Tuesday, July 26, 2011

Tipu Daya Seorang 'Blogger'?

DI DALAM sistem demokrasi yang ‘menjamin kebebasan hak bersuara’ seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat di kalangan orang tertentu yang mempunyai ilusi bahawa mereka mempunyai hak yang mutlak untuk merekacipta ‘kebenaran’ sebagaimana yang mereka mahukan.

Golongan ini kemudiannya menyajikan ‘kebenaran’ ciptaan mereka ini kepada orang ramai tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab tentang kesahihan dan ketepatan ke atas ‘kebenaran’ yang direkacipta oleh mereka.

Ciptaan mereka ini bertujuan menimbulkan kekeliruan dan memperdayakan orang ramai dalam usaha mereka mencapai hasrat agenda mereka yang tersendiri. Dalam ertikata lain, mereka yang mencipta ‘kebenaran’ tanpa meneliti kesahihan dan ketepatannya sebenarnya merupakan penipu dan pemutar belit fakta.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, seluruh masyarakat dunia telah dikejutkan dengan dua tragedi yang melanda Norway, sebuah negara yang aman di Eropah, dengan kejadian letupan bom di Oslo dan pembunuhan 84 orang remaja di perkhemahan remaja di Pulau Uteya, pada 22 Julai 2011 lalu.

Selaras dengan dasar negara kita yang sentiasa memperjuangkan keamanan sejagat dan menentang sebarang bentuk keganasan, Wisma Putra telah, pada hari yang sama iaitu 22 Julai 2011, mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rasa amat terkejut dan sedih ke atas perbuatan jenayah yang amat keji tersebut.

Kenyataan Wisma Putra tersebut turut menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Norway dalam saat mereka melalui kesedihan tersebut.

Wisma Putra turut menambah bahawa kedua-dua kejadian tersebut telah memperlihatkan kepada masyarakat antarabangsa tentang keperluan mengambil jalan demokrasi, kesederhanaan dan kepentingan; demi untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menghadapi segala bentuk keganasan dan kekejaman yang ekstrim.

Sehubungan ini, dakwaan seorang blogger bernama ‘Bujai’ bahawa Menteri Luar Malaysia telah sekali lagi lewat untuk menunjukkan reaksi atau mungkin tidak mengetahui tentang kejadian yang telah berlaku di Norway tersebut, adalah merupakan suatu penipuan dan memutar belitkan kebenaran.

Menurut pembantu kepada Menteri Luar, ketika dua kejadian keganasan di Norway tersebut berlaku, Menteri Luar Malaysia sedang menghadiri Persidangan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum) di Nusa Dua, Bali, Indonesia.

Kebenaran yang sebenar ialah Menteri Luar Malaysia tetap prihatin dengan kejadian malang yang telah menimpa Negara Norway dan telah mengambil segala usaha supaya kenyataan rasmi mengenai pendirian Kerajaan Malaysia disampaikan dengan segera kepada Kerajaan Norway; tanpa sebarang kelengahan dalam kesibukan beliau menghadiri Forum Serantau ASEAN tersebut dan bukannya sebagaimana yang didakwa oleh ‘Bujai’ @ Jailani Harun dalam blognya JUST READ

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. Seorang blogger perlulah melaporkan sesuatu dengan telus dan betul. Jangan memutar belit fakta ataupun menyebar fitnah.

    ReplyDelete
  2. Takziah kepada mangsa2 letupan bom dan pembunuhan di Oslo.

    ReplyDelete
  3. Bercakap biar ada fakta. Jangan kerana anda tidak menyukai atau menyokong pihak tersebut, anda sesuka hati nak menghentam dan memburukkan pihak tersebut.

    ReplyDelete
  4. blogger adalah media alternatif dan sebagai media harus menyampaikan berita yang benar dan jgn manipulasikan fakta.

    ReplyDelete
  5. Wisma Putra turut menambah bahawa kedua-dua kejadian tersebut telah memperlihatkan kepada masyarakat antarabangsa tentang keperluan mengambil jalan demokrasi, kesederhanaan dan kepentingan; demi untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menghadapi segala bentuk keganasan dan kekejaman yang ekstrim.

    Semoga kerajaan M'sia juga mempraktikkan demokrasi dan kesederhanaan.

    ReplyDelete
  6. Norway, sebuah negara yang aman di Eropah, dengan kejadian letupan bom di Oslo dan pembunuhan 84 orang remaja di perkhemahan remaja di Pulau Uteya, pada 22 Julai 2011 lalu.

    Tengok sendiri? Inikah yang kita mahukan sebenarnya?Rasanya semua orang pun mahu mengelak perkara ini berlaku. Jadi jangan mudah percaya dengan orang yang menghasut untuk kemusnahan.

    ReplyDelete
  7. blogger haruslah melaporkan maklumat yang benar dan tepat serta jujur dalam menyampaikan fakta.

    ReplyDelete
  8. Teach him a lesson, sue him in court! Looking for others mistake is easy but telling them that they did a good job is golden. Remember, if we die tomorrow and was ask by GOD why did say those things without checking out first and whether we have ask forgiveness from those people that we have hurt due to the mis reporting, WHAT ARE U Going to say?????

    ReplyDelete
  9. Some bloggers tend to twist the stories. What you read is not always the truth.

    ReplyDelete
  10. People should make good use of their freedom of speech. And make don't cross the line.

    ReplyDelete
  11. inilah yang dikatakan menyalahguna kebebasan media. mengelirukan dan menipu rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.