Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini.
Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.
"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu.
Sedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.
Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir.
Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya.
"Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya.
Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina - Kumpulan Sin Chew.
Lapor balik pada kerajaan
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini.
Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka.
Jelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak.
"Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah.
"Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama.
Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil.
"Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada.
"Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi. -MK
Tuesday, July 26, 2011
Majlis Perundingan Media 'Gagal'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap media diberikan kebebasan melaporkan sesuatu secara telus dan tidak diputar belik fakta yang ada.
ReplyDeletemedia sepatutnya tidak dikawal oleh pihak2 tertentu demi untuk kepentingan mereka.
ReplyDeletemedia mmg perlu ada kebebasan, tapi kebebasan perlu ada hadnya bagi mengelakkan isu2 sensitif di perbesarkan.
ReplyDeleteSusah juga sekarang ini. Memang media tidak perlu dikawal, tapi yang membimbangkan sekarang. Kebanyakkan media cuba memutar belitkan cerita sedia ada. Maka ini yang perlu dibenteras dan kerana mereka inilah pihak tertentu terpaksa mengawal arus media sekarang.
ReplyDeleteMedia perlu diberi kebebasan untuk menyiarkan apa yang benar. Jangan sajikan masyarakat dengan berita2 sempurna sahaja sedangkan realitinya tidaklah sesempurna seperti apa yang dilaporkan.
ReplyDeletePengaruh media sangat besar dan boleh memberi impak yang kuat terhadap masyarakat. Oleh itu kebebasan media juga perlu ada hadnya.
ReplyDeletemedia sememangnya memberikan pengaruh yang besar terhadap masyrakat. disebabkan itulah media perlu menyampaikan maklumat dengan telus.
ReplyDeleteIf the media always being controlled, might as well there is no Media at all.
ReplyDeleteSome media cannot be trusted. They twist stories and make u believe it. People must not easily believe the media 100 percent .
ReplyDeleteadakah bantahan itu dibuat setelah mendengar penjelasan dipihak kerajaan tentang penubuhan MPM? kalau tidak tahu hujung pangkalnya, baik jangan buat kesimpulan melulu.
ReplyDeleteMedia memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat, kawalan kebebasan media untuk menyebarkan isu sensitif perlu diambil sebab ia mendatangkan "impact" yang mengugat pembangunan negara.
ReplyDeletePeranan media menjadi penting menyampaikan maklumat dan isu semasa kepada masyarakat. Kebebasan media perlu ada supaya baik dan buruk juga perlu disampaikan supaya rakyat sedar ape yang berlaku di negara kita.
ReplyDelete