan Agong
SPR  juga dilihat gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan  penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu yang di  anggap sebagai kubu kuat pembangkang seperti di Terengganu, Kelantan dan  Kedah sedangkan penambahan kerusi ketara telah dilakukan di negeri  Johor, Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Umno/BN.Begitu  juga dengan isu perlantikan 'pembantu tadbir SPR' yang mana pengerusi  SPR sendiri telah mengeluarkan arahan bertulis agar melantik mereka dari  kalangan anggota Puteri Umno. 
Mujurlah pada saat  itu saya sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu bersama ahli parlimen  Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah dibekalkan surat arahan tersebut dan  kami telah mendedahkan 'niat jahat' pengerusi SPR pada waktu itu. 
Cuba  Abdul Aziz rujuk kembali berapa kali kami dari pembangkang telah  berdailog dan membuat bantahan kepada SPR? Arahan tersebut hanya ditarik  balik oleh SPR apabila kami mengemukakan bantahan akhir melalui Kebawah  Duli Yang di-Pertuan Agong. 
Perancangan kotor ini  telah mencemarkan lagi kredibiliti serta kedudukan SPR yang sememangnya  layak digelar sebagai 'alat dan kuda tunggangan' Umno-BN.Cadangan  saya kepada Abdul Aziz adalah merujuk kembali empat tuntutan Bersih  terutamanya 'penggunaan dakwat kekal' menjelang pilihan raya umum ke-12  yang lalu. Tidakkah Pengerusi SPR pada waktu itu cuba memperbodohkan  seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi  setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat  palsu' yang telah ditemui.
Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu.
Media berat sebelah
Begitu juga dengan persoalan 'akses media yang bebas dan adil'.
Apakah Tan Sri Aziz 'buta mata dan buta hati' apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?Apakah RTM dan Bernama  sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan  yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang? Yang nyata media perdana  ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik  rakyat Malaysia.
Ya, kalau beginilah taraf serta  hujah seorang yang bergelar Pengerusi SPR yang sepatutnya di lihat  telus, tidak memihak dan adil, maka cadangan saya adalah seeloknya SPR  yang ada ini dibubarkan dan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR  berhenti dan terus sahaja terjun dalam kancah politik partisan di negara  kita. 
Biarlah rakyat Malaysia yang cintakan  keadilan dan ketelusan menjadi hakim kepada kepincangan yang terus  menerus berlaku ini. Bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tidak  mungkin disorok lagi.




Harap demokrasi akan dicapai sebelum PRU ke 13.
ReplyDeleteKita perlukan SPR yang berdikari tanpa berpihak kepada sesiapa pun.
ReplyDeletenampaknya Bersih dikaitkan dengan agenda pembangkang.
ReplyDeleteKetelusan dalam sistem p/raya adalah amat penting. Biarlah kemenangan sesebuah parti itu dicapai dengan cara yang adil dan bersih.
ReplyDeleteKepada SPR, berani kerana benar, takut kerana salah.
ReplyDeleteSPR perlu memberi respond terhadap tuntutan Bersih.
ReplyDeletesetiap pihak pun menyatakan mereka berada di pihak benar dan saling menyalahkan. terserah kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan mereka nanti.
ReplyDeleteKesenangan didunia ini hanya sementara diakhirat tentu tidak dapat berbohong. Yang benar tetap benar yang salah tetap salah.
ReplyDeletetapi dpt dilihat mmg bersih ini ada kaitan dgn pembangkang.
ReplyDeleteSudah pasti kita dapat lihat sendiri ramai parti pembangkang bersama dengan BERSIH ketika itu. Anwar sengaja tidak bertemu dengan Ambiga takut rancangan mereka ini diketahui.
ReplyDeletePembangkang tidak boleh menuntut pilihan raya yang bersih dan adil?
ReplyDeleteTeori apa ini? Ada kewujudan pembangkang dalam Bersih tidak bermakna Bersih itu berniat jahat. Pegerusi SPR harus lebih jelas menerangkan apa unsur negetif yang sebenar kehadiran pembangkang dalam Bersih.
ReplyDeleteTidak mampu menjalankan tugas dengan baik, tidak berkecuali dan tidak diterima umum. Sebelum menunding jari pada Bersih, jari lain diaju pada diri sendiri lah SPR.
ReplyDeleteSPR menuduh Bersih tidak berkecuali????
ReplyDeleteApa pula SPR sendiri yang jelas menyebelahi BN???
Buatlah penilaian diri. Jika SPR terutamanya penerusinya menjalankan tugas engan baik, Bersih tiada alasan diujudkan.
ReplyDeleteCakap kosong dan cakpa tidak serupa bikin.
ReplyDeleteBeliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan “mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu.”
ReplyDeleteI though the people has the right to voice out,no?
Hopefully when election day comes, it will be fair and clean.
ReplyDeletetuntutan Bersih boleh disuarakan di Parlimen, tapi kenapa tidak ada pemimpin2 PR yang membawa isu ini ke Parlimen? kenapa perlu turun ke jalan raya? kenapa perlu pilih stadium yang sempit dan tidak kukuh?
ReplyDelete