Semua enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya.
Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat.
Mereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Bersih 2.0.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.
Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan.
Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan. -MK
Saturday, July 30, 2011
6 Tahanan Ordinan Darurat Dibebaskan, PRU Begitu Hampir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akhirnya mereka dibebaskan jg.
ReplyDeleteKena tahan, kena bebas..tetap akan ada juga suara2 sumbang nak menghentam kerajaan.
ReplyDeleteBN kena kerja lebih kuat untuk PRU 13 ini.
ReplyDeletekesemuanya berbangsa India dan Cina.
ReplyDeletesudah pasti perkara ini memberi kesan kepada BN pada pilihan raya yang akan datang.
ReplyDeleteHarap yang lain juga akan dilepaskan.
ReplyDeletePRU-13 semakin menghampiri.
ReplyDeletenampaknya mereka sudah pun..
ReplyDeletenampaknya mereka sudah pun dibebaskan..
ReplyDeleteBaguslah mereka ini telah dilepaskan. Jadi sekarang jangan ingat pihak berkuasa tidak ada perasaan dan kejam lagi.
ReplyDeletebaguslah kalau sudah dibebaskan. Tahan lama2 pun menambahkan kontroversi.
ReplyDeleteElok2 da dibebaskan jangan masuk balik pula. Jagalah diri baik2.
ReplyDeleteLihat sudah dibebaskan, lepas ini jangan lagi lakukan sebarang perhimpunan.
ReplyDeleteHarap ini menjadi pengajaran kepada individu lain. jangan melakukan sebarang tindakan tanpa menimbangkan kesan negatifnya.
ReplyDeletePilihanraya semakin hampir, tapi tidak akan diadakan tahun ini...EO6 ini tidak akan memberikan apa2 kesan yg signifikan ke atas keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan BN...apa yg pasti, BN akan menang lebih besar pada pilihanraya nanti!
ReplyDeletePenahanan ini tidak patut dilakukan. Ini jadi isu yang menguntungkan pembangkang.
ReplyDeleteJangan lagi bertindak terburu-buru. Kes ni mengakibatkan kerajaan serba salah. Kini dihentam kuat pembangkang.
ReplyDeleteIsu hangat ini akan reda dengan pelepasan mereka.
ReplyDeleteMasih lagi tidak faham kenapa mereka ditahan.
ReplyDeleteJika mereka terus ditahan, ia bakal jadi impak negetif terhadap BN dan menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
ReplyDeleteLangkah yang kurang bijak menahan mereka. Langkah yang bijak melepaskan mereka. Harap tidak lambat.
ReplyDelete"..tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang."
ReplyDeletemacam la penganjuran Bersih tu tidak menarik perhatian dunia.. patutnya mereka2 ini ditahan lebih lama kerana melanggar titah Agong dan melanggar amaran pihak polis.
Kalau mereka didapati tidak bersalah dari sisi undang-undang, sepatutnya dilepaskan demi keadilan.
ReplyDelete