Friday, July 22, 2011

RCI Dedahkan Betapa Teruknya Prosedur SPRM

Keluarga Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa beliau meninggal dunia akibat membunuh diri.

Dalam sidang media penuh emosi di Pejabat peguam Karpal Singh hari ini, adik mendiang, Teoh Lee Lan menyatakan bahawa keluarganya tidak dapat menerima motif Beng Hock membunuh diri.

"Beng Hock dibunuh. Apa yang dibuktikan RCI? Ia memberitahu kita betapa teruknya prosedur SPRM tapi tak beritahu kita apa yang berlaku kepada Beng Hock," kata beliau dengan sebak.

Beng Hock 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Lee Lan menyatakan bahawa beliau dan keluarga akan terus berjuang memastikan kematian Beng Hock terbela.

"Apakah suruhanjaya diraja ini sudah menjalankan tugasnya? Kami akan meneruskan perjuangan untuk keadilan. (Keputusan) ini bukan jawapan kepada kami," kata Lee Lan lagi.

Justeru Teoh Lee Lan berkata pihak keluarga akan membuat semakan kehakiman ke atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh, beliau akan melakukan penyelidikan terperinci terhadap laporan tersebut dan akan memfailkannya di Mahkamah tinggi pada minggu hadapan.

"Kami mahu membuat semakan hakiman terhadap keputusan suruhanjaya diraja ini di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. Ini kerana suruhanjaya diraja merupakan tribunal yang bertaraf lebih rendah (inferior) berbanding semakan kehakiman Mahkamah Tinggi," kata Karpal dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Merujuk pada penemuan suruhanjaya diraja tersebut bahawa memang terbukti siasatan SPRM bersifat zalim, Karpal turut menyatakan beliau akan membuat apa yang boleh dilakukan undang-undang dalam memastikan kematian Beng Hock terbela.

Beliau juga menolak permohonan maaf atau kompensasi dari pihak SPRM atau kerajaan.

"Maaf tidak cukup. Apa yang kita cari ialah keadilan.

"Lihat menteri (Nazri) ketika umumkan keputusan RCI hari ini. Dia tersenyum (bangga). Ini ialah perkara yang serius," katanya lagi. -tvsnews

18 comments:
Write comments
  1. SPRM perlulah memastikan bahawa prosedur mereka menjaga hak kemanusiaan dan tidak keterlaluan.

    ReplyDelete
  2. Harap SPRM akan meniliti cara penyiasiatan dan soal siasat yang dijalankan.

    ReplyDelete
  3. SPRm harus mengikuti prosedur dan etika semasa melakukan soal siasat.

    ReplyDelete
  4. punca kematian Teoh rasanya bukan bunuh diri. harap siasatan lebih teliti dapat dibuat dan semoga keadilan dapat dicari.

    ReplyDelete
  5. kes ini sudah menjadi semakin rumit untuk difahami..

    ReplyDelete
  6. too complicated yet no satisfied outcome.

    ReplyDelete
  7. Teruskanlah usaha untuk mencari jawapan berhubung kes Teoh Beng Hock.

    ReplyDelete
  8. Keputusan ini memang sukar diterima dan dipercayai. Beliau bukan suspek, cuma saksi membantu siasatan.

    ReplyDelete
  9. keputusan memamg diragui..

    ReplyDelete
  10. semoga kes ini ada penutupannya.

    ReplyDelete
  11. Jika itulah keputusan RCi, pegawai SPRM yang menyoalsiasat mediang Teo harus diambil tindakan.

    ReplyDelete
  12. Macam mana rakyat nak mempercayai hal ini?

    ReplyDelete
  13. Simpati dengan keluarga Teo. Bagi mereka, keadilan untuk ahli keluarga yang mereka amat sayangi masih belum ditegakan.

    ReplyDelete
  14. Kes Teo belum selesai, berlaku satu lagi kes.

    ReplyDelete
  15. Manakah keadilan untuk Teo dan keluarga Teo??

    ReplyDelete
  16. jadi apa lagi bentuk siasatan yang perlu dibuat?

    ReplyDelete
  17. THis is getting complicated.

    ReplyDelete
  18. I don't think he would want to commit suicide.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.